
“Dia kerat anak, cucu saya macam ayam” – Ibu mentua tak maafkan menantu sampai mati.“Saya reda dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini tetapi saya tidak akan maafkan dia (tertuduh) sampai mati, dia kerat anak dan cucu macam seekor ayam,”
“Dia Kerat Anak, Cucu Saya Macam Ayam” – Ibu Mentua Tak Maafkan Menantu Sampai Mati
Itulah luahan penuh sebak Fatimah Latiff, 67, ibu kepada arwah Norfazera Bidin, 27, serta nenek apabila kedua-duanya dibunuh sebelum tubuh mereka dikerat dan dibuang di beberapa lokasi berasingan.

Lebih memilukan, kepala mangsa wanita itu turut ditemui disembunyikan oleh tertuduh yang juga suami arwah di ruang siling kediaman mereka di Batu Berendam pada Oktober 2019.
Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun serta 24 sebatan terhadap tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 36, warga Singapura selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan yang amat ngeri itu.

Walaupun keputusan sudah dibuat, keluarga mangsa berhasrat untuk memfailkan rayuan agar hukuman gantung dikenakan terhadap tertuduh.
Fatimah ketika ditemui berkata, tragedi itu masih segar dalam ingatannya, lebih-lebih lagi saat memandikan jenazah anaknya.

“Saya masih ingat keadaan ketika memandikan jenazah anak, malah sehingga hari ini anggota tangan anak dan cucu masih tidak ditemukan.
“Apa yang dia lakukan terhadap anak dan cucu saya jauh lebih teruk daripada binatang kerana binatang pun tahu sayangkan keluarganya, jadi kami akan buat rayuan mengenai keputusan hakim hari ini,” ujarnya.
Mengimbau semula kejadian pada 2019, media pernah melaporkan bahawa dua beranak itu maut dengan tubuh mereka dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian sebelum dibuang di beberapa lokasi, termasuk di kawasan semak serta tong sampah.

Tragedi itu terbongkar apabila kakak mangsa datang ke rumah adiknya kerana gagal dihubungi, sebelum sebahagian anggota tubuh ditemui seorang pekerja pemotong rumput di Kampung Ladang, Krubong.

Susulan penemuan mengerikan tersebut, pihak polis menahan suami mangsa pada 11 Oktober 2019, yang ketika itu disyaki menjadi dalang pembunuhan. Motif kejadian dikatakan berpunca daripada perselisihan faham rumah tangga sehingga menimbulkan kemarahan tertuduh.
Sumber: Kosmo
Baca artikel lain juga: Zara Qairina Dimasukkan Dalam Mesin Basuh, Cikgu BI Mengaku Hanya Buat Content TikTok
Wanita Kongsi Wajah Anak Mirip Zara Qairina Tetapi Tidaklah Sama 100 Peratus
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di













