“Dia Makan Nasi Lauk Kari Seolah Terlalu Lapar.” Guru Tegur Murid Datang Sekolah Tak Ikut Giliran, Rupanya Ini Sebabnya!

Share

Sejak sesi persekolahan bermula secara giliran, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan.

Sistem giliran menyediakan beberapa orang pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.

Murid-murid yang berada dalam kumpulan tertentu sahaja yang dibenarkan pada hari yang telah ditetapkan.

Rentetan berkisar dengan waktu giliran persekolahan ini, sebuah perkongsian meruntun jiwa daripada seorang pendidik, Cikgu Lynn Ismail

dari group Kami Guru Malaysia mengenai seorang murid yang hadir sekolah setiap hari tanpa mengikut waktu giliran.

Setelah ditegur beberapa kali, rupanya baru guru berkenaan sedar bahawa kedatangan murid berkenaan kesekolah adalah untuk menikmati bantuan makanan percuma kepada murid yang kurang berkemampuan.

Selanjutnya ikuti perkongsian guru ini.

Minggu ini ada seorang murid dari kumpulan A hadir. Saya menyangka mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran .

Lalu saya terangkan kepada dia. “Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah.” Dia mengangguk tanda faham.

Keesokan harinya dia hadir lagi. “Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini.

Minggu depan baru datang.” Dia hanya tunduk dan diam.
Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Tak kanlah dia tak faham-faham.

Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan diapun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini.

Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima RMT. Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan.

Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan.

Sumber: Cikgu Lynn Ismail

IKLAN