Sejak sesi persekolahan bermula secara giliran, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan.
Sistem giliran menyediakan beberapa orang pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
Murid-murid yang berada dalam kumpulan tertentu sahaja yang dibenarkan pada hari yang telah ditetapkan.
Rentetan berkisar dengan waktu giliran persekolahan ini, sebuah perkongsian meruntun jiwa daripada seorang pendidik, Cikgu Lynn Ismail dari group Kami Guru Malaysia mengenai seorang murid yang hadir sekolah setiap hari tanpa mengikut waktu giliran.
Setelah ditegur beberapa kali, rupanya baru guru berkenaan sedar bahawa kedatangan murid berkenaan kesekolah adalah untuk menikmati bantuan makanan percuma kepada murid yang kurang berkemampuan.
Ads
Selanjutnya ikuti perkongsian guru ini.
Minggu ini ada seorang murid dari kumpulan A hadir. Saya menyangka mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran .
Ads
Lalu saya terangkan kepada dia. “Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah.” Dia mengangguk tanda faham.
Keesokan harinya dia hadir lagi. “Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini.
Minggu depan baru datang.” Dia hanya tunduk dan diam. Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Tak kanlah dia tak faham-faham.
Ads
Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan diapun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini.
Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima RMT. Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan.
Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan.
“Sedih tengok dulu dan sekarang..saya rasa pernah terbaca majalah URTV dulu tapi tak ingat tahun bila dia pakai baju ni bergambar atas tangga..masa saya sek rendah rasanya tahun 1990 kot..ni urtv keluaran raya. Kalau dipulihkan kembali rumah nostalgia ni..alangkah bagus.”
Itu antara komen warganet susulan satu perkongsian yang memaparkan keadaan terkini rumah penyanyi, Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook ‘I Love Pahang, beberapa keping gambar yang dikongsikan menunjukkan keadaan terkini rumah bekas penghibur nombor satu Asia, terbiar dan dilhat amat menyedihkan.
Jika dahulu, rumah yang terletak di Kampung Tok Embun, Temerloh, Pahang itu sering dikunjungi peminat, rakan artis mahu pun wartawan, namun kini siapa sangka keadaannya hanya tinggal tangga batu sahaja.
Ketika hayat Sudirman, rumah berkonsepkan kampung itu sering dijadikan lokasi merakam kenangan.
Namun meninjau diruangan komen, warga Pahang sendiri berasa sedih melihat keadaan rumah tersebut yang terbiar begitu sahaja hingga semak samun.
” Beginilah keadaan terkini rumah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Kg Tok Embun, Temerloh, Pahang.
” Rumah ini ditinggalkan sepi sehingga dipenuhi belukar selepas musnah dalam satu kebakaran pada tahun 2008.
” Belum nampak sebarang usaha dari pihak berwajib untuk memulihara kembali rumah legenda seni tanah air ini,” catat warganet yang menyatakan kekesalan kerana rumah itu tidak dikawal selia dan dipelihara oleh pihak berwajib yang seolah-seolah Sudirman tidak pernah berjasa kepada negara.
Fakta Berkenaan Allahyarham Sudirman Yang Mungkin Ada Belum Tahu
-Tarikh 22 Februari setiap tahun menjadi detik pilu apabila negara kita kehilangan sebutir permata bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad.
-Sudirman terkenal dengan julukan The Singing Laywer punya keperibadian yang disenangi oleh semua, terutama peminat Allahyarham.
-Dilahirkan di Pahang pada 25 Mei 1954. Nama Sudirman diilhamkan oleh nama seorang pahlawan Indonesia, Soedirman.
-Nama manja/panggilannya adalah Cokman dan merupakan anak bongsu dari 6 adik beradik.
-Penyanyi pertama Malaysia memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia dalam pertandingan Anugerah Muzik Popular Asia pertama yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London pada 19 Mac 1989.
-Merupakan graduan undang-undang dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Beliau diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984 namun memilih nyanyian sebagai kerjayanya.
-Lagu One Thousand Million Smile dirakamkan dan dipasarkan di Eropah. Rakaman lagu tersebut dijalankan di studio Abbey Road dan dipilih sebagai lagu Tema Malaysia semasa Hari PBB.
-Pernah menyanyikan lagu yang ditujukan khas buat Allahyrham Saloma berjudul ‘Mama’.
-Beliau meninggalkan lagu ‘Salam Terakhir’ dan ‘ Dari Jauh Ku Pohon Maaf’ yang meninggalkan kesan yang sangat dalam terhadap peminat.
-Beliau juga seorang usahawan, menghasilkan minuman ringan jenama ‘SUDI’ serta membuka kedai menjual rangkaian cenderamata jenamanya sendiri.
-Johan Bintang RTM ini telah meninggalkan momen hebat dengan mengadakan Konsert percuma di Jalan Chow Kit pada 14 April 1986 dengan dihadiri lebih 100 ribu pengunjung. Kejayaan konsert tersebut tercatat dalam Malaysia Book of Records.
-Sudirman pernah dilabel sebagai seorang ikon fesyen kerana menjadi penyanyi yang memberanikan diri memakai sepasang pakaian Melayu lengkap satu warna dengan songkok. Ertinya kalau pakaian Melayu itu berwarna biru, songkoknya juga berwarna biru.
-Mendirikan rumh tangga dengan Kamariah Jamaluddin ataupun Kay yang merupakan cinta pertamanya pada 14 Februari 1981.
-Sudirman pernah memberitahu rakan karibnya, pelakon dan penyanyi Noor Kumalasari, bahawa Kay adalah cinta pertama dan terakhirnya. Oleh kerana itu, apabila mereka berpisah 3 tahun selepas mendirikan rumh tangga atas alasan tiada persefahaman, menurut Noor Kumalasari ia memberi impak hebat kepada sahabat baiknya itu.
-Cerita Noor Kumalasari lagi, hanya selepas 2-3 tahun selepas perceraian, barulah Sudirman menaggalkan cincin perkahwinannya.
-Sudirman meninggI dunia pada tarikh 22 Februari 1992, pukul 4 pagi pada usia 37 tahun. Allahyarham disemadikan di Temerloh, Pahang. Kira-kira 2 ribu orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi kesayangan ramai itu.
Mencuba rasa hidangan cucur yang menggunakan nasi mungkin jarang-jarang pernah kita merasanya berbanding cucur bawang atau bilis.
Menurut Yatie Eimra, anak-anak dan keluarganya amat menyukai rasa cucur nasi ini.
Jadi bolehlah dicuba resipi ini, alang-alang ada lebihan nasi di dapur. Jom semak.
Cucur Nasi Lemak Manis
Hari ni kebetulan ada nasi lebih, saje je buat cucur nasi lemak manis untuk breakfast. Cucur ni saya selalu buat masa Fydh susah makan dulu sebab ni antara kudapan yang mengenyangkan (ada nasi) & 1 famili pun suka makan.
Cucur nasi lemak manis ni walaupun boleh guna air panas je, tapi saya suka guna teknik buat churros.
Sebab kekadang kalau guna air tak betul-betul panas, boleh menyebabkan tepung tak cukup masak. Kalau tepung tak masak, boleh jadi liat cucurnya.. Bila nak goreng lak, macam biasa gak saya selalu gunting-gunting je sebab nak cepat.
Cucur Nasi Lemak Manis
=====================
1 cawan tepung gandum
½ cawan nasi dilenyek
½ cawan air
½ cawan santan
2 sudu makan susu tepung (optional)
5-6 sudu gula
Secubit pink salt
Cara-cara:
1. Lenyek/blend nasi dengan sedikit air (dari ½ cawan air tadi)
2. Campur semua bahan kecuali tepung. Didihkan dalam periuk.
2. Kecilkan api, masukkan tepung. Kacau laju-laju. Tutup api apabila bancuhan agak kering.
3. Kacau bancuhan tepung tadi hingga licin & tak berketul-ketul.
4. Masukkan dalam piping bag/plastik bungkus makanan & gunting-guntingkan.
5. Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Ekstra tip
*selepas masukkan tepung, bancuhan sepatutnya akan berwarna agak kekuningan sikit (kerana adunan tepung dah masak)
*celup hujung gunting dalam minyak untuk mudahkan proses menggunting
*bagi anak 1-2 tahun, skip garam & boleh gantikan gula dengan madu (lagi sedap)
Menjaga dan membesarkan anak bukanlah kerja mudah. Itu belum lagi sentuh bab melayan ragam dan karenah anak-anak. Semua itu memerlukan kesabaran yang tinggi.
Sedar akan sukarnya seorang ibu menjaga anak-anak, apatah lagi buat suri rumah sepenuh masa, suami ini ingin berkongsi pandangannya. Harapannya agar lebih ramai suami di luar sana akan lebih prihatin dalam menyantuni isteri dengan sebaiknya dan sekali gus menghargai apa yang dilakukan oleh isteri kerana apa yang dibuat itu bukan kerja yang remeh malah berat dan memenatkan.
Jom semak perkongsian ini.
Jaga anak memang penat ke? Serius penat! Siapa yang kata tak penat tu memang temberang la. Ataupun tak pernah jaga lagi!
Setiap pagi kena buat rutin yang sama. Urus mandi dia, urus makan dia, dari hujung rambut hingga hujung kaki kena urus. Tambahan kena urus kerja rumah lagi. Hari hari rutin sama. Yang beza cuma ragam anak.
Bayangkan setahun ada 365 hari, maka ada 365 kebarangkalian ragam yang berbeza.
Ada hari dia baik macam malaikat. Ada hari hari nauzubillah, ragam dia boleh buat mengucap panjang. Rutin semua jadi carca marba tergendala semuanya.
Huh, bukan badan je penat mental pun penat campur stress.
Sungguhlah, siapa yang jadi surirumah ni sangat perlukan sokongan dari pasangan mereka.
Anak anak memang tak akan faham maknya penat, pasangan sahaja la yang cukup matang untuk faham dan hargai kerja surirumah ni.
Jaga anak memang penat tapi nak jaga dan sedapkan hati pasangan lagi penat sebenarnya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.