Ini bukanlah kali pertama pelakon Datin Almy Nadia menerima komen body shaming daripada netizen yang menyentuh mengenai bentuk badannya.
Terbaru, isteri kesayangan Dato Fizz Fairuz ini menerusi laman instagramnya, memuat naik komen seorang individu yang mengutuk fizikalnya.
Pemilik nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah memberitahu, netizen berkenaan mempersoalkan tindakannya mempromosikan makanan tambahan untuk mengurangkan berat sedangkan badannya berisi.
Malah ibu kepada empat cahaya mata ini itu juga berkongsi paparan skrin gambar akaun Instagram individu tersebut yang merupakan seorang wanita.
“Sis, tolong berhenti senaman otot rahang awak. Tolong berhenti makan sis. Badan kau sendiri gemuk kenapa nak promosi weight loss untuk followers kau?
Ads
“Sis, tak malu ke badan macam itu lagi nak upload video tengah makan,” komen individu itu.
Menjawab komen hinaan itu, pelakon berusia 36 tahun ini tetap tenang dan mengajak orang ramai mendoakan agar individu tersebut diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Tidak kecil hati dengan kritikan berkenaan, Almy berkata pemilik akaun Instagram itu kemungkinan tidak mendapat kasih sayang yang cukup selain menjalani kehidupan yang menyedihkan.
“Posting ni mungkin sekejap saja, lepas itu kita padam. Cuma nak minta semua tolong berdoa agar yang menulis ni bahagia dunia dan akhirat.
“Semoga pemilik IG ini dapat reda dengan apa yang dia lalui. Mungkin zaman makin moden, pemilik IG ini kurang kasih sayang dan kehidupan dia sedih sangat.
Ads
“Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia dan akhirat… minta semua doa yang baik-baik, tolong. Saya tak kisah tahu… saya sangat-sangat okay saja,” ujarnya mengulas mengenai body shaming
Sebelum ini Almy yang kerap membuat ulasan makanan di laman sosial meluahkan rasa sedih apabila beberapa individu di laman sosial.
Sehinggakan ada mengaitkan keguguran yang dialami ketika itu berpunca pengambilan makanan untuk ulasan di media sosial.
Untuk rekod, Almy pernah alami keguguran ketika usia kandungannya 14 minggu pada Februari 2020.
Ads
Almy Nadia mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada 26 April 2014 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata perempuan.
Bukan hanya golongan berusia, golongan muda juga semakin cenderung untuk terkena serangan darah tinggi dengan mudah.
Faktor kerja dan tekanan disekeliling antara penyebab semakin ramai golongan muda mengalami masalah ini.
Jika melepasi bacaan, doktor selalunya memberikan ubat darah tinggi yang wajib diambil setiap hari bagi mengawal kenaikan darah ini. Jadi jangan abaikan makan ubat kerana kesannya amatlah bahaya.
Jika anda sering mengalami masalah ini sebaiknya berjumpalah dengan doktor dan dapatkan khidmat nasihat yang terbaik daripada pakar selayaknya.
Disamping bekalan ubat daripada doktor, tidak salah jika anda ingin mengamalkan petua tradisional bagi menurunkan masalah darah tinggi.
Bagi Nur Hidayah Dayah yang berkongsi petua menggunakan timun patut juga kita amalkan sebagai salah satu usaha mengawal masalah ini.
Menariknya dia hanya mengamalkan jus timun sahaja setiap hari. Jom kita ikuti petua yang dikongsikan olehnya.
Makan-makan jugak. Saya nak kongsi petua untuk darah tinggi. Dulu darah tinggi saya bacaannya 190 tapi sekarang dah turun 120 sahaja. Alhamdulilah, saya hanya amalkan minum jus epal dan timun sahaja.
Saya tak amalkan makan ubat, hanya minum ni saja.Siap ajarkan pada mak mentua lagi. Dan alhamdulillah mak mentua cakap bacaan darah turun sikit. Akak-akak boleh lah cuba ya.
Jus 2 Bahan
Bahan-bahan:
2 biji epal
1 biji timun
Caranya:
1. Potong buah epal dan timun kecil.
2. Kisarkan bersama air secukupnya.
3. Amalkan jus ini setiap hari.
Kredit: Nur Hidayah Dayah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pokok kunyit dan kesum adalah antara tananam yang wajib ada di setiap rumah. Kekerapan digunakan dalam masakan menjadikan tanaman ini popular di kalangan mereka yang bercadang untuk menanamnya di halaman rumah.
Namun, bukan mudah sebenarnya untuk pastikan pokok subur dan tiada serangan serangga.
Menarik perkongsian ini apabila menggunakan petua neneknya cara keratan dapat membantu memastikan pokok kunyit dan kesum kembali subur. Ikuti perkongsian beliau.
Teknik Kerat Kunyit Dan Kesum Bantu Suburkan Tanaman.
Kali ni, nak kongsikan satu tips daripada nenek berkaitan dengan teknik keratan. Dulu-dulu nenek amalkan shingga ke hari ini, dia turunkn ilmu sikit-sikit kat cucunya yang ni.
DAUN KUNYIT
Situasi nya begini. Saya bagitau nenek. Ramai juga sblum ni saya lihat mslah shbat2 berkaitan dengan daun2 kunyit yang rosak, kekuning kuningan.
Maklum la lagend. Sempoi ja nnek jwab. Kerat la kesemua daun tu. Jika belum ada keperluan nak guna. Dengan cara ni, akan memberikan peluang untuk pucuk baru tumbuh dalam kadar segera. Saya cuba 1 minggu lepas. Ya. memang betul. Ni teknik nenek. Mungkin ada faktor2 daripada aspek ilmiah. Cuma ini saya kongsikan cara orang dulu2.
Cara & tahap keratan ada pda gmbar ya. Seronok la dapat blajar scara langsung dripada atok nenek kita. Di samping kita ada menggunakan baja yang juga membantu tnaman kita.
DAUN KESUM
Ni saya tunjukkan kesum saya. Yang dh pun berumur 5 bulan. Kerat, lebat, kerat, lebat, mcm tu la sampai petang ni. Petang ni saya kerat untuk rendam batang tu dan tanam semula nanti.
Jangan takut kerat. Selagi nyawa dikandung badan, tuah tidak akan menderhaka. Ehhh. Dh salah ni. . Selagi akar aktif. InshaaALLAH selepas kita kerat mcm dalam gambar tu.
Daun sireh memang banyak kegunaannya dalam kehidupan kita. Jika dahulu sireh hanya dimakan oleh nenek-nenek kita sambil duduk bersantai, tanpa kita tahu akan kelebihannya.
Jangan menidakkan kelebihan petua tradisional dalam kehidupan harian kita. Sepuluh masalah ini boleh diredakan dengan hanya air rebusan sireh ini.
Banyak manfaatnya buat tubuh kita semua. Lebih-lebih lagi bagi wanita. Wanita beranak ramai sangat disyorkan.
1. Bantu Masalah Wanita
Ambil daun sirih secukupnya dan rebus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat basuhan atau membersihkan alat sulit. Pastikan masih suam.
2. Ubati Keputihan
Ambil lima helai daun sirih bersama tiga kuntum bunga cengkih. Didihkan bersama tiga gelas air. Biarkan mendidih hingga menjadi sedikit pekat. Amalkan minum ketika masih suam.
3. Segar & Cegah Bau Badan
Rebus daun sirih secukupnya dan buat mandian. Pastikan ia masih suam.
4. Tangas Sirih
Tangas memang hebat kesannya bagi wanita beranak ramai. Rebus daun sirih bersama asam gelugor, garam dan manjakani. Ketika mendidih, angkat dan jadikan tangas. Buat langkah ini dengan kerap.
5. Cegah Bau Ketiak
Rendam 2 hingga 3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.
6. Pulihkan Resdung
Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.
7. Pencuci Muka
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan masalah jerawat.
8. Kegatalan Vagina
Rebus daun sireh bersama asam keping dan ketika airnya suam, buatkan basuhan pada kawasan sulit. Lakukan beberapa kali sehingga pulih. Masalah bau pun hilang.
9. Sakit Gusi Dan Bau Mulut
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
10. Masalah Batuk
Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.