Masakan negeri Kelantan sering menjadi perhatian ramai, Malah ada yang sanggup cuti-cuti ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini semata-mata untuk menikmari pelbagai aneka makanan di sini.

Baca Juga: Sebab Jati Diri, Ibu Ini Tak Kisah Anak ‘Travel’ Jauh Naik ‘Train’ Ke Sekolah Dari Putrajaya Ke Kuala Lumpur.

Salah satu makanan yang wajib cari apabila sampai di negeri Kelantan adalah nasi berlauk ayam kerutuk. Rasanya rempahnya memang padu maklumlah rempahnya ‘ori’ dari negeri ini.

Namun bagi yang tidak berpeluang lagi ke negeri Kelantan, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh anak jati Kelantan ini yang mewarisi resipi tersebut dari ibunya, Afy AL Habibi

Lihat resipi lengkap oleh beliau di bawah.

Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Ayam Masak Kerutuk Kelatan, Memang Padu!

 

Dulu, cikgu nak tahu sangat rahsia nak masak gulai kerutuk tersedap. Orang Kelantan memang tersohor dengan gulai ni. Tak tipu ye. Rasa gulai ni boleh buat berhantu. Lepas makan teringat-ingat. Hasil cuba banyak kali, akhirnya cikgu dah berjaya masak kerutuk yang sama sedap dengan kedai makan kat atas Pasar Siti.

Mula dari situ masak kerutuk sudah sebati dalam diri cikgu. Paling mengancam buat masak kerutuk daging atau itik. Fuhh cubalah. Memang tak terkata nikmatnya dapat gaul kuah yang pekat dengan nasi. Nak cicah kuah dengan roti pun ngam.

Jadi cikgu taknak simpan rahsia ni sorang-sorang. Nak hasilkan gulai kerutuk menawan hati semua orang bukan terletak pada air tangan juga. Kena caranya, semua orang boleh masak kerutuk yang terlajak mabeless ni. Sila baca tujuh rahsia yang cikgu sudah pecahkan pada setiap gambar.

Nah cikgu sertakan resepi gulai kerutuk sekali.

RESIPI GULAI KERUTUK DAGING CIKGU AFY

Pes bahan kisar. Anggaran bahan untuk 1/2 kilo daging.

-3 biji bawang merah saiz bola pingpong

-1 ulas bawang putih

– 2 hiris bulat serai

-sehiris nipis halia

-sehiris nipis lengkuas

-1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar

Kisar semua bahan di atas hingga lumat.

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis 4 sekawan. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi.

Masukkan pula 1 sudu kecil cili kisar.

IKLAN
  1. Masukkan 3 1/2 sudu besar rempah kerutuk timbang Kelantan. Kacau menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Barulah ditambahkan dengan 1/2 cawan air + asam jawa secubit.

3.Masukkan pula perasa peringkat pertama. Sedikit garam, nise Kelantan dan gula secukup rasa.

  1. Daging 1/2 kilo yang dipotong nipis dan sedikit lebar pula dimasukkan. Kacau rata sebelum periuk ditutup. Biarkan selama 40 minit menggunakan api yang perlahan.
  2. Selepas itu, tambahkan pula 1 sudu besar kerisik. Kemudian masukkan santan 1/2 cawan. Tambahkan sedikit air.
  3. Tambahkan perisa peringkat kedua hingga cukup rasa. Renehkan lagi dengan api perlahan lebih kurang 30 minit untuk rasa yang lebih menyerlah sebelum ditutup apinya.

 

7 RAHSIA GULAI KERUTUK SEDAP

1. Pilihan jenis rempah.

Masukkan serbuk rempah selepas bawang betul-betul garing. Pilihan rempah cikgu guna semestinya dari Kelantan. Rempah yang dibeli dalam bentuk timbang.

Kenapa bukan jenama lain? Baik dari segi rupa yang sedikit gelap, rasa gulai yang terhasil juga sungguh sedap.

Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Ayam Masak Kerutuk Kelatan, Memang Padu!

2. Gaya menumis.

Sesetengah orang suka mencampurkan serbuk rempah dengan air sebelum ditumis. Gaya cikgu lain.

Cikgu masukkan beberapa sudu rempah kerutuk terus ke dalam periuk. Silap cara rasa gulai boleh menjadi hangit.

Untuk mengelakkannya, sila gunakan api paling perlahan dan selalu kacau. Tunggu sehingga terbit sekali minyak.

Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Ayam Masak Kerutuk Kelatan, Memang Padu!

3. Elak gulai cepat basi.

Pastikan pes yang terhasil masak garing dan betul-betul pecah minyak. Rujuk gambar.

IKLAN

Untuk buat stok, pes disejukkan dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas yang tertutup. Simpan bahagian frozen.

Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Ayam Masak Kerutuk Kelatan, Memang Padu!

4. Gunakan ‘nise’ untuk perasa manis asli.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya nak dapatkan ‘nise’ tersebut. Terdapat di Kelantan. Tempat lain mungkin terkenal dengan gula melaka atau gula kabong.

Memandangkan gulai ini asli dari Kelantan, cikgu wajib gunakan nise sebagai penyedap rasa tambahan.

 

Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Ayam Masak Kerutuk Kelatan, Memang Padu!

5. Kepingan daging yang elok dan empuk.

Cara daging dihiris juga perlu diambil kira.

Daging dihiris melebar dan sedikit tebal supaya selepas mengecut, rupa daging masih cantik.

Tips daging empuk;
– masukkan beberapa biji kurma. Ambil bijinya sahaja.
– reneh dalam api perlahan.
– tambahkan air jika perlu.

Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Ayam Masak Kerutuk Kelatan, Memang Padu!

6. Tambahan kerisik.

Masukkan sedikit kerisik sebagai melengkapkan rasa gulai menjadi sedap dan lain dari yang lain.

IKLAN

Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Ayam Masak Kerutuk Kelatan, Memang Padu!

7. Masak waktu malam.

Untuk rasa gulai yang sebati, masak gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan gulai pada keesokannya. Hasilnya sangat memuaskan.
Gulai akan pekat dan berubah menjadi agak gelap dengan rasa yang sedap.

Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Ayam Masak Kerutuk Kelatan, Memang Padu!

Semoga bermanfaat.

Sumber: Afy AL Habibi

Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.

Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.

Trending:“Ni Satu-Satunya Gambar Aki Mat Kilau Lengkap Berkeris, Berbaju Melayu Dan Bersamping .” Cucu Mat Kilau Dedah Perjuangan Kisah Benar.

Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri

 

Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Ayam Masak Kerutuk Kelatan, Memang Padu!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Ayam Masak Kerutuk Kelatan, Memang Padu!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI