Tak ada idea nak buat kuih apa untuk minum petang, apa kata cuba buat kuih kaswi. Cara masak kuih ini mudah. Hanya dikukus. Rasa lembut, tak manis sangat, sedikit kenyal dan dihidangkan bersama salutan kelapa.
Merupakan sejenis kuih legend. Rasanya memang sedap. Antara kuih tradisional yang popular. Biasa dimakan sewaktu sarapan atau petang bersama keluarga.
Buat yang nak cuba buat, ini resipinya. Hanya mengunakan sukatan cawan.
Ads
Resipi kuih Kaswi pandan
2 cwn tpg gandum 1 cwn tpg ubi 1 cwn gula(sy kurangkn sikit sbb manis. sukatan dlm 3/4cwn gula) 1 cwn air daun pandan 4 cwn air Garam
Sedikit kapur makan (saya guna 1sudu plastik kfc). Caranya , campurkn kesemua bhn2 tersebut dn kacau bagi sebati. sblm tue sapu minyak ke dlm loyang supaya nti kuih xmelekat. masukkn adunan ke dlm loyang. sblm itu masak air hingga mendidih. bila air dh mendidih brulh di kukus. kukus hingga masak (lebih kurang 40min)…cucuk dgn lidi..klu xlekat d lidi tu dh masak kaswinya. Saya letak pewarna hijau epal campur dgn air daun pandan*sbb daun pandan tk cukup. Slmt mencuba. Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim Sumber resepi : Zarina Ahmad Chin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini peminat pasangan sama cantik ini dikhabarkan berita gembira yang mana Scha Alyahya kini sedang hamil anak kedua. Berita tersebut dikongsikan menerusi laman instagram Awal Ashaari sempena hari jadinya baru-baru ini.
Bukan tu je, Lara Alana, anak sulung pasangan ini turut memuat naik video sambil menunjukkan ujian kehamilan milik mommynya.
Video berdurasi 38 saat itu jelas menunjukkan wajah gembira lara kerana bakal bergelar kakak tidak lama lagi.
Terbaru, Scha memuat naik sekeping gambar yang dilukis sendiri Lara Alana. We are overwhelmed by the love and support! I would like to THANK to each and everyone of you for your well wishes and prayers Alhamdulillah
First trimester was a bit of challenge, toilet trips all day everyday , social media cleanse, “liquid diet ” nonetheless we are thrilled that our home is expanding by another two feet InshaAllah !
Again, thank your for keeping me and family in your thoughts. It is truly wonderful to hear so much from so many of you. Insyallah, may we all have alot of blessings through days and always. Kami juga mendoakan semoga anda juga dikurniakan apa yang dihajati
Written by Ayaya
Illustrated by @laraalanaa
Namun, apa yang melucukan bila mana rata-rata memberi komen berkenaan gambar Scha yang dilukis oleh Lara. syahirashdHahahahhahahaa tengok perut ngandung hahahahahhaaha annafisz78Senaya lara lukis berapa babies tu ,macam banyak je sinarmentariCongratulations ️ Lara is gonna be the most amazing awesome big sister n the coolest one too ️ wig.onlinestore.myKembar 4 ke tu tingginye expectation lara. So cuteee!! Heehe take a good care of urself ayaya! Love ya througheyesofmineFrom the illustration it seems as @laraalanaa expecting Triplets to play with!!! tilam_angel baby twin ke illustrated @laraalanaa tu lyanamasturaaaLara bagi hint lagi ka ni?? shamsinar.amri so sweet lara nye lukisan…smpi 4 baby tu…hehe…semoga dipermudahkan & baik² ajer…aamiinn dhia_saadbnyk nya baby ..mcm Bawa beg plastic noty la @laraalanaa sheril.aidaQuadruplets ke tuuu Lara Alana? Kemain dia request adik ramai2 anyway, semoga dipermudahkan urusan kak Ayaya thefateh79Lara so excited nk dpt adik sbb tu byk babies dia lukis….. Moga dimudahkan urusan @schaalyahya
Selalu kalau teringin kita order atau makan di restoran kan. Apa kata kali ini cuba buat sendiri chicken chop. Biasa kita kongsi resipi air tangan kaum ibu, kali ini admin tampilkan resiopi dari kaum bapa.
Mudah dan simple je resipi yang dikongsikan oleh saudara Azahari Abdullah. Jom ibu-ibu kita cuba buat sendiri di rumah, jimat pun jimat kan.
Ayam peha
1 Cawan Tepung Gandum + 1 Cawan Tepung Beras
1 sudu teh serbuk cili atau paprika
( semua digaulkan sekali )
Ayam digaulkan dengan garam
Celup ayam di dalam susu cair + Susu Low Fat @ full cream
Benarlah kata orang, tidak rugi berbakti kepada tanah. Selain dapat mengeluarkan peluh untuk menjaga kesihatan diri, hobi bercucuk tanam sayur-sayuran ini dikatakan boleh dijadikan terapi yang menenangkan fikiran.
Yelah, siapa yang tidak gembira bila ada tanaman sayur-sayuran yang hidup subur menghijau, bila sampai masa boleh dituai dan dinikmati hasilnya.
Pun begitu, jika ruang tanah di kediaman anda tidaklah seluas mana, namun anda ingin bercucuk tanam dengan pelbagai jenis sayur-sayuran, jadi bolehlah praktikkan cara yang dikongsikan oleh Iszaynuddin ini. Walau dengan hanya satu bekas tanaman, namun dia boleh menanam 8 pokok sayur di dalam bekas tersebut. Menarik bukan?
Jadi ikuti perkongsian penuhnya di sini.
Bagi yang nak bercucuk tanam tapi tanah terhad. Saya kongsikan bagaimana memanfaatkan botol sabun sebagai bekas tanaman. Satu botol boleh digunakan untuk 8 pokok sayur dan sangat menjimatkan ruang. Moga memberi manfaat.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Botol bahan pencuci
Pisau
Soldering iron
Botol Kaca
Cara buat :
1. Bekas sabun yang ingin digunakan dicuci bersih dan dipotong bahagian atasnya menggunakan pisau yang telah dipanaskan di atas api.
2. Gunakan soldering iron untuk membuat lubang pada bahagian tapak bekas. Buatkan beberapa lubang untuk aliran air.
3. Ambil pisau dan panaskan lagi di atas api buat seketika.
4. Sementara itu, lakarkan garisan lurus di beberapa bahagian dengan jumlahnya 7.
5. Kemudian dengan menggunakan pisau yang telah dipanaskan tadi, potong garisan tersebut.
6. Setelah itu lalukan bahagian bekas yang dipotong dengan api yang kecil untuk jadikan ia lembut.
7. Kemudian ambil botol kaca dan masukkan ke dalamnya seperti ini.
8. Setelah itu, lalukan air paip agar bentuknya kekal seperti yang kita inginkan dan barulah dikelaurkan botol tersebut.
9. Siap dan bolehlah diisi tanah dan ditanam anak benih sayur di dalan bekas ini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.