Andai masih terfikir-fikir lagi menu apa yang sesuai dimasak untuk dijamu kepada seisi keluarga, apa kata sediakan menu ringkas berasaskan tempe.
Tempe dikatakan kaya dengan sumber protien, kalsium, vitamin dan zat lainnya mampu memberi manfaat untuk tubuh badan apabila dimakan.
Oleh itu, menikmati khasiat tempe, apa kata sediakan ia dengan menu yang simple, senang dan sedap ini.
Nak tahu resipinya jom lihat perkongsian daripada Hanizam Ismail ini.
Ads
“Mak masak simple simple aje.Cukup pedas, masin , manis kira ok dah. Kejap lagi tambah ulam aje.Kalau ada yg nak resepi nnti mak update. Kekal rangup walaupun dah sejuk”
RESEPI
TEMPE HIRIS NIPIS GORENG GARING. ASINGKAN.
DUA GENGGAM IKAN BILIS GORENG GARING. ASINGKAN.
Ads
TUMBUK 3 ULAS BWG PUTIH .TUMISKAN HINGGA GARING.
MASUKKAN DLM 5/6 SUDU BESAR CILI KERING YG BLEND.
HIRISKAN DUA LABU BWG BESAR , GAULKAN DLM KUALI HINGGA WARNANYA AGAK GELAP.
MASUKKAN 1 SUDU BESAR GULA DAN SEDIKIT GARAM KALAU PERLU.
Ads
TUTUP API.
BIARKAN SAMBAL BETUL BETUL SEJUK
BARU GAUL BERSAMA BILIS DAN TEMPE.
Sumber : Hanizam Ismail via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukanlah perkara pelik bila mana ada saudara mara, adik beradik atau kawan-kawan meminjam wang bila mereka di dalam keadaan terdesak. Kita pula sebagai pemberi hutang, memang asalnya ingin membantu dan tidak sanggup orang-orang yang kita kenali terus terasa terbeban dengan masalah kewangan.
Namun bukan perkara pelik juga, bila orang yang berhutang ini sangat liat untuk membayar hutang. Jika sedikit jumlahnya mungkin boleh dihalalkan sahaja, namun jika jumlahnya besar, apa yang seharus kita lakukan?
Tidaklah mahu disebabkan hutang ini boleh menyebabkan hubungan menjadi renggang dan lebih terus putus saudara, putuh sahabat dek kerana tidak lagi bertegur sapa.
Menyedari kesan buruk daripada berhutang ini, ada baiknya adakan perjanjian agar kedua-duanya jelas dan hal ini telah dikongsikan oleh seorang peguam di akaun fbnya. Nak tahu bagai mana merangka perjanjian tersebut, jom semak.
Apa isi kandungan Surat Perjanjian pinjaman wang sekirannya hendak buat sendiri?-
Kalau pinjamkan pada kawan, kekasih, adik beradik, sepupu sepapat, perlu ada bukti hitam putih. Nanti nak tuntut balik tak boleh maka meleburlah hutang RM5,000 atau RM10,000 atau RM15,000. Apa pun tak dapat!
Jadi apa butiran yang perlu ada dalam perjanjian hutang yang akan diambil kira di mahkamah? Sebab kalau tak kena tempat, perjanjian anda mungkin akan jadi tak terpakai.
Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan resepi nak tulis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:-
1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah.
2. Perlu ada butir-butir nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.
Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.
2. Nyatakan jumlah pinjaman.
Contoh:
Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.
3. Cara bayaran bagaimana?
Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama?
JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!
4. Masukkan terma pengingkaran.
Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.
5. Masukkan syarat bahawa surat menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.
6. Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.
Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.
TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam. Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang. Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.
Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sesebuah rumah tangga, pasti akan timbul ketidak puasan hati. Maklum sajalah dia insan berbeza yang hidup sebumbung. Punya pilihan dan pendapat yang berbeza. Namun itu tidak bermakna, tidak boleh bersatu di bawah satu bumbung.
Sebab tu komunikasi dalam sesebuah rumah tangga penting. Apa jua rasa tidak puas hati mahupun keinginan boleh terus disampaikan tanpa perlu ada pihak yang makan hati. Mungkin nampak luaran seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun sebenarnya ada yang terpendam di hati.
Baca perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini. Jika ada tanda-tanda ini anda kena cepat selesaikan supaya ia tidak menjadi barah dalam rumah tangga yang boleh mengundang konflik lebih buruk.
#5 Tanda Pasangan Kita Ada Pendam Perasaan Tak Puas Hati Walaupun Dia Selalu Tersenyum
1 – Suka Berdiam Diri Balik kerja diam. Keluar pergi kerja pun diam. Kat rumah tak tegur langsung pasangan melainkan terpaksa. Jika di tanya, jawab pun sepatah-sepatah je. Lagi berat mulut tanda lagi beratnya sakit hati.
2 – Suka Buat Hal Sendiri Beli barang dapur sendiri. Makan sendiri. Malah nak menonton tv pun sendiri sendiri. Rasa potong mood kalau ada pasangan. Ini dah serius! Makna dia dah tawar hati betul.
3 – Suka Mengelak Setiap kali nak ada hubungan intim dia mengelak. Ketika nak berbincang secara serius pun dia mengelak. Ini bukan merajuk tapi si dia sedang sakit hati. Mengelak supaya tak bertambah sakit lagi.
4 – Suka Berkira Baik duit, masa atau tenaga. Semua nak di kiranya. Sampah kat rumah sampai berulat tak nak buang sebab berkira tu bukan kerja dia. Ulat sampah boleh nampak ngesot ngesot tapi kalau hati dah berulat tak ada siapa yang tahu.
5 – Suka Protes Apa sahaja pasangan buat dia akan nampak kelemahan. Itu tak baik, ini tak baik. Logik la orang dah sakit hati, semua dia pandang jadi sakit mata. Faham-faham sendiri kalau pasangan ada simptom begini.
Sebab inilah pentingnya kena ada skil Empathic Listening supaya 5 tanda awal ini tak jadi serius dan memudaratkan.
Sebenarnya pasangan kita luahkan masalah dia pada kita bukan nak suruh kita selesaikan tapi dia nak tengok samaada kita ni ambil berat tentang dia atau tidak.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Bila isteri rasa macam cakap dengan tembok masa tu la dia mula rasa sakit hati.
p/s : Komunikasi dalam rumahtangga sangat penting. Komunikasi bukan sahaja dalam bentuk percakapan, malah mimik muka dan body language pun termasuk sekali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di