Sudah tentu impian semua orang ingin bebas daripada masalah kewangan iaitu ‘financial freedom’ tanpa ada masalah beban hutang yang menjejaskan kualiti hidup.

Tidak dinafikan makna ‘financial freedom‘ bagi setiap orang berbeza-beza, ia begitu subjektif.

Ada yang ada simpanan banyak tapi rasa masih belum capai kebebasan kewangan. Tapi ada yang simpanan sedikit sudah bebas tanpa beban kewangan. Ini kerana mereka memilih untuk hidup seadanya mengikut kemampuan pendapatan dan simpanan.

Secara tersurat, kita harus cakna untuk berbelanja mengikut kemampuan, bukan lebih daripada kemampuan. Jika lebih daripada sepatutnya sudah tentu simpanan entah ke mana. Tiada simpanan kecemasan atau tabungan sendiri. Pasti beban makin parah!

Barangkali masih belum terlambat untuk muhasabah diri untuk membetulkan keadaan.

Moga perkongsian oleh saudara Harith Faisal  dapat menberi inspirasi untuk merancang kewangan lebih baik agar dana simpanan anda bertambah setiap tahun. Apa yang pasti, berbelanja secara berhemah dan bijak. Barulah dapat hidup tenang tanpa masalah kewangan!

Konsisten buat simpanan

Nak ‘Financial Freedom’ Kena Hidup Seadanya, Bukan ‘Rabak’ Poket Bayar Hutang. Gaya Hidup Kena Ubah!

IKLAN

Kalau tentang kewangan, antara tips supaya kau rasa tenang adalah dengan konsisten simpan 50% daripada gaji bulanan kau.
Contoh kau bergaji RM4,000 kau punya lifestyle tu biar macam orang bergaji RM2,000. Automatik kau dapat simpan RM2,000.
Jangan kata tak logik dulu. Cuba tengok orang sekeliling kita. Ada yang bergaji RM2,000. Mereka masih hidup, sihat walafiat kan.
Iya! Kau mungkin hanya pakai kereta murah, rumah pun kecil atau mungkin masih menyewa, baju murah, lifestyle pun tak best.
Tapi, kau akan rasa tenang ya amat. Sebabnya,

Take note semua!

1. Simpanan kau akan bertambah RM2,000 setiap bulan. Kalau letak dalam bank pun, selepas 5 tahun dah ada RM120,000. Letak dalam Tabung Haji, boleh dapat lebih lagi.

2. Kau tak risau sangat kalau dibuang kerja. Jadi, tak resah gelisah kalau ekonomi gawat ke, company tutup ke, pandemik COVID-19 ke, kau steady. Simpanan banyak, kan.

3. Andai dibuang kerja bergaji RM4,000 tu pun, mudah untuk kau cari kerja lain. Walau ditawarkan gaji lebih rendah, kau okay. Dapat gaji RM3,000 pun kau sauk. Masih boleh simpan RM1,000.

IKLAN

4. Kalau tiba-tiba kau rasa tak nak kerja setahun dua pun tak ada hal. Contoh, ada simpanan RM50,000 kau boleh hidup tanpa kerja 2 tahun, masih ada baki RM26,000.
Tapi, saya tak maksudkan kau yang duduk rumah besar tu tak bagus, kau yang beli kereta mahal tu membazir, kau yang beli barang branded tu saja nak menunjuk-nunjuk.

Buat pilihan yang terbaik!

Nak ‘Financial Freedom’ Kena Hidup Seadanya, Bukan ‘Rabak’ Poket Bayar Hutang. Gaya Hidup Kena Ubah!

Bagi saya, setiap apa yang orang lain buat, itu hak masing-masing. Pasti mereka dah timbang tara keputusan nak beli itu ini sesuai dengan poket dan tujuan dia.

Kita yang tengok ni yang sebenarnya perlu selalu bersih hati, latih diri sangka baik, tak dengki iri hati, tak rasa diri kita lebih baik. Jangan mudah nak judge orang itu ini.

IKLAN

Elok kita boleh hidup tenang-tenang, sibuk pula nak banding-banding dengan orang lain. Sudahnya, resah juga. Kita bahagia dengan cara kita, orang lain bahagia cara mereka! 

Sumber: Harith Faisal

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Nak ‘Financial Freedom’ Kena Hidup Seadanya, Bukan ‘Rabak’ Poket Bayar Hutang. Gaya Hidup Kena Ubah!

&nbsp

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI