Sejak filem Mat Kilau ditayangkan di pawagam, nama Mat Kilau menjadi carian popular di media sosial. Ramai yang teruja ingin menonton filem ini melihat perjuangan Mat Kilau semasa penjajahan British.
Terbaru, carian video mengenai Mat Kilau yang menjadi trending antaranya adalah Forum Melayu Islam Beraja (M.I.B) Siri 1 bertajuk, Mat Kilau: Antara Realiti Dan Fantasi.
Lebih istimewa ia disampaikan oleh cucu kepada Mat Kilau, Hj. Mohd Al-Hamadi bin Haji Abu Bakar yang juga merupakan Guru Besar SK Padang Garuda, Kuantan yang juga merupakan Yang Dipertua Seni Silat Tapak Setia Suci Warisan Mat Kilau.
Panel lain turut hadir adalah Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alaudin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.
Ads
Hj. Mohd Al-Hamadi bin Haji Abu Bakar yang merupakan antara cucu Mat Kilau turut berkongsi beberapa gambar arwah semasa forum melayu berkenaan.
Ikuti lanjut video berkenaan: MAT KILAU: ANTARA REALITI DAN FANTASI.
Ads
“Ini keris Mat Kilau. Arwah Aki Kilau pesan, “Tak ada kuasa pada sebatang besi buruk. Keris ini adalah lambang perjuangan.”- Cikgu Hj. Mohd Al-Hamadi
Jika sebelum ini Sherie Merlis kelihatan begitu buntu dengan situasi yang menimpa keluarganya, merayu kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar adik perempuannya yang positif Covid-19 dibawa ke pusat kuarantin.
Ini memandangkan keadaan rumah yang mereka huni begitu sesak dan tidak sesuai untuk melakukan pengasingan kendiri. Ada hanya dua bilik tidur yang dihuni 11 ahli keluarga termasuk ibu, bapa dan enam kanak-kanak.
Selepas membuat pendedahan di akaun instagram miliknya berhubung keadaan yang menimpa keluarganya, akhirnya pelakon Sherie Merlis dan keluarga mendapat bantuan segera.
Berkongsikan kisah bantuan yang telah diterima oleh keluarganya, Sherie merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang bertindak segera menyelesaikan kebuntuan dan kerisauannya berkenaan penempatan adiknya yang dijangkiti Covid-19 itu.
“Alhamdulillah, semua telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini dipantau rapi oleh Megaklinik Zahran. Adik Sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 bersama suami dan anak-anaknya yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.
“Terima kasih juga kepada Datuk @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abang long dan Sherie. Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memudahkan segala urusan.”
Meninjau di ruangan komen rata-rata rakan artis dan peminatnya mengucapkan syukur alhamdulillah dan berpesan agar Sherie jaga kesihatan dan kekal kuat untuk berdepan dengan ujian Covid-19 ini.
Terdahulu, memetik laporan Harian Metro dilaporkan Sherie merayu kepada pengikut media sosial di Instagram, untuk membantunya berkaitan kebuntuan yang dihadapi apabila adik perempuannya disahkan positif Covid-19.
Dalam perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat itu, Sherie yang kelihatan sugul jelas sangat risau mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu.
“Adik saya demam tiga hari lalu dan selepas menjalani ujian calitan di klinik kerajaan, akhirnya dia disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun adik saya disuruh balik ke rumah untuk menjalani kuarantin kendiri.
“Saya dan dua anak yang berumur sembilan tahun dan tujuh tahun terkandas di rumah adik. Malah, di dalam rumah ini ada juga ibubapa kami. Bapa sakit jantung dan baru keluar hospital.
“Emak ada alzheimer kronik dan hanya terbaring di tempat tidur. Adik pula balik ke rumah dengan keadaan positif Covid-19 dan dia juga ada empat anak berusia tujuh tahun, enam tahun, empat tahun dan 10 bulan termasuk, suaminya.
“Keadaan rumah sesak kerana hanya ada dua bilik, iaitu bilik ibu bapa dan satu lagi saya gunakan. Pagi tadi, suami adik pula demam panas. Malah, anak adik yang berusia empat tahun dah mula sakit tekak,” katanya.
Di dalam rumah berkenaan, hanya Sherie, bapa dan suami adiknya, saja sudah lengkap dua dos vaksin. Justeru, dengan situasi berlaku itu Sherie seorang saja yang masih sihat dan wajar untuk dia ambil berat kepada ibu bapa dan beberapa anak kecil yang ada di dalam rumah itu.
Sejak dahulu kita sering diingatkan sebelum membeli makanan mesti lihat dahulu label yang tertera pada bungkusan makanan tersebut. Selain untuk mengetahui kandungan nutrisi yang ada, kita juga tidak akan terlepas pandang melihat label berkaitan jangka hayat produk tersebut agar apa yang dibeli selamat untuk dimakan oleh seisi keluarga.
Sedar atau tidak, sebenarnya ada 3 jenis label yang biasa digunakan, iaitu best before, use by ataupun expiry date.
Jadi adakah kita sebenarnya faham perbezaan ketiga-tiga lebel ini?
Untuk menegtahui lanjut, jom semak perkongsian daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan.
Ada pelbagai label berbeza untuk menyatakan jangka hayat sesuatu produk terutamanya makanan. Kami kongsikan 3 label yang biasa digunakan : BEST BEFORE, USE BY , & EXPIRY DATE.
Kebiasaannya label ‘BEST BEFORE’ ada pada makanan yang dibungkus segar selama 90 hari atau kurang. Ianya juga dilabelkan ‘best before’ sekiranya makanan atau item tersebut dibungkus di tempat lain dan bukannya dijual terus di kedai tempat produk tersebut dibeli .
Kesegaran makanan selepas tarikh ‘best before’ akan berkurangan bergantung kepada cara penyimpanan produk. Contohnya roti.
Maka, ‘best before’ memberikan info mudah : selepas tarikh ini; kesegaran, rasa , nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah.
‘USE BEFORE’ – Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh ‘use before’.
‘BEST BEFORE’ – masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di atas rak jualan .
‘EXPIRY DATE’ selalu boleh dilihat pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi. Selepas tarikh luput, produk tersebut sudah tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ianya tidak boleh di makan serta perlu dibuang.
Sudah pastinya semua ibu bapa inginkan anak genius. Malah sanggup memperuntukkan sejumlah wang untuk menyediakan kelas tambahan setiap minggu bagi memastikan anak-anak berjaya.
Bagaimana pun, selain cara itu, ibu bapa boleh follow cara untuk merangsang minda anak menjadi seorang genius terutama bagi anak sekolah rendah.
Ikuti ulasan Dr Abdul Halim Masnan , Pensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak,Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Mendidik Anak Genius? Ada caranya. Ikutilah 10 tip mudah meransang minda anak di Sekolah Rendah.
Anak saya boleh genius ke? Ya, sememangnya semua anak yang dilahirkan telah Tuhan kurniakan kepintaran (genius) sebagai seorang manusia. Cuma membezakan antara mereka ini adalah jenis kepintaran (IQ, EQ dan sebagainya), waktu dan keupayaan sama ada melibatkan intelek (kognitif), fizikal (psikomotor), dan tingkahlaku (afektif). Sehingga kini, kepintaran yang dimiliki setiap manusia menjadi misteri disebabkan oleh tahap kekuatan dan kebolehan dalam mengawal kepintaran bergantung kepada diri, latar belakang keluarga dan dunia persekitaran mereka. Jika kepintaran ini dapat dipupuk sejak usia kecil lagi, anak-anak ini boleh membesar dengan lebih baik dan cemerlang di masa hadapan
Secara umumnya ukuran kepintaran boleh dinilai melalui kreativiti dan inovasi yang dihasilkan anak ini secara semulajadi atau dipupuk. Tetapi bagaimana kita mampu untuk memupuk bakat dan minat anak ini? Berikut adalah 10 tip berdasarkan kepada pandangan pakar dan kajian terkini, antaranya:
1. Memupuk bakat sedia ada.
Kepintaran tidak dapat bergerak dengan sendiri. Ia perlu dipupuk. Bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah, apabila terdapat kecenderungan kepintaran dalam sesuatu bidang, untuk menjadinya meningkat adalah melalui latihan dan pendidikan yang berkualiti dan berterusan sama ada yang diberikan di sekolah ataupun di rumah. Berterusan inilah yang dapat membentuk sistem dan amalan dalam diri kanak-kanak untuk terus meningkat maju.
2. Menjaga Masa
Masa adalah sesuatu yang diperlukan untuk memupuk kepintaran yang kekal dan berkembang. Kekangan masa membolehkan kanak-kanak tidak boleh fokus dan berkembang maju. Dengan cabaran gadget dan media massa yang besar, menyebabkan mereka lalai dan tidak focus untuk memupuk kepintaran yang dimilikinya. Walau bagaimanapun, melalui teknologi juga mampu mempercepatkan waktu mereka untuk lebih pintar jika tahu untuk mengawalnya.
3. Makan Makanan Berkhasiat
Ujian saintifik membuktikan bahawa manfaat makan makanan berkhasiat sejak lahir lagi dapat memberi kesan berpanjangan terhadap otak anak-anak untuk menjadi cerdas dan cerdas. Pemilihan makanan yang mengandungi nutrisi dan zat seimbang membantu tumbesaran otak dan fizikal anak untuk berfungsi pada kadar yang luar biasa.
4. Berikan galakan dan pujian positif
Galakan dan pujian menjadi kunci kejayaan kanak-kanak untuk lebih bersemangat dan positif untuk mempelajari sesuatu yang baru dan mencabar. Sebagai orang dewasa, penting untuk mengekalkan tahap motivasi kanak-kanak agar tidak luntur untuk melakukan dengan penuh berkeyakinan. Pastikan galakan yang diberikan adalah spesifik agar matlamat yang ingin dicapai dapat dilaksanakan sebaiknya. Elakkan komen negatif, perbanyakkan kata-kata semangat dan kisah kejayaan yang positif.
5. Harungi kegagalan sebagai penguat semangat
Kegagalan sesuatu yang sangat mempengaruhi motivasi diri untuk berjaya. Kita perlulah sentiasa memastikan sesuatu kegagalan adalah pengajaran untuk mereka berusaha untuk berjaya. Jangan terlalu menyalahkan diri mereka atau orang lain. Jadikan ia sebagai takdir yang perlu diharungi dengan pengajaran dan tindakan yang lebih baik secara bersama. Ia dapat mematangkan kanak-kanak untuk bertindak berani dengan cara yang betul.
6. Manfaatkan kejayaan yang hebat
Kanak-kanak kadang kala mempunyai idea yang sangat unik dan hebat. Jika ia membuahkan kejayaan, jadikan peristiwa tersebut sebagai galakan untuk lebih maju. Kembangkan idea hebat mereka melalui penerokaan aktiviti dengan melibatkan guru atau pakar yang dapat membantu mereka. Kualiti yang ditunjukkan nanti akan lebih bermakna, unik dan bermanfaat jika jalan yang diberikan adalah betul dan tepat.
7. Teruskan Perjuangan, Jangan Berundur ke Belakang
Kanak-kanak ini boleh diibaratkan seperti span yang sentiasa dahagakan maklumat baru. Jika mereka mampu untuk bertindak cemerlang, kita perlu teruskan dengan usaha dan keazaman bersama. Kekuatan intelek perlu seiring dengan kondisi fizikal dan sikap yang baik. Mendorong otak untuk sentiasa cerdas dengan kadar oksigen dan peredaran darah yang baik, memerlukan senaman yang betul dan disiplin yang tinggi. Aturan masa dan tindakan yang sistematik menjadikan mereka sentiasa dalam landasan yang betul, ke hadapan dan bukannya menoleh ke belakang.
8. Mencari bahan pembelajaran yang membantu kecerdasan
Minda perlukan rangsangan. Sesuatu alat atau bahan pembelajaran yang mampu merangsang pemikiran anak untuk menjadi cerdas perlulah betul dan sesuai. Penggunaan instrument muzik sebagai contoh, merangsang otak untuk mengingati not lagu dengan melibatkan fizikal untuk memainkan alat muzik dan perasaan yang menggambarkan kemerduan lagu yang dimainkan. Rangsangan berterusan dengan kemahiran bermain alat muzik secara tidak langsung dapat menjadi tenaga baru untuk kanak-kanak lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu tindakan atau pemikiran yang hebat.
9. Menimba ilmu dengan membaca
Jadikan membaca sebagai tabiat. Melalui pembacaan sebenarnya lebih banyak maklumat yang mereka inginkan dapat dijelmakan dengan tindakan. Keaktifan otak dalam mentafsir maklumat melalui pembacaan sebenarnya dapat membantu kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih matang, kreatif dan tepat. Menjadikan buku sebagai panduan perlu dipupuk di rumah dengan menyediakan pustaka kecil dengan bahan rujukan yang berkaitan. Jadikan kita sebagai pemudah cara untuk mereka memahami dan mencintai ilmu agar lebih berfokus dalam menjadikan mereka pintar.
10. Berbincang dengan sihat
Kepintaran perlu dinilai dan ditambahbaik. Kebijaksanaan kita dalam memahami kehendak dan masalah anak, sedikit sebanyak dapat memupuk semangat mereka untuk lebih fokus dalam melakukan sesuatu aktiviti yang mencabar. Perbualan secara langsung dan tidak langsung, dengan menanyakan soalan atau memberikan pandangan dapat memberi mereka banyak ruang dan peluang untuk menambahbaik tahap pencapaian mereka. Jadual waktu rutin harian yang dipersetujui di rumah merupakan salah satu perancangan dalam mencapai matlamat dan akan dinilai sama ada perlu diperbaiki, dikekalkan atau dipertingkatkan.
Secara keseluruhannya, kepintaran memerlukan sokongan dan dorongan kita berdasarkan tahap dan kemampuan yang kanak-kanak perolehi. Sememangnya bakat dan minat boleh dipupuk. Tetapi cara didikan dan asuhan yang diberikan adalah pada kadar yang sesuai pada tahap dan kebolehan mereka. Jangan terlalu memaksa, dan jangan terlalu kecewa jika mereka tidak berjaya. Bersyukurlah atas apa yang Tuhan berikan kepada anak kita, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk mereka menjadi insan yang berguna.
Sumber: Majalah Keluarga isu Nov -December 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.