Perasan tak jika kita menggoreng nugget, udang celup tepung, ayam goreng berempah atau sebagainya, lebihan minyak yang digunakan akan terlihat ‘kotor’ dengan cebisan tepung, rempah dan sebagainya.
Ini sekali gus kita merasakan minyak tersebut tidak boleh digunakan dan perlu dibuang sahaja walau pun di dalam hati terasa sayang. Maklumlah minyak tersebut baru sekali digunakan.
Pun begitu tahukah anda, rupanya ada cara mudah untuk anda dapat membersihkan minyak tersebut dan sekali gus boleh lah digunakan untuk menggoreng menu lain.
Ini sebagaimana perkongsian Chef Richad di aplikasi TikTok. Menerusi perkongsian video tersebut, memang nampak berhasil cara yang digunakan dan memang mudah!
Jadi buat anda yang ingin mencuba, bolehlah ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya.
Cara Mudah Bersihkan Minyak Goreng
Sediakan bahan utamanya iaitu 100gm tepung jagung dan 150ml air
Langkah 1 :
Campurkan tepung jagung dan air, adun sebati.
Langkah 2 :
Panaskan minyak goreng tadi dan kemudian masukkan bancuhan tepung ke dalam kuali.
Ads
Langkah 3 :
Kemudian tutup api dan biarkan 15 minit.
Langkah 4 :
Kemudian angkat adunan tepung beras tadi dan secara automatik sisa masakan akan diserap sepenuhnya.
Ads
Langkah 5 :
Hasilnya minyak masakan tadi kembali bersih dan boleh digunakan untuk gorengan berikutnya.
Jadi selepas ini jangan terus buang minyak tersebut ya. Lakukan cara ini, ternyata lebih jimat. Apatah lagi masa ini bukan mudah untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket. Selamat mencuba!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Fakhrul Iman SPM 11A+ menjadi kisah inspirasi yang cukup menyentuh hati ramai apabila anak kepada peniaga pisang goreng ini berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Di sebalik kejayaan tersebut, tersimpan pengorbanan besar sebuah keluarga sederhana yang berniaga demi membesarkan anak-anak dan memberi pendidikan terbaik buat mereka. Kisah ini membuktikan bahawa latar belakang keluarga bukan penghalang untuk melakar kecemerlangan.
Pelajar cemerlang ini berjaya memperoleh A+ bagi semua 11 mata pelajaran yang diambil. Kejayaan Fakhrul Iman SPM 11A+ ini melibatkan subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains, Bahasa Arab, Prinsip Perakaunan, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran.
Fakhrul yang merupakan pelajar tahfiz sejak Tingkatan Tiga mengakui dia sendiri tidak menyangka mampu mencapai keputusan sehebat itu. Ini kerana ketika peperiksaan percubaan, dia hanya memperoleh 4A+, 2A dan 5A-.
Namun, berkat usaha berterusan serta doa ibu bapa, beliau berjaya membuktikan bahawa keputusan percubaan bukan penentu mutlak kejayaan sebenar.
Menurut Fakhrul, antara rahsia utama di sebalik kejayaan Fakhrul Iman SPM 11A+ ialah menjaga adab dengan guru. Baginya, ilmu bukan sekadar dihafal tetapi perlu diterima dengan hati yang bersih dan penuh hormat.
“Bagi saya, jika kita tidak menghormati guru, ilmu itu sukar diterima dan apa yang dihafal juga sukar untuk diingati.
“Sebelum peperiksaan SPM, guru-guru banyak mengadakan kelas tambahan dan saya boleh katakan sebahagian besar ilmu yang saya peroleh adalah di sekolah,” katanya.
Pengakuan ini menunjukkan betapa besarnya peranan guru dalam membentuk kejayaan seseorang pelajar, selain disiplin diri dan usaha yang konsisten.
Kejayaan Fakhrul Iman SPM 11A+ tidak lengkap tanpa menyentuh pengorbanan ibu bapanya, Zarina Sood, 54, dan Zainudin Abdul Latif, 63. Mereka mencari rezeki dengan berniaga pisang goreng dan laksa di Teluk Kemang dari jam 2 petang hingga 6.30 petang setiap hari.
Anak keempat daripada lima beradik itu turut membantu keluarga berniaga ketika cuti sekolah. Latar belakang sederhana ini menjadi pendorong utama untuk beliau belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib keluarga.
Lebih menyentuh hati, Fakhrul mengakui kejayaan tersebut adalah hadiah paling bermakna buat ibu bapanya yang selama ini bertungkus-lumus membesarkan mereka.
“Walaupun perjalanan saya masih panjang, saya mahu emak dan ayah berehat di rumah kerana mereka sudah berusia,” ujarnya.
Kisah Fakhrul Iman SPM 11A+ menjadi tular selepas video berdurasi 51 saat yang memaparkan detik beliau memeluk bapanya sebaik menerima keputusan cemerlang itu menyentuh hati ramai netizen.
Bapanya, Zainudin, yang telah berniaga lebih 22 tahun turut meluahkan rasa syukur kerana dapat membesarkan lima anak walaupun pendapatan tidak menentu.
Dalam masa sama, kejayaan ini turut mendapat perhatian pemimpin tempatan apabila ADUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli memaklumkan akan memberikan insentif sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan yang dicapai.
Kisah Fakhrul Iman SPM 11A+ bukan sekadar tentang keputusan peperiksaan, tetapi tentang pengorbanan, keberkatan ilmu dan usaha tanpa jemu.
Ia menjadi peringatan bahawa kejayaan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang, asalkan disertai dengan usaha, disiplin dan doa.
Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, kisah seperti ini wajar dijadikan inspirasi buat seluruh masyarakat agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa menghargai ilmu.
Orang selalu kata, air tangan seorang isterui adalah pengikat kasih sayang dalam sesebuah rumah tangga. Kerana itu nak jaga suami terlebih dahulu kena jaga perutnya.
Namun bukan semua orang pandai memasak. Namun itu bukan alasan untuk berusaha. Tambah-tambah lagi sekarang ini segalanya dihujung jari. segala info dan ilmu dapat diperoleh, janji kena rajin. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.
Demikia juga dengan pelakon kecil molek ini. Biarpun sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata, namun bab memasak memang dia tak pandai. Tetapi bagusnya isteri kesayangan Dr Mohd Izzar Anwari mahu belajar.
Ummi Nazeera dalam satu perkongsian semalam jujur mengakui dia tidak pandai memasak. Malah, video yang dimuat naik memasak Salmon mendapat perhatian netizen.
‘Perlahan Lahan belajar memasak. walaupun tak Pandai?. Pan Fry Salmon with Spinach + Cream Cheese . Lol,” tulis Ummi Nazeera yang turut menerima beberapa tip dan nasihat dari pengikutnya.
Rata-rata netizen memuji akan kesungguhan Ummi biarpun tidak pandai memasak namun tetap mahu menyediakan hidangan buat suami tersayang.
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik anak. Ada perkara boleh dilenturkan, ada juga perkara yang perlu ditegaskan sejak kecil, terutama apabila melibatkan soal agama dan ibadah.
Bagi pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, didik anak solat adalah antara perkara utama yang mahu diterapkan dalam kehidupan anak kesayangannya, Adam Fateh. Walaupun anaknya baru berusia lapan tahun, Adam sudah mula membiasakan Fateh untuk menunaikan solat berjemaah bersamanya setiap hari.
Menerusi perkongsian bersama Majalah Nona, Adam mengakui dia sentiasa belajar memahami karakter anaknya yang berubah mengikut emosi dan keadaan harian. Namun dalam soal solat, beliau memilih untuk tegas.
“Saya belajar macam mana karakter anak saya, Adam Fateh sebab mood dia dan karakter dia hari-hari tak sama.
“Saya tegas, bukan semua benda tapi saya tegas dalam bab solat.
“Dia setiap hari dia kena solat berjemaah dengan saya walaupun dia baru lapan tahun,” katanya.
Menurut Adam, pada awalnya dia merancang untuk mengajar Fateh solat apabila anaknya mencecah usia 10 tahun. Namun melihat anaknya sudah boleh membaca surah Al-Fatihah dan tahiyat akhir, Adam mengambil peluang itu untuk mendidiknya lebih awal.
“Sebenarnya saya nak ajar dia solat pada usia dia 10 tahun.
“Tapi, sekarang dia dah boleh baca surah Al-Fatihah, dah boleh baca tahiyat akhir, saya suruh dia berjemaah dengan saya.
“Tapi waktu Subuh memang tak la, bila Subuh memang dia lesu.
“Waktu lain seperti Zohor, Asar, Maghrib, Isyak, insya-Allah,” kongsinya.
Keputusan untuk mula didik anak solat lebih awal dibuat kerana Adam melihat kemampuan anaknya memahami asas-asas ibadah semakin baik. Baginya, pendedahan sejak kecil membantu membentuk disiplin dan rasa tanggungjawab dalam diri anak-anak.
Sebagai bapa, Adam akui dia bersyukur kerana proses mendidik Fateh untuk solat tidak sesukar yang disangka. Setiap kali dipanggil untuk bersolat, anaknya memberi kerjasama dengan baik dan terus mengambil wuduk.
“Tapi saya tak sangka, saya ingat saya susah nak ajar dia solat.
“Lepas tu bila saya ajar dia, saya panggil dia solat, dia okey saja, dia pergi ambil wuduk, solat dengan saya.
“Alhamdulillah, saya rasa macam lega, dan bukan banggalah tapi at least saya didik anak sendiri solat daripada didik anak sendiri pergi main benda lain,” ujarnya.
Pengalaman ini memberikan kelegaan kepada Adam kerana usaha didik anak solat yang dilakukan secara konsisten ternyata membuahkan hasil yang positif.
Dalam masa sama, Adam sentiasa mengingatkan anaknya tentang kewajipan solat sebagai seorang Muslim. Katanya, dia mahu Fateh faham bahawa solat bukan sekadar rutin, tetapi tanggungjawab yang perlu dijaga setiap hari.
“Saya kena bagi tahu dia hari ini, ‘Ini rumah orang Islam, kita wajib solat’.
“Kadang-kadang dia tanya, ‘Kenapa kena solat?’, saya jawab, ‘Ini rumah orang Islam, kita wajib solat lima waktu.’
“Kalau dia tak nak ikut, saya marahlah,” katanya.
Bagi Adam, usaha didik anak solat bukan sekadar memastikan anak melakukan ibadah, tetapi membantu mereka memahami sebab dan kepentingan kewajipan tersebut dalam kehidupan seorang Muslim.
Bagaimanapun, Adam menjelaskan dia seboleh-bolehnya tidak mahu menggunakan kekerasan dalam mendidik anak. Memandangkan Fateh masih kecil, dia lebih memilih pendekatan menegur dan mendisiplinkan anak dengan cara yang sesuai.
“Sebelum masih belum lagi tahap pukul dan rotan.
“Sebab dia baru lapan tahun, kita tak nak rotan dia lagi sebab dia baru 8 tahun.
“10 tahun ke atas baru kita boleh start rotan dia ataupun start pukul dia.
“Tapi seboleh-bolehnya saya tak nak sentuh dialah,” jelasnya.
Pendekatan ini menunjukkan bahawa proses didik anak solat boleh dilakukan dengan gabungan ketegasan, kesabaran dan kasih sayang tanpa perlu menggunakan kekerasan.
Walaupun tegas dalam bab solat, Adam tidak menghalang anaknya menikmati zaman kanak-kanak seperti biasa. Fateh tetap diberi ruang untuk bermain, bergaul dengan rakan-rakan dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan.
Cuma sebagai bapa, Adam menetapkan disiplin tertentu. Antaranya, Fateh perlu pulang ke rumah sebelum waktu Maghrib untuk membersihkan diri dan bersiap menunaikan solat.
“Tapi bagi saya, dia nak main lumpur, hujan ke, nak main dengan kawan-kawan, pergilah.
“Tapi saya tegaskan, ‘Fateh, main macam mana sekali pun, pukul 7 Fateh kena balik’.
Lebih menyentuh hati, Adam turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan zuriat selepas hampir sedekad menanti. Dia berkahwin pada usia 40 tahun, tidak lama selepas memeluk Islam pada usia 39 tahun, dan akhirnya menerima kehadiran Fateh ketika berusia 50 tahun.
“10 tahun saya tunggu dapat dia.
“Saya berkahwin umur 40 tahun, sebab saya masuk Islam umur 39 tahun.
“Umur 50 tahun baru saya dapat Fateh,” luahnya.
Bagi Adam, kehadiran Fateh adalah amanah dan anugerah yang cukup besar dalam hidupnya. Justeru, dia mahu membesarkan anak itu dengan asas agama yang kukuh agar membesar sebagai insan yang baik serta sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Perkongsian Adam ini menjadi inspirasi buat ibu bapa lain. Dalam mendidik anak, ketegasan adakalanya perlu, namun biarlah ia hadir bersama kasih sayang, kesabaran dan contoh yang baik daripada ibu bapa sendiri.
Benarlah, anak-anak mungkin belum faham sepenuhnya mengapa sesuatu perkara perlu dilakukan. Tetapi apabila mereka dibimbing secara konsisten sejak kecil, nilai itu perlahan-lahan akan tertanam dalam hati mereka. Itulah antara bentuk kasih sayang seorang ayah — bukan sekadar membesarkan anak, tetapi membimbing mereka mengenal tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Tomok & Ayu sambut ulang tahun perkahwinan ke-15 dengan penuh kesyukuran selepas menunaikan haji. Ucapan dan doa Ayu buat suami tercinta hingga ke syurga menyentuh hati ramai.