Rahsia wajah cantik dan berseri, isteri boleh amalkan supaya suami sentiasa sayang. Sebagai isteri kita dituntut untuk berhias di depan suami. Maka sebab itulah ramai wanita sanggup melakukan apa sahaja demi untuk kelihatan cantik bagi ‘mengikat’ suami agar tidak ‘disondol’ oleh wanita lain.
Fitrah seorang wanita memang suka bercantik-cantik. Selain menggunakan pelbagai produk perawatan kecantikan, ada cara lain yang elok diamalkan oleh para isteri bagi ‘merantai’ suami. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
Dan ketika Yusuf berkata kepada bapaknya: Hai bapakku, sesungguhnya aku melihat sebelas bintang dan matahari dan bulan, aku lihat mereka bersujud kepadaku (Al-Qur’an, surat Yusuf, ke 12 ayat 4)
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4:
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaha ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Kini sudah pastinya ramai berduka apabila peningkatan kes kematian akibat Covid 19 di negara ini ternyata membimbangkan kita. Saban hari paparan di media sosial berkongsi kematian ahli keluarga akibat virus paling bahaya ini.
Duka itu juga dialami sendiri oleh pelakon, pelawak dan pengacara popular, Didie Alias yang kehilangan ahli keluarga rapatnya.
Menerusi Instagram miliknya beliau memuat naik ucapan takziah buat ahli keluarganya. Dia yang sudah kehilangan lima ahli keluarganya akibat Covid-19, meluahkan rasa sangat terkesan terhadap dirinya.
Dirinya seakan trauma melihat lima ahli keluarga rapatnya pergi selamanya. Luahannya itu telah menarik perhatian warganet yang turut bersimpati dengan situasi yang dialaminya.
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un
Ya Allah Kau Kuatkanlah Kami Sekeuarga Dengan Dugaan Covid nie. Tak mampu dah aku nak cakap.
Hari nie seorang lagi ahli keluarga aku,sepupu rapat aku menghembuskan nafas terakhir angkara covid jahanam nie.
Sama-sama lah kite sedekah Al fatihah buat mereka yang meninggalkan kite termasuk ahli keuarga mumy.
Mohon patuhi SOP
Bimbang kes semakin meningkat, pengacara popular ini berpesan agar sentiasa mematuhui SOP dan pentingkan diri sendiri agar dapat mengawal wabak ini merebak tanpa kawalan.
Sama-sama lah kite jaga diri kite,family kite. Jangan lah korang jadi SELFISH pentingkan diri korang je. Dah naik tepu duk kt umah nie,jaga sop jaga jarak,dah macam-macam aku jaga masih tinggi lg jangkitan covid,aku tak tahu bile penghujungnye.
Lima ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19
Al fatihah Ibu Saudaraku -Rohana Kassim Nenek Saudaraku – Nenek Andakku Sepupuku – Abg Ajis Bekas Abg Iparku – Hj Mohd Taib Abd Wahab Sepupuku – Muhamad Firdaus b. Musa
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون “Mudah-mudahan syurga menjadi tempat rehatnya”
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Rabbal Alamin..
Pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida teruja apabila anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus selamat bergelar suami kepada wanita pilihan dikenali Haniz Zahira, 28.
Majlis akad nikah yang serba sederhana itu diadakan di sebuah masjid di ibu kota yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri.
Danial yang juga pemain keyboard kumpulan Neon Band sebelum ini melangsungkan majlis pertunangan dengan Haniz yang juga Pegawai Pemasaran pada 22 Jun yang lalu. Selain Danial, Umie Aida juga memiliki dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhelmy, 26, dan Aisyah Humaira yang kini berusia setahun.
Tahniah diucapkan buat Umie Aida dan suami. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Setiap bulan bila tengok bil yang sampai di rumah boleh naik pitam dibuatnya. Nak nak lagi musim cuti sekolah ni kan.
Lagi tinggi penggunaannya terutama sekali bil elektrik dengan penggunaan pendingin hawa, televisyen dan sebagainya lagi.
Untuk ibu-ibu jangan risau anda boleh jimatkan bil di rumah jika lakukan tip yang dikongsikan oleh Fawwaz Johari
[Bil Elektrik Tinggi? Rumah 2 tingkat berhawa dingin mempunyai bil kurang daripada RM40-70 sebulan, begini caranya…]
Viral harini di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi setelah TNB menukarkan ‘Smart Meter’ yang baru menggantikan meter TNB yang lama.
Saya adalah salah seorang pekerja TNB. Posting saya ini bukanlah bertujuan untuk menjawab atau menjelaskan mengenai ura-ura bil elektrik yang dikatakan meningkat tersebut. Namun hanya untuk kongsikan kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda.
Ingin saya nyatakan disclaimer disini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka.
Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.
Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.
Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30.
Bagaimanakah kami lakukannya?
Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan. 1. Gunakan teknologi inverter
Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter.
Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.
Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
2. Peralatan elektrik berstatus “5 bintang”
Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda. 3. Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik:
Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah:
– pemasak nasi elektrik
– cerek air elektrik
– water dispenser
Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air.
Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi. 4. Menggunakan lampu LED
Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.
5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik
Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.
Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai.
Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.
6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung
Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar. Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.
7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah
Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.
Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.
8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah.
Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.
9. Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan & Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.
[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.