Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Jiwa kacau akan membuatkan orang bertindak di luar batas kewarasan.

Mutaakhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai insiden sama ada bunuh diri, membunuh orang lain, pasangan atau anak.

TRENDING: Fenomena Filem Mat Kilau, Ada Yang Sanggup Rembat Seat Orang, Tolong Jaga Tertib. Lelaki Ini Kesal Sikap Penonton.

POPULAR: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.

BACA: Sakit Mental Memang Real! Cubaan Bunuh Diri, Lelaki Ini Dedah Jiwa Kacau Tapi Ini Buat Ubah Fikiran!

 

Begitu juga dengan perkongsian ini daripada seorang lelaki menerusi facebooknya. Menurut Muhammad Faris Nazrin. dia hampir membunuh diri. Namun saat akhir dirinya kembali sedar mengenai tindakan luar batasnya itu.

Ikuti perkongsiannya moga kita muhasabah diri

Cubaan Bunuh Diri

Saja browse gambar lama, tiba-tiba keluar gambar ni. Waktu ni aku dah nekad. Whatsapp terakhir untuk Mama Ayah dah tulis, gambar pun dah ambil. Aku dah nekad untuk terjun ke landasan LRT.

Tren akan tiba dalam masa 6 minit dan aku hanya ada selama itu untuk hidup. Aku ready nak send mesej tu kepada parents bila tren dah muncul.

IKLAN

 

Sakit Mental Memang Real! Cubaan Bunuh Diri, Lelaki Ini Dedah Jiwa Kacau Tapi Ini Buat Ubah Fikiran!

 

Nak tau apa yang menyelamatkan aku?

1) Ada kawan call tanya khabar. Kemudian dia mengakhiri perbualan itu dengan berkata “I care for you”

2) Dengar laungan azan. Bila dengar “Allahuakbar” selama 4 kali, aku terus rasa tersentak.

IKLAN

You know, words can powerfully affect people in two ways: changing their lives or making them miserable.

 

Dan aku dah jadi advocate mental health awareness untuk menyedarkan masyarakat betapa real dan memeritkan penyakit mental ini.

Bagi yang selalu mengamalkan kata-kata yang baik untuk membantu orang yang sedang struggling, aku doakan syurga untuk kau orang. Sebab apa yang menyelamatkan aku pada malam tu ialah KATA-KATA yang menenangkan.

Selepas mendengar azan, aku terus berlari ke arah masjid. Lepas solat isyak, aku ingat yang aku doa sepenuh hati sambil menangis minta Allah bagi kekuatan untuk diri aku melawan penyakit ini.

And Allah has answered the prayer. Sebab bila aku recall memori malam itu, aku boleh ingat betapa lemahnya diri aku waktu itu dan Allah berikan aku harapan dan kekuatan untuk kekal hidup hingga ke hari ini.

Dan aku dah jadi advocate mental health awareness untuk menyedarkan masyarakat betapa real dan memeritkan penyakit mental ini.

IKLAN

Kepada pesakit mental dan caregiver, sama-samalah berkata baik kepada sesama sendiri. Kerana kata-kata anda mampu membuatkan orang lain berasa bahagia bersama anda.

Sumber: Muhammad Faris Nazrin

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

Sakit Mental Memang Real! Cubaan Bunuh Diri, Lelaki Ini Dedah Jiwa Kacau Tapi Ini Buat Ubah Fikiran!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI