Dari kecil hinggalah dewasa, air teh tarik kaw pasti menambat selera. Lebih-lebih lagi bila lepak di kedai mamak, boleh duduk berjam-jam lamanya sambil menghirup air ini.
Tapi kenapa teh tarik yang dibuat oleh kita tak sama dengan yang dihidangkan di kedai mamak atau dijual oleh penjaja.
Rupanya ini rahsianya. Ada bahan tersembunyi yang dimasukkan untuk menambah keenakan air tersebut telah dikongsikan oleh Puan Rozana Mamat.
Hanya guna lima bahan sahaja dan caranya pun mudah. Ikuti perkongsiannya di sini.
Hari ini mak jemah bukan nak share masak makanan, tapi masak air teh tarik kaw-kaw. Rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu.
Lupa dah ambil resepi dekat mana, cuma guna lima bahan saja yang dah sedia ada dekat rumah korang. Let’s check it out!
Ads
CARA ‘MASAK’ TEH TARIK KAW-KAW SEDAP
BAHAN-BAHAN:
* Air 500ml.
* Teh empat atau lima uncang (lagi banyak lagi kaw).
* Susu pekat (ikut tekak masign-masing nak manis mana).
* Susu cair setengah tin (nak lagi lemak, bubuh saja lebih).
* 1sk esen vanila.
Ads
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Didihkan teh uncang.
2. Selepas itu, bubuh (letak) susu pekat, susu cair dan esen vanila.
3. Biarkan mendidih seketika.
Siap! *kalau nak minum ais, tunggu sejuk dulu then tambah saja ais ketul.
Resipi singgang daging Kelantan, bahan ‘rahsia’ ni buat lagi sedap! Singgang daging merupakan salah satu hidangan tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Masakan ini dikenali kerana cara penyediaannya yang ringkas tetapi mampu menghasilkan rasa yang lazat dan menyelerakan. Berbanding dengan masakan lain yang memerlukan penggunaan minyak dan santan, singgang daging lebih sihat kerana hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti rempah ratus dan air.
Nah cuba masak Singgang Daging seperti yang dikongsikan oleh Tengku Syazwanie ini.
BAHAN-BAHAN:
1 keping daging – hiris nipis
1 inci halia – hiris
1 inci lengkuas – hiris
1 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
5-6 tangkai cili /lada kering – hiris/potong kecil
1 sudu teh biji ketumbar – tumbuk kasar
2 keping asam gelugur –
1 sudu teh budu – jika tiada, boleh abaikan
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Daging ditumis bersama bahan-bahan hiris & bahan tumbuk terlebih dahulu tanpa dimasukkan air. (Proses ini dipanggil proses mati awas) agar rasa bahan masuk ke dalam daging. Ia penting dan rahsia kesedapan singgang.
2. Bila daging sudah kelihatan meresap sempurna, masukkan air dengan secukupnya dan juga asam keping. Rebus sampai daging empuk.
3. Bila daging sudah empuk dan lembut, masukkan budu, garam dan perasa dengan secukupnya. Budu membuatkan kuah singgang rasa lebih enak. Jika tiada, boleh abaikan.
4. Singgang Daging sedia untuk dinikmati.
Singgang daging bukan sahaja enak tetapi juga mempunyai banyak khasiat. Penggunaan bahan semula jadi seperti kunyit dan halia membantu dalam sistem penghadaman serta meningkatkan imuniti badan.
Peti ais yang dah lama sangat tak dicuci memang meninggalkan bau yang kurang enak. Lebih-lebih lagi bila ada makanan atau sisa makanan yang tertumpah dan melekat pada peti ais.
Bau hanyir ikan dan bahan basah lain yang melekat pada bahagian pembeku juga akan meninggalkan bau yang kurang enak pada keseluruhan bau peti ais.
Sesekali rajinkanlah diri untuk bersihkan peti ais anda. Alang-alang dah bersihkan tu, cubalah cara untuk kekalkan keharuman dengan cara ini. Senang sahaja, cuma gunakan bahan yang sentiasa ada di rumah. Paling penting tidak menggunakan kos yang mahal, peti ais juga kekal harum dan wangi. Bagaimana? Cuba cara ini.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Esen vanila
Nak mencucinya pun kena ada caranya. Bagaimana nak gunakan dua bahan ini untuk mencucinya? Ikuti langkah ini.
1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais. Kosongkan kesemuanya.
2. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.
3. Ambil sepotong lemon dan perahkan pada seluruh kawasan peti ais. Gunakan tuala tadi untuk mencuci lemon hingga rata. Biarkan kering.
4. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.
5. Tutup peti ais selama 30 minit dan biarkanlah seketika.
6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.
7. Hasilnya peti ais akan berbau lebih harum dan segar
Selamat mencuba!
Foto: Ceritera cinderella.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak semalam, mesti ada orang ketuk rumah, sedekah daging korban. Kan? Alhamdulillah rezeki.
Hasil dari rezeki orang sedekah tu, ada yang goreng dan ada yang buat sup. Bagi sesiapa yang rajin, boleh la ikut resipi dari Superdaddy Khairul Abdullah kita ni, nasi daging istimewa orang utaqa! Jom usha resipinya!
Kalau raya korban ni, belah utara nu memang inilah juadah utamanya.
Memandangkan aku orang Kedah maka wajiblah aku bersusah-susah semalaman masak ni sebab nak jamu kat tetamu yang mai rumah hari ni.
So, daging korban yang banyak dok ada tu hampa bolehlah try buat nasi daging ni.
Nah aku up lagi sekali resepi Nasi Daging Istimewa oleh SuperDaddy Khairul Abdullah
Bahan yang diperlukan untuk melaksanakan projek ini:
2 cawan beras basmathi direndam 30 minit dan toskan.
300gm daging, potong kiub saiz sedang yer.
½ cawan susu cair (kalau takde pun takpe)
1 helai daun pandan.
1 ½ sudu besar rempah kurma
1 kiub pati ayam
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
½ biji tomato
2 sudu kismis hitam (kalau ada)
2 sudu gajus (kalau ada)
Bahan untuk menumis:
½ biji bawang besar/bawang kecil, hiris nipis
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
Bahan untuk air asam kerisik:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, hiris nipis
5 biji cili padi, potong kecil
1 inci belacan
1 sudu paste asam jawa dibancuh dengan ½ cawan air .
½ sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
1-2 sudu jus limau nipis
Cara melaksanakan projek ini:
1. Rebus daging yang telah dipotong kiub bersaiz setengah kotak mancis (jangan kecil dari tu, nanti daging hancur pulak) bersama 5 cawan air serta ½ sudu rempah kurma dan garam sehingga empuk. Paling cepat guna pressure cooker set 25 minit dah cun.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali ke dalam periuk ke tak kisah, tetapi yang besar dan senang nak kacau. Masukkan bahan tumis dan tumis sebentar. Kemudian masukkan lebihan serbuk kurma dan kacau sampai bau dia sedap.
3. Masukkan susu cair kalau ada dan kacau biar pekat dan masukkan beras yang telah ditos bersama daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan sampai sebati. Masukkan daging, kismis, gajus dan tomato. Kacau rata.
4. Pindahkan beras tadi ke periuk elektrik dan masukkan 3 cawan air rebusan daging tadi bersama kiub pati ayam. Kiub pati ayam tu hancurkan atau elok cairkan dahulu. Tak perlu tambah garam dah. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup.
Biarkan nasi masak dan selepas masak gemburkan dengan garfu agar nasi tak berketul bila sejuk nanti.
Siap.
Now cara nak buat air asam kerisik pula:
1. Paling baik, tumbuk kasar, cili bersama sebahagian tomato dan sebahagian bawang serta belacan.
2. Lepas tu masukkan semua bahan tumbuk dan bahan lain ke dalam bekas dan gaul sebati.
Siap.
Baki air rebusan daging korang tumislah bawang halia bagaindan jadikan sup. Nak lengkap lagi korang buatlah dalca okeh. Kau google lah resepi dalca tu. Maka siaplah sup dan dalca.
Maka hidanglah sepinggan nasi bersama beberapa ketul daging bersama semangkuk air asam. Perah limau dalam baki air rebusan daging tadi dan tabur daun sup.
Cara nak makan:
1. Ceduk 2 sudu kuah air asam dan gaul bersama nasi.
2. Cubit daging yang dah lembut tu, celupkan ke dalam air asam dan kaut sikit bawang, tomato dan cili dan letakkan ke atas nasi lalu suapkanlah ke mulut dengan penuh perasaan.
3. Rasa nasi yang gebu dan sedap diikuti rasa daging enak dan masam-masam manis pedas tu bikin air liur meleleh wehhh.
4. Hirup sikit demi sedikit baki air rebusan tadi yang kini dah jadi sup.
5. Dan makanlah dengan bersungguh-sungguh.
Cuba tau.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.