Berkongsi berita baik itu, majalah keluarga berpeluang bertentang mata dengan aktor hebat ini sewaktu sesi penggambaran Projek Cuti Keluarga Dan Keluarga Gader anjuran Majalah Keluarga di Taman Tema Legoland baru-baru ini, Fizz Fairuz menjawab soalan dengan tenang penuh makna mengenai penampilan baru isteri tersayang.
Ads
Kata Fizz Fairuz kepada majalah keluarga bahawa dia tidak pernah memaksa isterinya untuk memakai tudung.
“Saya tak memaksa dia untuk memakai tudung. Cuma ada hari tu katanya, ‘If i pakai tudung ok tak?’. Saya cakap ‘up to you’. Ia bukan paksaan.”
Namun dia tidak sangka selepas habis penggambaran filem Mat Tudung 2, isterinya meluahkan hasrat ingin bertudung.
Bagaimanpun Fizz mengakui tidak terkejut dengan perubahan isterinya lantaran sebelum ini Almy pernah bertanya mengenai hal itu.
“Jadi hari berikutnya habis shoting filem Mat Tudung 2, esoknya dia pakai tudung. Tapi saya tak adalah terkejut,” ujarnya berterus terang.
Dah Tiba Masanya
Ads
Malah katanya lagi, Almy pernah bertanya sama ada dia menyukai penampilan dirinya dengan memakai tudung. Sebaliknya Fizz menasihati isterinya bahawa pemakaian tudung itu bukan sebab dirinya tetapi kerana Allah.
“Allah dah bagi you masa. Dapat anak, dapat itu ini. Ini hadiah dari Allah. Cara memakai tudung.”
Doa Yang Terbaik Buat Isteri
Fizz Fairus memberitahu sebagai suami dia boleh bersikap memaksa isterinya memandangkan ahli keluarganya lain turut bertudung namun tidak.
Malah bersyukur dan mendoakan yang terbaik dengan penampilan baru isterinya.
“Sebagai suami, saya boleh paksa. Saya tak nak jadi macam tu. Kalau terbuka hatinya nak pakai tudung. Jika belum bersedia, ‘its up to you.’”
Ads
“Jika rujuk kepada saya, sudah mestinya. Mak, kakak saya semua memakai tudung. Mak dan adiknya pun memakai tudung. Dah cukup masanya memakai tudung. Dah sampai panggilannya tu. Saya berdoa mana yang terbaik buatnya.”
Tudung Neelofa
Siapa sangka penggambaran filem Mat Tudung 2, menjentik hati Almy Nadia untuk bertudung. Kebetulan tudung yang digunakan untuk penggambaran adalah tajaan dari Neelofa.
Kata Fizz, ketika menggunakan tudung untuk penggambaran, Almy ada memuji tudung Neelofa cantik dan ingin memakainya. Pada awalnya dia tidak menyedari niat isterinya ketika itu.
“Sejak Almy bertudung ni belum ada kesempatan lagi membeli tudung. Tudung untuk filem yang ditaja oleh Neelofa, Almy pakai.”
Katanya lagi, sepatutnya tudung tajaan harus dipulangkan semula. Namun Neelofa memberikan ia sebagai hadiah buat Almy dan meluahkan rasa syukur dan memberi kata-kata positif dengan perubahan rakan artisnya.
Melihat orang lain boleh turun berat badan, tentu antara kita yang mengalami masalah yang sama ingin menggetahui rahsianya. Kalau boleh, ingin juga dicuba apa yang diamalkan agar dapat juga kurus sepertinya.
Jadi apa kata kita dengar kisah wanita ini yang berjaya turunkan berat badan dengan caranya. Jom semak.
Ramai yang nak tahu rahsia macam mana saya boleh kurus tanpa produk dair 71kg-60kg…sebenarnya tak de rahsia pon hanya jaga pemakanan dengan betul dan tahu berapa calori yang badan kita perlukan setiap hari.
Apa yang saya buat
1.Tinggalkan air manis dan minum air kosong 3liter sehari
2. Makan nasi setiap hari tapi kadar suku-suku separuh,mesti ada yang tak faham apa yang suku apa yang separuh…nasi suku,laut suku,sayur buah separuh.
3. Makan 5 kali @6 kali sehari
4.Menu pagi roti telur bersama sayur dan susu boleh je tukar jus buah+susu rendah lemak 100ml+oat
5. Snack pagi 10-11pg makan buah
6.Tengahari nasi+lauk pauk yg dikukus/panggang/rebus+sayur2an direbus/grg tanpa minyak/ulam2an.
Yatie Kamarzaman bila bersama dua anak dara, nampak macam kakak dan adik, semua cantik-cantik. Bagi mereka yang kurang mengikuti perkembangan mengenai Yatie Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yatie Sendayu Tinggi, anda mungkin beranggapan bahawa dua gadis yang sering muncul di media sosialnya adalah adik-adiknya.
Yatie Kamarzaman Bila Bersama Dua Anak Dara, Nampak Macam Kakak & Adik, Semua Cantik-cantik
Namun sebenarnya dua gadis tersebut adalah anak-anak perempuannya. Tanpa kita sedari, anak-anak gadisnya ini semakin meningkat dewasa, semakin cantik, dan semakin pandai bergaya seperti ibunya.
Kakak sulung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohamad Zaidi.
Dua anak kesayangan mereka itu ialah Noor Uzma Raisah yang kini berusia 16 tahun dan Noor Aleya Baheerah, 13 tahun.
Noor Uzma Raisah dikatakan lebih mirip dengan bapanya, manakala Noor Aleya Baheerah pula lebih mengikuti wajah ibunya.
Jika anda perhatikan, apabila Yatie dan anak-anak gadisnya bergambar bersama, mereka kelihatan seperti adik-beradik dan bukannya ibu dan anak.
Kalau sebut je peria pasti ramai yang membayangkan rasanya yang pahit. Tapi sebenarnya pahit itu ubat.
Nak hilangkan rasa pahit tak susah mana pun. Jom cuba buat Kerepek Peroa Homemade. Memang sedap, crunchy dan pedas-pedas tepung tu membuatkan satu keluarga menggemarinya.
Layan Kerepek Peria ni memang best. Nak nak lagi tengah menonton , memang tak terasa kejap je dah habis.
Seorang pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang, meninggal dunia malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga.