Apabila bergelar suami isteri, tentunya tanggungjawab makin bertambah termasuk menguruskan anak-anak. Usah meletakkan urusan anak-anak hanya dibahu isteri sahaja, sebaliknya suami harus turut membantu.
Perkongsian bapa muda ini Mohd Fhais di FBnya yang berkisar mengenai kenapa ayah patut mandikan anda, adalah satu tanggungjawab yang suami boleh lakukan untuk meringankan tugas isteri. Pasti bahagia rumahtangga jika begini kan.
Memang banyak kerenah bila nak mandikan anak ni, dari nak kejut bangun tidur sampai nak sarung baju di badan ada sahaja kerenah dia.. tak lekang mulut ucap astaghfirullahalazim..
Istighfar itulah yang akan kuatkan naluri TANGGUNGJAWAB & CINTA pada anak isteri.
Akibat dari jarang bermesra, jarang mandikan, jarang ada family time membuatkan bonding anak ayah makin lama makin lerai. Sebab itulah asal anak buat perangai sikit je ayah dah menengking, naik tangan, cop anak nakal.
Bila bonding tiada, KESEFAHAMAN itu memang tak wujud.
Anak nampak ayah garang, bengis, jahat..
Ayah pula nampak anak nakal, degil, tak dengar cakap..
Rajinkan lah diri mandi anak supaya tertanam benih tanggungjawab dalam diri bila melihat sendiri perubahan anak yang dulu kecil sekarang dah besar.
Dari rendah sekarang dah tinggi, dari peha nipis sekarang dah sama besar tangan kita, dari rambut pendek sekarang dah panjang, kalau dulu mandi dalam besen sekarang besen pun dah tak muat.
Bila dah tertanam benih tanggungjawab ini baru kita sedar bahawa banyak perkara yang kita belum buat, banyak pengorbanan yang kita abaikan dan banyak lagi keperluan yang kita perlu disediakan.
Selepas ini comfirm bila anak buat perangai kita tak cakap dah nakal tapi kita akan nampak potensi sebenar mereka.
Ibu bapa tak perlu serius sangat, baru selalu di rindui anak-anak.
Selain dari itu masa mandi lah kita sebagai parent boleh tengok tengok badan anak kalau ada lebam, luka, contengan atau perubahan pada anak supaya kita lebih alert dengan penderaan atau buli. Tak boleh ambil sikap lepas tangan bila berkaitan anak ni.
Ye betul, kita bayar mahal kat pengasuh, taska dan sekolah untuk mereka mendidik anak kita jadi manusia tapi harga untuk mengandungkan dia 9 bulan 10 hari tiada siapa boleh bayar, ada yang sanggup bayar berpuluh ribu semata-mata nak anak.
Tiada harta atau duit yang dapat gantikan penat, sengsara, berat badan, nafsu makan dan lenguh bahu masa isteri mengandungkan anak kita.
Hargailah anak isteri kita, baru rezeki kita di hargai..
Mohd Fhais Tak pernah ada rasa malu mandikan anak perempuan. Asalkan tahu batas dan hadnya.
P/s : Tolong sampaikan pada pasangan dan ayah mithali di luar sana ye, dan jangan pula kawan kawan sindir lelaki yang selalu mandikan anak.
Siapa yang tak kenal dengan pasangan sama cantik sama padan ini, sebut sahaja nama sang suami daripada budak kecil sehingga ke orang tua pasti kenal. Biarpun ada sahaja caranya yang mengundang kontroversi, namun tak kurang yang terhibur dengan telatahnya.
Berbeza pula dengan sang isteri yang cukup lemah lembut, tutur kata yang sopan dan sentiasa manis dengan senyuman. Jika suami gemar bermain dengan kamera, berbeza dengan isterinya yang sentiasa low profile. Itulah perbezaan karakter pasangan Dato Sri Aliff Syukri dan juga Datin Sri Shahida.
Kemelut di muara kasih antara mereka mengundang pelbagai kontroversi. Sana sini orang memperkatakan hal rumah tangga mereka.
“Hampir 13 tahun kami mendirikan rumah tangga, dengan dikurniakan lima cahaya mata dan seorang anak angkat. Pengalaman selama bergelar suami isteri ini, saya pernah diduga dengan masalah kewangan. Tetapi isteri tetap bersama saya. Saya yakin dalam perkahwinan, benda yang amat berharga adalah bila kita memahami antara satu sama lain, dan ketika pasangan berada bersama susah dan senang.
“Tetapi bohonglah andai kata tak ada cabaran,. Bila bersama sebagai suami isteri pasti ada perbezaan. Karakter saya orang nampak seperti lembut, memahami tetapi saya sebenarnya sangat tegas orangnya. Isteri saya sentiasa berada di sebelah ketika saya tengah ‘down’, terima kasih kerana selalu menyokong Bie saat susah bersama,” ujar Dato Sri Aliff lagi.
Jangan cari kesempurnaan
Dalam pada itu, beliau mengakui dalam sesebuah rumah tangga takkan terlepas dari berlakunya perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
“Lumrah dalam rumah tangga pasti akan ada pergaduhan akan terselit di sebalik manis dan pahit sesuatu perhubungan. Tetapi kena ingat bila kita ingin mencari yang paling sempurna takkan jumpa. Sempurna itu adalah apabila kita kena serasikan antara satu sama lain. Tak ada benda sempurna kerana lagi kita mencari lagi dia akan ‘hilang’.
“Tetapi menerima keburukan dan kebaikan pasangan , bila kita menerima satu sama lain saya yakin itu penting. Kalau dia boleh terima keburukan kita, jadi kenapa tidak kita. Saling memaafkan itu sangat penting.
“Benda paling saya selalu ingatkan dalam perhubungan ini, jangan rasa ada orang yang lebih baik dalam dunia ini melainkan pasangan kita. Sentiasa bersyukur dan puas hati, anggaplah isteri anda hidup esoknya adalah hari terakhir dia bersama kita. Fikirkan macam mana isteri penat beranak, sakit dan besarnya tanggung jawab bukan hanya bekerja tetapi bagaimana penat dia menjaga kita dan zuriat kita. Sayangi isteri kita sepertimana kita menyayangi ibu kita. Insya-Allah perkahwinan itu akan lebih kekal.
“Kalau diikutkan setiap minggu kami bergaduh. Tetapi apabila saya fikirkan kebaikan lebih banyak maka saya rendahkan ego. Lelaki ini egonya tinggi, nak menang nak betul. Tetapi ada kalanya kita kena turunkan ego, tak salah nak minta maaf kerana ia bukan bermakna kita dayus. Tetapi maaf untuk kebahagiaan kita.
“Orang lain tak boleh bantu kita, tetapi diri kita sendiri yang harus berbuat demikian. Jangan diukur kebahagiaan dan kemewahan orang lain sebab kita ada kebahagiaan yang orang lain tak rasa. Seronok dan gembira dengan apa yang anda anda kerana kebahagiaan akan muncul dalam rumah tangga anda,” ungkap Dato Sri Aliff penuh makna.
Jangan abaikan perasaan anak
Sementara itu, Datin Shahida mengakui kesibukan dengan urusan kerja, jangan abaikan tentang perasaan anak-anak.
“Tugas sebagai ibu dan isteri ini memang sangat penat. Sebab itu walau sesibuk mana sekalipun kena uruskan rumah tangga. Bagi saya sendiri, dapat lihat anak-anak membesar depan mata itu sudah cukup menggembirakan. Hilang segala penat dan kena selalu menjadi pendengar setia kepada segala keluhan dan masalah anak-anak.
“Hari-hari saya akan tanya anak-anak buat apa hari ini, makan apa di sekolah, apa dia buat dengan kawan-kawan dan sebagainya. Hari-hari kena tanya sebab anak-anak memerlukan kita untuk bercerita. Jadi jangan rasa mereka kecil lagi sedangkan ketika inilah masanya untuk mereka berkongsi cerita.
“Kalau wanita lain mungkin ke spa mahupun keluar bersama kawan-kawan adalah cara mereka ‘me time’ tetapi pada saya me time itu adalah bila saya bersama dengan anak-anak. Kegembiraan saya adalah bila dapat duduk dengan anak-anak. Kalau stres atau penat, saya akan kunci pintu bila untuk rehat.
“Saya tak boleh orang ganggu waktu itu, jadi bila anak ketuk pintu, saya akan minta mereka jangan ganggu mama jadi mereka faham,” ujar Datin Sri lagi ketika ditanya tentang perihal anak-anaknya.
Nak anak berjaya dalam ilmu agama
Ditanya mengenai harapan terhadap anak-anaknya apabila besar kelak, jujur mengakui beliau mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam ilmu keagamaan.
“Ibu mana yang tak mahu melihat orang yang berjaya kan. Tidak dinafikan semua orang nak anak mereka pandai, begitu juga saya. Cuma saya nak mereka berjaya dunia akhirat dan lebih menitikberatkan soal agama.
“Semua orang nak anak pandai tetapi itu adalah anugerah dan kepandaian itu hanya sekadar di atas kertas. Tetapi akhlak itu akan dibawa sampai mati. Kerana itu saya mahu mereka semua memiliki akhlak yang baik. Kerana itu saya sangat mementingkan soal agama sejak kecil dengan menghantar mereka ke sekolah agama,” tegas Datin Sri Shahida lagi.
Kena sabar
Mengakui dalam rumah tangga kena ada sifat sabar jika mahu mengecapi bahagia. Jujur mengakui tidak ada istilah pujuk memujuk andai berlaku perselisihan faham, sebaliknya masing-masing tahu dan perbaiki apa salah sendiri.
“Sebagai isteri baik saya mahupun wanita lain, kena ada sifat sabar dalam rumah tangga. Kita duduk dengan orang yang kita tak pernah kenal sebelum ini Contohnya, kita hidup dengan ibu bapa kita 20 tahun, kemudian kahwin dan kena mulakan hidup baru dengan karakter berbeza dengan kita. Kena sabar, sabar dan sabar kerana itulah kunci untuk kerukunan rumah tangga.
“Baik saya mahupun suami, bila bergaduh atau berselisih faham tak ada istilah pujuk memujuk. Buat tak tahu dan tegur macam tak ada benda berlaku. Tetapi kita tahu dan daripada pergaduhan itu kita memperbaiki dan ada perubahan sikap,” jelas Datin Sri lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Mei-Jun 2020
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didikan ibu bapa menjadi penentu karektor dan sikap setiap anak. Tak kira anak perempuan ataupun anak lelaki, masing-masing perlu diajar bertanggungjawab membantu kerja-kerja rumah.
Anak-anak yang sudah diajar membantu ibu bapa melakukan kerja rumah akan membesar sebagai individu yang ringan tulang dan bertanggungjawab.
Ramai pakar-pakar kekeluargaan dan keibubapaan sering berkongsi dan berpesan kepada ibu bapa agar mengajar anak lelaki mereka juga membuat kerja rumah.
Dengan melakukan kerja rumah, anak lelaki akan lebih berdikari dan makin hormat kepada ibu selepas tahu betapa penat sebenarnya membuat kerja rumah.
Anak Yang Baik
Baru-baru ini pelakon dan usahawan, Puteri Sarah ada berkongsi sebuah video di mana anak sulungnya, Syaikhul Islam membantunya melakukan kerja rumah.
Dalam video tersebut, Syaikhul dilihat sedang membasuh pinggan yang berada di dalam sinki.
Menurut Puteri Sarah, Syaikhul sememangnya seorang anak yang baik, soleh dan rajin membantunya di dapur. Lebih terharu, anaknya itu boleh dikatakan sangat matang, pandai menyayangi orang serta terlalu melindungi adiknya, Summayah.
Good morning from Syaikhul Islam anak yang baik, anak yang soleh. Keep being you. Anak yang rajin tolong mama dan hormat orang tua. Baru 5 tahun tapi matang dan sayang serta protect adik.
Menerusi video tersebut juga, Syaikhul berkata dia hendak menjadi seorang yang rajin dan mahu meringankan beban ibunya. Tambah Syaikhul, dia selalu memasak bersama ibunya. Di akhir video, Syaikhul meluahkan rasa sayang terhadap ibunya.
Bertuah sungguh Puteri Sarah dikurniakan anak lelaki yang penyayang dan ringan tulang. Semoga dia terus menjadi pelindung kepada ibu dan adiknya.
MasyaAllah sejuk perut mama Syaikhul
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Puteri Sarah memuji Syaikhul yang sangat rajin membantu mamanya membuat kerja rumah.
Selain dari itu mereka turut mendoakan agar Syaikhul terus menjadi anak yang baik, soleh dan menjadi pelindung kepada mama dan adik perempuannya.
Hebatnya empat fasa mendidik anak-anak gaya Rasulullah SAW.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ustazah ini.
Moga menjadi manfaat untuk kita mendidik anak-anak.
Mudah tapi sarat dengan ilmu
1. Fasa kasih sayang.
Umur anak 0 hingga 6 tahun merupakan fasa yang penuh dengan kasih sayang, bunga-bunga cinta, semuanya nampak manis, menggunakan panggilan yang membentuk peribadi.
Ibu ayah juga boleh mendorong mereka untuk menjadi lebih beradab dengan menggunakan bahasa yang sopan, banyak mengungkapkan kata yang baik dan menyejukkan hati serta mengajarkan mereka sifat ihsan.
Dilarang menengking, merotan atau memarahi anak diusia ini kerana ia seperti ukiran pada batu. Lekuknya sukar hilang, jiwa luka dibawa sehingga dewasa yang akhirnya menjadikan mereka seorang yang kasar dan penuh emosi negatif.
2. Fasa disiplin dan tanggungjawab
Umur anak-anak 7 hingga 14 tahun. Peringkat umur begini anak-anak sudah bersedia menerima peraturan dalam hidup mereka. Jiwa yang dipenuhi dengan kasih sayang akan senang dibentuk dan lebih mendengar arahan.
Rasulullah SAW menyuruh ibu ayah;
Perintahkan anak dirikan solat,
asingkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan.
Ibu ayah boleh melakukan penegasan jika anak-anak tidak memenuhi tuntutan dengan memukul sebagai pengajaran. Perlu diingat, pukulan itu tidak bermaksud menyakitkan tapi sebagai proses mendidik dan mengingatkan.
Cantik sangat Rasulullah SAW menyusun proses pendidikan dalam kehidupan manusia. Jelas, perkara yang paling ditekankan ialah adab, agar adab ini berkembang melitupi setiap tindakan. Tinggi perasaan hormatnya pada orang lain.
3. Fasa berkawan
Umur anak-anak 15 hingga 21 tahun. Ramai ibu ayah yang mengakui bahawa fasa ini merupakan paling mencabar kerana anak-anak kuat memberontak dan cuba mempertahankan kemahuannya.
Anak-anak yang mampu meluahkan segala masalah dan bebanan jiwa mereka pada ibu ayah akan dapat mengawal emosi dengan baik.
Anggap anak-anak seperti kawan. Berkongsi kesukaan, kesedihan, kepenatan menuntut ilmu, ketakutan ketika menghadapi ujian dan sama-sama mendorong saat patah hati.
4. Fasa kepercayaan dan kebebasan
Ketika berumur 21 tahun anak sudah mampu membuat keputusan sendiri. Ibu ayah serahkan sepenuhnya kepada Allah, tidak perlu risau atau rasa was-was terhadap setiap tindak tanduk mereka.
Demi Allah dengan didikan yang betul dari awal akan membuatkan anak-anak membesar sebagai individu yang seimbang dan bijaksana.
Biarlah mereka lebarkan sayap dan terbang tinggi dengan hidayah dan petunjuk Allah .
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Norman Hakim baru-baru ini menghadiri sesi perjumpaan dengan guru Maria Danisha, untuk prestasi akademiknya.Norman melahirkan rasa syukur dan bangga apabila mengetahui Danisha berjaya...