Lazimnya seorang isteri terlihat begitu ‘kuat’ dalam menguruskan kerja-kerja rumah, dari celik mata hingga malam hari ada sahaja kerja yang dibuat untuk urusan rumah tangga dilakukan dengan sebaik mungkin.

Namun hakikatnya, seorang isteri atau ibu itu juga manusia biasa, tahu erti penat, lelah malah stress dalam menguruskan kerja-kerja rumah jika tidak mendapat pertolongan dan sokongan daripada ahli keluarga yang lain.

Bukan sahaja penat fizikal malah lebih teruk lagi jika penat emosi. Keadaan ini berlaku apabila seorang isteri itu  tidak lagi mampu menampung tekanan apabila sumber kekuatan  dalaman untuk menghadapi tekanan selama ini dirasakan semakin menyusut.

Dalam penulisan di facebook daripada seorang suami ini, Firdaus Shakirin ada berkongsi tentang pengorbanan isteri dalam melakukan kerja harian dan cara bagaimana untuk suami dapat membantu pulihkan semula semangat isteri agar kembali rasa gembira dan bahagia.

Ikuti perkongsian ini dan bolehlah dijadikan panduan.

Macam mana isteri boleh tahan buat kerja yang sama berulang kali…?

Skrip perjalanan kehidupan harian seorang isteri ini sama sahaja setiap hari. Dari bangun tidur, sampai masuk tidur pula, kerja yang diselesaikan hari itu, disambung semula esok hari.

Tak habis..Sentiasa perlu buat perkara yang sama hampir setiap hari…tak jemu? Tak bosan? Tak meluat?

Suami Ni Kongsi Rahsia Bantu Isteri Elak Stress & Boleh Kuatkan Hati & Emosinya. Sila Takenote!

IKLAN

Itulah kehidupan seorang isteri…sebab itu isteri ini makhluk yang beremosi, sebab itu isteri perlu dihargai, sebab itu isteri perlu disayangi untuk dia kekal terus mengulangi apa yang perlu dibuatnya dari hari ke hari.

Kalau suami itu tidak mampu menghulurkan pertolongan, maka jangan membebankan atau membiarkan isteri keseorangan.

Lelaki tak boleh buat apa yang isteri buat, ulang ulang dan ulang sepanjang perkahwinan. Selagi jadi isteri, selagi itu lah perkara itu dia kena hadapi, dia kena tempuhi.

Dia akan burn out, dia akan burst out mentally and physically. Dia akan letih dan penat perasaan serta fikiran.

Suami Ni Kongsi Rahsia Bantu Isteri Elak Stress & Boleh Kuatkan Hati & Emosinya. Sila Takenote!

Kalau suami memahami, kalau suami itu nampak pengorbanan seorang isteri, suami tak akan biar isteri jalani kehidupan itu sorang-sorang. Suami akan tolong isteri, suami akan ringankan beban isteri.

IKLAN

Suami akan bawa isteri keluar jalan-jalan, suami akan belanja isteri makan. Suami patut tahu untuk refreshkan diri isteri, resetkan diri isteri. Isteri mungkin tak cakap, mungkin tak luah, tapi isteri perlukan TERAPI. Terapi cara isteri, terapi yang boleh menguatkan hati dan emosi untuk terus kekal bergelar isteri.

Sumber : Firdaus Shakirin

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI