Menggaru bagai nak tercabut kulit dibuatnya. Itulah apa yang boleh ingin digambarkan betapa kegatalan kulit yang dirasakan cukup memeritkan. Rasa ingin digaru tapi bila digaru pedih pula yang terasa.
Umumnya kegatalan ini akan menerbitkan kesan pada kulit yang terlihat kering dan timbul bintik-bintik kemerahan, merekah, berkuping-kuping dan berair.
Masalah kegatalan ini bukan sahaja terjadi kepada kanak-kanak malah orang dewasa juga tidak terlepas daripadanya. Ini sekali gus membuatkan sesiapa pun akan berasa tidak selesa dan ingin segera mendapatkan cara atau kaedah untuk atasi kegatalan paling mudah, cepat dan mujarab!
3 Tip Untuk Melegakan Kegatalan
Jangan mandi dengan air yang terlalu panas
Mandi adalah satu cara untuk mengekalkan tahap kebersihan dan kesegaran diri yang baik, namun jika berdepan dengan masalah kegatalan kulit perlu diingatkan jangan mandi dengan air yang panas. Ini kerana suhu mandian akan mempengaruhi kesihatan dan keadaan kulit yang gatal dan dibimbangi akan menjadikan ianya lebih serius.
2. Lembapkan kulit sekerap mungkin
Selain itu jangan lupa untuk sentiasa melembapkan kulit untuk mengatasi masalah kulit kering, gatal dan sensitif dengan menggunakan produk yang lembut/hipoalergenik untuk kulit dan pastikan tiada bahan berbahaya
3. Gunakan produk Suu Balm
Sebenarnya jika anda ingin tahu, telah ramai yang menggunakan jenama Suu Balm ni untuk atasi masalah kulit. Produk ini diformulasikan oleh Pakar Perunding Dermatologi, Dr. Tey Hong Liang dari National Skin Centre, Singapura.
Suu Balm mengandungi mentol semulajadi untuk melegakan kulit kering, gatal dan sensitif dengan pantas melalui rasa kesejukan. Jadi andai kata ada ahli keluarga yang mengalami masalah kulit gatal-gatal sebab alahan makanan, terkena gigitan serangga, alergik peluh dan sebagainya, elok sangat dicuba untuk pakai jenama Suu Balm ini. Memang berkesan tak sampai 5 minit, terus lega!
Ads
Bahkan bukan itu sahaja, produk Suu Balm ini juga sesuai digunakan oleh golongan warga emas yang berdepan dengan keadaan kulit kering akibat kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan atau sebagainya. Senang cakap, produk ini memang selamat digunakan oleh pelbagai peringkat usia.
Ini Pilihan Produk Suu Balm Yang Anda Perlu Guna
Langkah 1 : Suu Balm Dual Cooling and Moisturising Cream Body Wash
-Mengandungi mentol semulajadi yang memberikan rasa segar, tenang dan kelegaan pada kulit
-Diperkayakan dengan 5 jenis bahan pelembab, termasuk mentega shea (Shea Butter) untuk melembapkan kulit masa mandian
-Tidak mengandungi sabun, sulfat, SLS, SLES, paraben, pengawet dan pewangi
Ads
-Hipoalergenik dan sepadan dengan pH kulit yang sihat pada 5.5
-Sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun kulit sensitif
Langkah 2 : Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser
-Legakan gatal dalam 5 minit dengan mentol semulajadi yang menyejukkan
-Melembapkan dan memperbaiki penghalang kulit (skin barrier) dengan ceramide mirip kulit
-Putuskan kitaran gatal dan garu dengan efektif untuk mengelakkan kerosakan selanjutnya pada kulit dan mengelakkan kehilangan kelembapan kulit
Ads
-Tidak mengandungi paraben, pengawet dan pewangi
-Tekstur ringan dan tidak melekit untuk kegunaan kerap, amat sesuai terutamanya bagi cuaca lembap Malaysia
-pH dioptimalkan untuk penghalang kulit yang sihat
-Sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun kulit sensitif
Oleh itu, pastikan kedua-dua produk Suu Balm ini sentiasa ada di rumah anda untuk dapat digunakan pada bila-bila masa. Bukan sahaja kegatalan kulit hilang malah kulit akan jadi lebih lembut dan mulus.
Dapatkan sekarang dari Watsons, Caring, Guardian atau farmasi berdekatan. Anda juga boleh nikmati penghantaran percuma dan bayaran ansuran tanpa faedah melalui kedai dalam talian Suu Balm
Kita sudah terbiasa mengambil buah apabila selesai sepinggan nasi atau makanan yang kita jamah. Sebenarnya cara ini kurang tepat. Dato’ Dr Fadzilah Kamsah sendiri sering berpesan pada kita supaya ambil buah terlebih dahulu sebelum makan. Mengapa?
Apakah cara yang betul untuk makan buah-buahan? Menurut Dr Herbert Shelton yang melakukan penyelidikan mengenai perkara ini, buah sebenarnya harus dimakan ketika perut kosong!
Buah-buahan yang diambil selepas makan akan hilang khasiatnya apabila bertindak balas dengan makanan yang masuk sebelumnya. Ini faktanya yang anda kena tahu.
1. Apabila buah-buahan bersentuhan dengan makanan di dalam perut dan jus pencernaan, keseluruhan jisim makanan akan mula menjadi rosak.
2. Buah-buahan bercampur dengan makanan lain yang sedang dicerna akan menghasilkan gas.
3. Gas ini membuatkan tindakbalas seperti sendawa, angin dalam perut dan sebagainya selepas makan buah.
4. Dikatakan, rambut beruban, botak, cetusan saraf, dan lingkaran hitam di bawah mata tidak akan berlaku jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong.
5. Makan buah ketika perut kosong dapat menerima khasiat sepenuhnya.
6. Apabila minum jus buah-buahan, pilih hanya jus buah-buahan segar dan bukannya dari tin!
7. Jangan minum jus yang telah dipanaskan.
8. Jangan makan buah-buahan yang dimasak, anda tidak akan mendapat nutriennya. Kesemua vitaminnya akan musnah.
9. Makan buah-buahan keseluruhan adalah lebih baik daripada minum jus.
10. Jika anda perlu minum jus, minum lah secara perlahan-lahan, kerana anda perlu membenarkan ia bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya.
Kelebihan 4 Buah
1. Kiwi
Sumber yang baik untuk kalium, magnesium, vitamin E dan serat. Kandungan vitamin C adalah dua kali ganda daripada oren!
2. Strawberry
Strawberi mempunyai antioksidan tertinggi di kalangan buah-buahan utama dan melindungi tubuh daripada saluran darah tersumbat.
3. Oren
Ambil 2 hingga 4 biji oren sehari dikatakan dapat membantu mencegah selsema dan mengurangkan kolesterol.
4. Tembikai
Mengandung 92 peratus air dan tinggi vitamin C. Tembikai juga merupakan sumber Vitamin C yang diperlukan sekali oleh tubuh kita. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh sehingga kita tidak akan mudah diserang penyakit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ayam antara yang menjadi antara kegemaran anak-anak . Nak nak lagi kalau digoreng kan. Tapi kalau asyik menu yang sama bosan juga.
Baik cuba menu lain yang juga sedap dan sihat. Admin kongsikan resipi Ayam panggang ala homemade ini. Cukup mudah nak buat, bahan pun simple je. Yang penting sedap.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Ema HidaYah yang asalnya dibuat untuk makan, dan kemudian mendapat idea untuk jualan. Jika ibu-ibu nak cuba untuk menu berbuka petang ini, nah admin kongsikan resipinya.
Bahan-bahan
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Minyak zaitun
Halia
Perasa Maggi
Sos black pepper
Sos tiram
Lada hitam
Madu
Sedikit air
Cara membuat:
Kisar semua barang di atas dan lumur pada ayam.
Bakar dalam suhu 200, masa dlm 1 setengah jam.
P/S: Tambahan lepas masak tu kalau yang nak tabur mix herba pun boleh.
Mengidam antara simptom yang dialami oleh wanita yang mengandung. Ada yang mengidam nakkan sesuatu yang mudah dicari tak kurang juga yang buat diri sendiri pening kepala. Sebagai suami, sudah tentu akan berusaha untuk memenuhi keinginan sang isteri biar susah macam mana sekali pun.
Demikian juga dengan lelaki ini apabila isterinya mengidamkan buah mangga sahaja. Tetapi mangga itu harus dikutip dari pokok dan bukannya dibeli di kedai. Menyebabkan suaminya terpaksa meninggalkan nota kecil buat pemilik buah berkenaan bagi menunaikan hajat isterinya. Mohammad Zuhelmy Ibrahim, 26 yang merupakan seorang posmen menulis nota berkenaan memandangkan pemilik buah berkenaan tiada di rumah. Namun siapa sangka, nota kecil tersebut tular di twitter bilamana anak pemilik buah berkenaan berkongsi nota tersebut di twitter.
“Salam tuan rumah, pos laju ni, boleh saya minta buah mangga? Esok saya datang ambil, isteri mengandung!” demikian catatan Mohammad Zuhelmy kepada pemilik rumah di Taman Kinrara, Puchong.
“Salam, tuan Rumah, Poslaju ni, Boleh sy minta Buah Mangga? Esok sy dtg ambil. Isteri mengandung!”
sy tulis mcm tu smlm, smlm tulis utk inform, tp x ambil lg, hari ni dtg rumah dia utk ambil.. 😅
Mohammad Zuhelmy, menulis catatan itu di atas bungkusan barangan penerima berkenaan pada Selasa lalu dengan harapan dapat menunaikan hajat isterinya, Afrah Wan Sulaiman, 27, yang kini hamil tujuh bulan dan mengidam buah mangga.
Percubaan Mohammad Zuhelmy itu berhasil apabila menerima nota balasan daripada pemilik rumah menyatakan sudah memetik dan meninggalkan buah diinginkan di dalam plastik di atas rak kasut. Berkongsi kisah sebenar, Mohammad Zuhelmy berkata, hujung minggu lalu, isterinya menyatakan hasrat untuk memakan mangga segar selepas terlihat pokok buah berkenaan di sebuah kawasan di Puchong.
Mohammad Zuhelmy berkata, isterinya pula enggan mangga dibeli di kedai sebaliknya mahu yang dipetik segar daripada pokok.
Demi menunaikan permintaan isterinya yang hamil anak sulung mereka, Mohammad Zuhelmy menyatakan dia akan cuba mendapatkan buah itu dalam waktu terdekat.
“Kebetulan, saya pernah ternampak pokok mangga di rumah salah seorang pelanggan kerana kerap menghantar bungkusan barangan di situ.
“Namun, kebiasaannya, tuan rumah sekeluarga tiada di rumah ketika saya membuat penghantaran jadi pada hari itu, saya tulis pada bungkusan barangan yang ditinggalkan di atas rak kasut sebelum beredar. “Keesokannya, saya hantar barangan di rumah sama dan terlihat satu nota dilekatkan di hadapan peti surat bertulis buah diinginkan sudah siap dipetik dan boleh diambil. Kemudian, saya pergi lihat dan ada enam biji mangga diletakkan di dalam plastik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mohammad Zuhelmy berkata, dia hanya berkongsi kisah itu menerusi status di aplikasi WhatsApp pada hari yang sama.
Tanpa disedarinya, anak kepada pemilik rumah berkenaan turut berkongsi kisah sama di Twitter hingga ia tular selepas menjadi bualan warganet di laman sosial.
“Saya tidak aktif di Twitter dan hanya tahu kisah itu sudah tular selepas diberitahu rakan. Selepas dapat tahu, saya cuba cari ciapan berkenaan untuk ucapkan terima kasih.
“Sepanjang dua tahun bertugas sebagai posmen di kawasan itu, saya pernah berjumpa sekali saja dengan tuan rumah berkenaan dan berasa berbesar hati kerana dia memahami dan sudi menunaikan hajat isteri saya.
“Jika berpeluang, saya mahu bertemu sendiri dengannya selepas ini untuk mengucapkan terima kasih,” katanya yang menetap di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini. Sementara itu, Afrah yang bekerja sebagai pembantu akauntan ketika dihubungi berkata, dia amat gembira selepas suaminya membawa pulang mangga yang diidamkan.
“Gembira sangat kerana dapat makan buah segar petik dari pokok kerana sebelum ini rasanya biasa saja sebab beli di kedai.
“Saya berterima kasih sangat kepada tuan rumah yang baik budi sedekahkan mangga kepada saya.
“Jarang jumpa tuan rumah yang berhati mulia macam mereka sekeluarga. Semoga tuan rumah sekeluarga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,” katanya yang dijangka melahirkan cahaya mata November depan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.