Pelakon cantik manis, Nelydia Senrose kini kelihatan sudah berhijab usai pulang daripada menunaikan ibadah umrah.
Penampilan terbarunya itu membuatkan ramai peminatnya memuji dan mendoakan semoga dia Istiqomah dalam berhijab.
Adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu memberitahu dia kini sedang dalam proses pembelajaran berhijrah.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi Berita Harian Online. Dia bagaimana pun tidak berani mengulas berlebihan mengenai imejnya itu memandangkan masih dalam proses pembelajaran.
“Saya masih bertatih juga dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam.
“Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu,” ungkapnya.
Isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid itu juga menerangkan dia kini perlahan-lahan bertudung.
Ads
“Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.
“Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,” luahnya.
Nelydia akui dirinya takut jika hati berbolak balik. Namun sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hatinya dan terus istiqamah.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah.
Ads
“Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” sambungnya.
Lama tak mendengar khabar pelakon kecil molek ini. Dalam diam-diam rupanya Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri sudahpun memiliki enam cahaya mata.
“Kehidupan saya mencabar kerana anak masih kecil dan masa cukup terhad. Saya uruskan anak-anak sendiri kerana tak punya pembantu rumah, saya uruskan semua nya sendiri, hantar dan ambil anak sekolah.
“Memang agak padat jadual dan masa saya singkat. Sebab itu saya tak ambil tawaran berlakon dengan mana-mana penerbit. Tetapi ada juga lakonan saya di bawah terbitan sendiri drama Hero bomba. Akan ada lagi drama terbaru di bawah syarikat saya sendiri.
“Saya pula jenis orang yang simple, mungkin orang nampak saya bergaya tetapi apa yang selesa saya pakai.
“Soal tak cukup masa saya tiada masalah kerana boleh uruskan sendiri. Saya pula jenis orang yang simple, mungkin orang nampak saya bergaya tetapi apa yang selesa saya pakai dan muka akan letakkan sedikit solekan kerana kadang-kadang ada yang ajak untuk bergambar.
Tak mudah tapi menyeronokkan
Ditanya soal menjaga anak ramai dalam usia yang masih mudah, akui Anne Ngasri ia bukan sesuatu yang mudah tetapi menyeronokkan.
“Jujurnya cukup mencabar menjaga anak ramai sendiri. Memandangkan usia berbeza dan sekolah berbeza. Dengan anak kecil, mana nak kemas rumah, memasak dan sebagainya.
“Tetapi alhamdullah cabaran itu membuatkan saya sangat seronok dan masa yang penuh itu tak membuatkan saya sempat memikirkan benda negatif. Mudah-mudahan Allah sentiasa positifkan diri saya, kerana hari-hari terpaksa uruskan anak-anak.
Jadi bila nak buat sesuatu yang negatif saya akan fikirkan anak-anak.
Tambahnya lagi, dalam kehidupan ini dia selalu fikir dan anggap apa yang dilakukan adalah ingin membuat yang terbaik.
“Selain berlakon, saya juga mempunyai bsines sendiri iaitu shawl selain memiliki produk kecantikan iaitu foundation dan juga serum. Nawaitu saya dalam bidang ini adalah untuk membantu ekonomi kawan-kawan serta orang lain.
“Dalam kehidupan kalau kita mempunyai anak ramai itu satu kurniaan dan ini cukup istimewa yang Allah berikan pada kita. Jadi patut hargai dan tidak akan rasa beban apabila sudah bersedia dari awal. Dari awal mengandung kita sudah bersedia untuk menerima tanggung jawab.
“Saya sendiri berkahwin dalam usia 21 tahun, saya sudah bersedia untuk jadi seorang ibu.
Alhamdulillah, dalam usia 36 tahun, saya ada enam anak dan saya bersyukur kerana sejak dulu lagi saya sudah bersedia setiap kali mengandung dan memiliki anak ramai.
Sedari usia 4 tahun, Anne sudah bekerja dan akuinya masa lebih banyak bersama keluarga dibandingkan dengan orang luar.
“Saya rasa seronok sangat. Sebab itu saya tiada untuk kawan-kawan kerana sibuk dengan keluarga. Tetapi saya ada me time dengan bercuti dengan kawan-kawan seperti 2 hari satu malam. Tetapi sejak kecil lagi saya sudah bekerja sedari umur 4 tahun lagi.
Kawan baik saya adalah Darling itulah BFF saya. Saya okey je dan sekurang-kurangnya kawan atau kakak saya itu adalah the best
“Jadi tak banyak masa dengan orang lain, sebaliknya banyak masa dengan keluarga. Setiap minggu sekurang-kurangnya satu hari akan keluar minum bersama,” ujar Anne lagi sebelum menutup perbualan.
Susulan banjir besar yang melanda di sekitar Selangor dan beberapa kawasan lain, masing-masing tidak pernah menduga boleh melalui banjir seteruk itu. Apatah lagi hingga ada yang terperangkap di rumah masing-masing akibat air naik dengan cepat.
Tiada persediaan menghadapi banjir dapat dilakukan oleh setiap ahli keluarga. Semuanya berlaku sekelip mata.
Lantaran itu, buat kita juga yang menetap di kawasan lain perlu ambil pengajaran agar bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Menurut Dr Azizu Azli Ahmad menyarankan beberapa keperluan kecemasan menghadapi banjir perlu diadakan di setiap rumah. Ini penting sebagai langkah berjaga-jaga.
KITA JUGA PERLU SEDIA
Kita juga perlu bersedia dengan bencana banjir, tiada lagi kawasan yang selamanya selamat. Kita belajar dari apa yang terjadi kawan kawan.
Berikut senarai barang keperluan kecemasan, ia mengikut kesesuaian keluarga kita juga, boleh sahaja ubah suai apa yang sesuai.
SHELTER
1. Emergency blanket.
2. Poncho
3. Khemah kecil dan ringan
4. Fly sheet / Trap
WATER / FOOD
1. Botol Air Plastik
2. Water filter (mini Sawyer)
3. Bekas minuman
4. Sudu/ garpu/ pisau
5.Solid fuel / fodable wood stove
6. MRE & water (Meal ready to eat)
SAFETY / PROTECTION
1. First Aid Kit (Wajib ada satu)
2. Face mask
3. Sanitizing Wipes
4.Hand gloves
HYGIENE
1. Cecair Sabun kecil
2. Hand Sanitizer
3. Ubat dan berus gigi
4. Ketip kuku
SIGNALLING / COMMUNICATION
1. Wisel
2. Flashlight/ Headlight
3. Extra battery
4. Power bank/ solar
5. Rechargeable Portable Light
6. Rechargeable Fan
Bungkus dalam plastik hitam rapi-rapi kemudian masukkan dalam bag. Kalau ada waterproof bag lagi bagus.
Tambahan jika ada
1. Life jacket
2. Baju hujan
3. Inflatable bed (untuk tempatkan anak-anak
sementara tunggu bantuan)
4. Tali
5. Kain Pelekat dan sejadah kecil
Lebih bagus ada senarai kertas kecil, apa yang ada dalam bag. Ia agar kita tak bongkar semua untuk lihat apa yang ada.
Teruskan berdoa buat sahabat sahabat kita agar mereka dipermudahkan dengan ujian ini.
Lain orang lain caranya. Cara apa tu? Cara nak didik anak!
Sebenarnya, gaya didikan atau asuhan yang anda amalkan boleh memberi impak kepada kesihatan mental, keyakinan diri, malah perkembangan personaliti anak anda sepanjang proses tumbesaran mereka tau!
Antara beberapa faktor bagaimana gaya keibubapaan anda boleh menjejaskan hubungan antara ibu bapa dan anak termasuklah dari cara berinteraksi, bimbingan dan kaedah disiplin yang diamalkan anda. Jika ketiga-tiga faktor ini dipertimbang ibu bapa, perkembangan anak akan jadi lebih positif apabila dewasa.
Berdasarkan kajian, berikut Nurul Nazrah kongsikan contoh gaya keibubapaan dan kesannya dalam menyokong perkembangan kanak-kanak.
4 gaya keibubapaan yang semua ibu ayah perlu diketahui
Berdasarkan kajian, berikut kami kongsikan contoh gaya keibubapaan dan kesannya dalam menyokong perkembangan kanak-kanak.
#1. Authoritarian Tiger – Dengar Cakap Ibu Ayah, Jangan Membantah!
Salah satu gaya asuhan yang paling terkenal adalah “authoritarian” atau “authoritarian tiger”. Antara ciri-ciri gaya asuhan ini adalah anak-anak harus mendengar perintah dan peraturan yang ditetapkan ibu bapa.
Selalunya dalam gaya asuhan ini, rundingan dan tolak ansur tidaklah selalunya wujud. Di samping itu, ibu bapa dengan gaya keibubapaan authoritarian juga kurang melibatkan anak-anak mereka dalam proses penyelesaian masalah. Sebaliknya, anak-anak ini akan diberi peraturan sebagai panduan.
Kajian mendapati, kanak-kanak yang dibesarkan dengan gaya asuhan “Authoritarian Tiger” boleh berdepan dengan isu keyakinan diri. Walau bagaimanapun, gaya asuhan ini mungkin berkesan untuk kanak-kanak yang memerlukan bimbingan ketat dan tegas.
#2. Authoritative Dolphin – Belajar Dari Kesilapan Dan Perbaikinya
Satu lagi gaya asuhan yang biasa diamalkan di kalangan ibu bapa adalah gaya “authoritative dolphin”. Sama seperti namanya yang merujuk kepada badan ikan lumba-lumba, gaya asuhan ini melibatkan sikap tegas ibu bapa, tapi masih fleksibel.
Dalam gaya asuhan ini, masih wujud peraturan dan hukuman tertentu yang ditetapkan untuk anak. Tetapi dalam masa yang sama, ibu bapa turut membenarkan anak menyatakan pandangan mereka mengenai perkara tertentu.
Akan tetapi, tidak semua pandangan yang diberi akan diterima. Sebaliknya, ibu bapa dengan gaya keibubapaan ini akan menggalakkan anak belajar melalui pemahaman seperti dari perbincangan dan role modeling.
Ibu bapa dengan gaya asuhan ini turut ‘melaburkan’ masa dan tenaga untuk memantau perkembangan tingkah laku anak sebelum sebarang masalah terjadi. Ia dilakukan secara halus melalui teknik disiplin positif seperti memberi pujian mahupun hadiah pada anak.
Atas asuhan tersebut, anak-anak yang membesar dengan gaya keibubapaan ini akan menjadi lebih bertanggungjawab dan tahu menilai sebarang risiko sebelum melakukan sebarang keputusan.
#3. Permissive Kangaroo – Peraturan Itu Ada, Tapi Ia Boleh Dilanggar Sekali-Sekala
Satu lagi gaya asuhan ibu bapa yang terkenal adalah gaya permisif, atau lebih dikenali sebagai “Permissive Kangaroo”. Selalunya, ibu bapa dengan gaya keibubapaan ini bersifat lebih santai dan hanya akan bertindak jika timbul sebarang masalah serius.
Oleh sebab sifat mereka yang sedemikian, ibu bapa “permissive kangaroo” tidaklah terlalu tegas, mudah memaafkan, dan memilih untuk memberi anak-anak peluang kerana mereka masih “kecil”.
Di bawah gaya asuhan permisif, ibu bapa masih memberi hukuman, namun bentuk hukuman tersebut mungkin tidak konsisten dan fleksibel. Contohnya jika mereka “menghukum” dengan menarik sesuatu milik anak, mereka mungkin boleh “berlembut hati” hanya apabila anak mula mengamuk.
Kanak-kanak yang dibesarkan di bawah gaya asuhan ini digalakkan meluahkan perasaan mereka. Tetapi malangnya, apa yang diluahkan itu mungkin tidak akan mendapat bimbingan sewajarnya dari ibu bapa. Dek kerana itu, mereka cenderung mengalami gangguan personaliti seperti memberontak, agresif dan suka mendominasi.
#4. Negligent Panda – Bebas Berdikari Untuk Melakukan Apa Sahaja
“Negligent panda” adalah ibu bapa yang memberi bimbingan dan didikan yang terlatih. Bagi ibu bapa dengan gaya asuhan ini, fleksibiliti penting buat anak-anak untuk membuat pilihan, berbanding diikat dengan peraturan ketat.
Dan sebenarnya dalam sesetengah kes, walaupun kanak-kanak tersebut diberi kebebasan membuat pilihan, namun hasilnya sangat holistik dan sihat!
Contohnya seperti dalam Kaedah Pembelajaran Montessori – di mana kanak-kanak mengamalkan aktiviti kendiri, pembelajaran secara langsung dan kreatif untuk memperkasakan pemikiran kritis.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang diberi pilihan berpotensi memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi, berbanding mereka yang selalu dimarahi. Akan tetapi, gaya asuhan ini juga masih memiliki kekurangannya yang tersendiri.
Terdapat kanak-kanak yang yang menjadi terlalu bergantung kepada ibu bapa dan tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri dek gaya asuhan ini!
Jadilah ibu bapa yang terbaik dengan gaya keibubapaan paling tepat
Untuk membesarkan anak dengan keyakinan diri yang tinggi, bijak berdikari dan mampu membuat keputusan bergantung kepada cara didikan ibu bapa itu sendiri.
Tapi jangan risau, ada pelbagai cara bagaimana anda boleh menjadi ibu bapa yang terbaik buat si manja! Antaranya seperti menggalakkan anak berkongsi masalah yang mereka hadapi di sekolah, dan tanya mereka bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu.
Dalam masa yang sama, ibu bapa juga boleh berkongsi pengalaman peribadi dan cara penyelesaian yang boleh dilakukan.
Satu lagi cara untuk membina asas psikologi yang baik dalam diri anak anda adalah dengan menjelaskan kepada mereka bahawa melakukan kesilapan itu adalah tidak salah. Ia memberikan mereka peluang untuk belajar dan berkembang.
Sebagai ibu bapa, anda juga boleh membantu anak mengenal pasti hobi dan mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang dipelajari untuk menggalakkan aspek perkembangan mental mereka.
Walau apapun, wahai ibu bapa sekalian, adalah normal jika anda tidak “masuk” atau dengan mana-mana gaya keibubapaan seperti yang dibincangkan di atas ini. Anda mungkin menggabungkan keempat-empat gaya asuhan dan itu adalah perkara biasa.
Perkara yang paling penting adalah untuk mengekalkan hubungan positif dengan anak-anak dan menjalankan tanggungjawab serta peranan mengikut kesesuaian keadaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.