Nak Elak Nasi Cepat Basi, Kena Praktik 7 Langkah Ni. Boleh Tahan Sampai Esok!
Nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ada yang tidak boleh andai seharian tidak mengambilnya. Namun, adakalanya nasi yang dimasak tidak bertahan lama dan basi.
Sakit hati jika nasi yang kita masak hari ni, esok paginya belum sempat masakkan nasi goreng, nasi sudah pun basi. Geram juga. Mungkin salah ketika mencuci atau beras yang tak berkualiti. Semua ini selalu jadi andaian kita.
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
Ads
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Ads
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Ads
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekarang ni kalau keluar nak cari makan petang-petang, dalam banyak-banyak gerai yang kita jumpa mesti akan ad ayang jual corndog. Betul tak?
Yang jenis bajet tak berapa nak ada tu, jeling jela. Nak beli, takut tak cukup satu. Almaklumlah, anak pun ramai. nanti beli satu mau bergaduhnya budak-budak ni!
Haaaa dari telan air liur je tengok, apa kata buat sendiri je guna resipi dari Nur Syazwani Mustafa ni. Confirm puas hati! Paling penting, mesti anak-anak happy! Jom cuba.
Demam “corndog” masih belum berakhir. Kali ni aku olah sikit resipi. Untuk memantapkan lagi rasa. Serius lagi sedap dari jenama terkenal kat mall tu. Yang jenama C**N tu. Oppss! 🤭
RESIPI CORNDOG
BAHAN-BAHAN :
Sausage (aku guna Ayamas Cheese)
Mozzarella Cheese. Ambil yang block bukan shredded. (brand Arla kat Aeon RM17.50. Boleh potong jadi 8 cube. Sedap brand ni)
Bread Crumbs. (ambil yang jenis “putih” bukan “oren”)
Chopstick kayu (dekat 99 Speedmart ada jual)
1 sudu besar Yis Mauripan
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air suam
7 sudu besar Tepung Gandum (sudukan biasa saja, jangan membukit sangat dan jangan rata sangat. Sedang2 saja. Nanti tak berapa nak lemak manis kejadiannya)
1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi. (ni yang akan buatkan corndog kita sedap and tak boring makan)
CARA-CARA :
1) Rebus sausage selama 2-3 minit dalam air yang menggelegak. Kemudian toskan. Potong dua.
2) Potong Mozzarela Cheese block menjadi kiub, potong sebesar sausage tadi. Kemudian ambil chopstick dan cucukkan sausage dahulu diikuti dengan cheese.
3) Bancuh 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi dengan 7 sudu besar Tepung Gandum. Kemudian letak 1 sudu besar Yis Mauripan dan garam. Bancuh dengan 1 cawan air suam sehingga mendapat tekstur yang kental. Tambah air lagi kalau tak cukup. Bancuhan perlu tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. (Rujuk video for tekstur tepung). And seeloknya simpan dalam peti ais selama lebih kurang 1/2 jam untuk “setkan” bancuhan.
4) Lepas tepung dah set, masukkan bancuhan tersebut ke dalam 1 bekas berbentuk gelas yang tinggi. Supaya senang nak celup bahan yang dicucuk tadi. Atau boleh saja terus salutkan terus menggunakan garpu/sudu. Part ni memang renyah sikit and memerlukan kesabaran. 😅
5) Selepas itu salutkan pula ke dalam bread crumbs. Kepal-kepalkan hingga mampat bahan salutan. Dan terus goreng. Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak. Api dapur sederhana.
6) Last sekali boleh letak apa saja topping yang korang suka. Aku guna mayonis, sos cili and sos tomato saja. Then decokan dan siap untuk dimakan. Tariklah cheese tu sampai ke London. Hihi. Sedap giler! 😋🌭🧀
TIPS JIMAT :
Macam aku untuk jimatkan kos buat corndog ni, aku beli piping bag je untuk letak sos and mayonis. Tak perlu beli mayonis botol yang ada corong tu, sebab akan menambahkan kos je. Hihi.
Last but not least, SELAMAT MENCUBA. Puas makan sebab dapat 8 batang sekali buat. Kos buat dalam RM40. Kos beli luar dalam RM80++. So jimat bukan kalau buat sendiri
Nak jadi sebahagian dari komuniti kami? Jom sertai di keluargagaderclub
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, penyediaan mi kari ni agak leceh kerana banyak bahan yang digunakan.
Termasuklah bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, namun kepelbagaian bahan itulah yang menariknya tentang menu yang satu ini.
Bagi peminat makanan laut pasti tersenyum lebar dengan gandingan kerang dan udang menambahkan kemanisan untuk lebih perisa terutama pada kuah karinya.
Selalu orang hidangkan mi kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Rusuzaimi Ishak untuk hidangan seisi keluarga.
Mee Kari Resipi Ibu…?
Antara tips yang dikongsi seorang wanita yang saya gelarkannya ‘ibu’ untuk menghasilkan kuah mee kari yang sedap, pekat likat dan melekat pada mee ialah:
1. Jika ada bajet lebih, boleh masukkan udang banyak2 dalam kuah kari.
2. Jika tiada bajet, memadai beli 5-6 ekor udang, rebus dan blend semua bahagian udang termasuk kepala dan kulitnya. (Kupas kulit dan cabut kepala udang, basuh bersih dan rebus bersama isi udang) Isi, kepala dan kulit udang yang direbus dan diblend akan menjadikan air rebusan udang pekat.
* boleh juga ikut cara ke2 ini sekalipun banyak stok udang. Ini bertujuan untuk menjadikan kuah kari lebih ‘manis’ dan terasa ‘udangnya’.
3. Guna rempah kari Baba’s yang bertentangan..cth: untuk kari ayam (sepatutnya guna kari ayam) tapi untuk rasa lebih enak, gunakan kari ikan/udang.
4. Tambahkan gula batu secukup rasa. Tak perlu tambah apa2 gula lain. Gula batu akan menjadikan kuah mee lekat pada mee.
Bahan-bahan asas kuah mee kari lain sama je rasanya:
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Rempah: kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang, cengkih, rempah ikan Baba’s (ingat tips terbalik)
Halia
Daun kari
Santan
Garam
Serbuk perasa
Daun kari
Ayam yang dipotong selayaknya?
Dan jangan lupa mee lah ya.
Bahan2 aksessori ikut kegemaran masing2
Tauhu kering yang buncit
Tauhu kering keping yang keras
Lada besar
Daun sup/bawang
Telur rebus
Fishball/fishcake
Bawang goreng
Sawi, kobis, taugeh celur
Saya gunakan tips dan resipi ini setiap kali masak mee kari untuk hidangan keluarga dan apa-apa jamuan di rumah. Alhamdulillah. Ramai yang gemar dan puji keenakkannya.
Selamat mencuba
Rasakan kelainannya???
#meekariresipiibu
#suriprofessional
#cintayangsederhana
#rezekiAllahluas
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau pergi kedai, pantang nampak roti mesti nak beli. Dah makan sekeping dua terus rasa jemu tak makan dah.
Dari terbiar atas meja, jom kita tukar selera jadikan lasagna versi roti resipi oleh Masriza Basri ni. Mudah sahaja penyediaannya! Nak lagi sedap, letak cheese banyak-banyak lagi the bomb! Jom cuba
LASAGNA ROTI GARDENIA BASIC
Disebabkan roti dah nak expired, jadi kita try test buat lasagna roti la yerrrr… 😋 Ini jer bahan2 yang ada malam tadi…. maka jadila LASAGNA ROTI GARDENIA SIMPLE cara saya. Kalau nak cuba boleh try resepi kat bawah nie.
Resepi lasagna roti paling simple cara saya (versi takde sayur-sayuran) 😊
Bahan-bahannya :-
🍞 6 keping roti nk expired
🥚 2 biji telur
🥛 150ml susu segar
🧈 4 keping keju
🧂 3 sudu besar sos lada hitam
🥫 3 sudu besar sos tomato
🥩 200g daging cincang
🧄 2 ulas bawang putih – dicincang
🧅 1 biji bawang besar – dicincang
🧂 1 cubit garam dan gula
🧀 parutan keju
Cara-cara buat inti :
1. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan butter/marjerin sampai naik bau
2. Masukkan daging cincang. Tumis smpi masak/kering air
3. Tambah sos tomata dan sos lada hitam
4. Perasakan garam dan gula kalau perlu
Cara melapis :
1. Sapu keseluruhan bekas dengan mentega. Saya guna bekas kecik jer…
2. Pukul susu dan telur sehingga sebati.
3. Celup roti dalam bancuhan tadi dan susun dalam bekas hingga penuh bahagian bawah bekas.
4. Tuang separuh inti tadi atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju atas daging.
6. Ulang dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali taburkan parutan keju di atas lapisan atas sekali.
*** Lapisan atas sekali mesti daging dan parutan keju.
*** Boleh letak sosej/pepperoni sebagai hiasan.
8. Jika ada lebihan bancuhan tadi siramkan dalam bekas tu.
9. Bakar guna AF pada suhu 160 darjah celsius 20 minit.
*** Boleh olah resepi ikut kesesuaian AF masing-masing yer. 😀
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.