KACANG BENDI- SUMBER BERKHASIAT ANTIDIABETIS

Biji kacang bendi telah lama digunakan di Turki untuk membantu masalah diabetis.

2 Doktor Ni Listkan Kebaikan Kacang Bendi. Siap Kongsi Resipi Untuk Ibu Mudah Sediakannya!

Ini kerana;

a. Biji kacang bendi kaya bahan ‘procyanidin’ (bahan antidiabetis)

b. Kacang bendi juga kaya fiber larut air (fiber larut air akan kawal gula dalam darah)

c. Kacang bendi bantu kawal aktiviti enzim ‘amylase’ dan ‘glucosidase’ (bantu kawal pemecahan kanji kepada gula)

Fiber larut air dalam dalam kacang bendi juga bantu kawal kolesterol darah.

Makan kacang bendi juga boleh kurangkan rasa letih. Ia bertindak dengan kurangkan ‘asid laktik ‘ dan tingkatkan antioksidan darah.

IKLAN

Semua fakta ini dikongsikan oleh Dr Suri Roowi tentang istimewanya kacang bendi.

Rugi kiranya jika kita tidak manfaatkannya. Manakala melalui perkongsian dari Dr Izaza Mohd Zan,  turun mengakui bahawa kacang bendi kaya dengan kalsium.

Malah Dr Izaza  turut berkongsi resipi untuk menyediakan menu kacang bendi yang ringkas, sihat dan menarik untuk dicuba.

Selain itu,banyak juga tip dan pesanan yang diberikan. Jom semak apa katanya.

Selain nama kacang bendi ada ke lagi nama lain? Sebab tau kacang bendi atau lady’s finger jek. Ni lagi satu sejenis sayur yang ada banyak CALCIUM kalau dimakan mentah atau dimasak.

IKLAN

“Kalau masak jangan lama-lama sangat, nanti khasiat kacang bendi hilang. Kalau masak pun celur-celur je jangan terlalu lama masak.”-Dr Izaza

BAHAN-BAHAN:

2 Doktor Ni Listkan Kebaikan Kacang Bendi. Siap Kongsi Resipi Untuk Ibu Mudah Sediakannya!

Kacang bendi, lengkuas, bawang merah, bawang putih, cili api, asam keping dan garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN

1. Didihkan air di dalam periuk dan dalam masa yang sama hiris lengkuas, bawang putih.

2. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan tadi bersama asam keping.

3. Setelah itu hiris bawang merah dan masukkan ke dalam rebusan.

4. Akhir sekali masukkan bandi dan rebus seketika.

5. Sedia untuk dinikmati.

2 Doktor Ni Listkan Kebaikan Kacang Bendi. Siap Kongsi Resipi Untuk Ibu Mudah Sediakannya!

Sumber :  Izaza Mohd Zan via MAHN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI