Tidak dinafikan memiliki anak berdarah kacukan, memang luar biasa rupa paras kecomelannya selain bijak. Perkahwinan campur bukan lagi perkara asing atau janggal dalam kalangan masyarakat kita. Ia wujud sejak dahulu lagi.
Perkahwinan Campur
Perkahwinan campur juga merupakan satu bonus dan banyak kelebihan untuk sesebuah institusi keluarga. Salah satu daripada hikmah kahwin campur adalah mewujudkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara kaum atau bangsa yang berlainan.
Firman ALLAH bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya”. (Surah Al-Hujurat: 13)
Untuk mendapat genetik yang baik, kita patut menggalakkan perkahwinan campur. Jika tidak dapat berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa seperti Cina, Punjabi atau Mat Salleh, boleh berkahwin dengan pasangan berlainan suku.
Contoh: Jawa kahwin dengan Kelantan, atau Kedah. Atau mamak kawin dengan Jawa pun ok.
Perkahwinan campur begini akan melahirkan anak yang mempunyai genetik yang kuat dan mempunyai daya tahan melawan penyakit yang kuat, lebih pandai, lebih cantik/hensem dan lebih kuat fizikalnya.
Anak Bukan Sahaja Comel & Cantik Rupa Paras Tapi Bijak
Ads
Ads
Kajian juga ada menyatakan di samping dapat menghasilkan baka yang lebih baik, anak hasil perkahwinan campur juga selalunya cantik dan comel belaka. Ini disebabkan percampuran gen di antara ibu dan ayah yang berlainan kaum atau bangsa menghasilkan gen yang lebih baik bakanya.
Justeru, banyak berlaku perkahwinan campur yang melahirkan keturunan berdarah kacukan yang mempunyai rupa paras yang unik dan cantik.
Antaranya ialah artis yang terkenal dengan kecantikan rupa parasnya, Noor Neelofa, generasi keempat kacukan pedagang Arab, Syed Mahmood, yang berhijrah ke Pasir Mas pada 1917. Neelofa merupakan kacukan Arab, Pakistan dan Melayu, yang juga dikenali sebagai keturunan “Tok Syeikh” di Kelantan.
Cantuman dua genetik berbeza kebiasaannya melahirkan anak yang bijak dan mempunyai fizikal yang lebih baik.
Sebagai contoh, Datuk Nicol David, ratu skuasy negara, merupakan anak kepada Ann Marie yang berketurunan Cina dan Desmond David yang berketurunan India.
Di samping menjadi juara skuasy dunia buat sekian lama, beliau telah mendapat 7A untuk PMR dan juga 7A untuk peperiksaan SPM.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula merupakan keturunan campuran baka Melayu dan India. Umum maklum kebijaksanaan beliau dalam menerajui pemerintahan Malaysia selama 22 tahun.
Sebenarnya, banyak lagi contoh yang menunjukkan perkahwinan dengan keluarga jauh membawa kepada kelebihan mental, fizikal dan kecerdasan terutama jika usaha untuk mendapatkan dan seterusnya membesarkan zuriat itu dilakukan mengikut adab-adab yang telah digariskan di dalam Islam.
Oleh itu, kahwin campur harus digalakkan bukan sahaja untuk kelebihan genetik, dengan izin ALLAH SWT, tetapi juga demi perpaduan kaum.
Nak timba ilmu ni tak pandang dek umur, dalam Islam pun tidak meletakkan had dan menggalakkan kita untuk menuntut ilmu.
Sesuai dijadikan inspirasi buat golongan muda, pelakon dan juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menggenggam ijazah sarjana pada usia 43 tahun.
Zed Zaidi atau nama lengkapnya Rozaidi Abdul Jamil, 43, yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di City University Malaysia, telah memuat naik foto upacara bermakna yang turut dihadiri isteri, Natalia Datuk Mustafa.
“Akhirnya selesai segala cabaran dan ujian untuk menghabiskan pengajian ini.
“Terima kasih kepada isteri, anak, keluarga dan pensyarah yang banyak memberikan kata-kata semangat untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Pendidikan Kepimpinan dan Pengurusan (Masters of Education Leadership and Management).
“SEMOGA APA YANG SAYA LALUI MENJADI MOTIVASI KEPADA MEREKA YANG INGIN MENYAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sedikit info, beliau sebelum ini memiliki Diploma Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia.
Pada 2016, bapa kepada tiga cahaya mata ini menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan ucapan tahniah atas kejayaan yang dikecapinya. Malah, ada juga yang menjadikan kejayaan yang dicapai ini sebagai inspirasi bagi diri mereka.
Sumber: Instagram Zed Zaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kegembiraan pulang menyambut Hari Raya Aidiladha dua beradik bersama ayah, ibu tiri dan ibu saudara di Kampung Brisu, Alor Gajah bertukar tragedi apabila kelima-lima mereka maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) berhampiran Jelatang, Alor Gajah semalam.
Ibu kepada dua remaja itu, Rosziati Muktar berkata dua anaknya, Alia Azahar, 17, dan Alissa Azahar, 15, seakan memberi petanda mereka akan pergi buat selama-lamanya apabila mula menunjukkan kelakuan luar biasa sejak kebelakangan itu.
Antaranya, mereka kerap ingin mencium tangan ibu mereka serta sering kali memuat naik status di aplikasi WhatsApp berhubung keinginan untuk bermandi-manda.
Ujar perunding kecantikan berusia 36 tahun itu, dia sudah merancang untuk membawa dua anak kesayangannya itu ke taman tema air di Batu Pahat, namun terpaksa membatalkan hasrat itu selepas bapa mereka yang menetap di Perak ingin mengambil dua remaja berkenaan.
“Dia cakap sentiasa update status dekat WhatsApp yang dia teringin nak mandi kat Wet World Batu Pahat, sebab itulah saya adjust cuti untuk bawa mereka pergi Selasa ini,” ujar Rosziati yang menerima panggilan daripada polis sekitar 10.30 malam tadi sejurus pulang dari tempat kerja.
Katanya lagi, pada awalnya dia menyangka anak-anaknya hanya mengalami kecederaan sebelum dihubungi semula polis yang memaklumkan anak-anak serta bekas suaminya maut.
Ujar Rosziati, kali terakhir mereka berhubung dengannya ialah sekitar 6.30 petang Jumaat yang memaklumkan mereka singgah makan di Muar selepas diambil oleh bekas suaminya sekitar 3.30 petang.
Katanya, dia difahamkan, dua anaknya bersama bekas suami dan isteri yang baharu dikahwini serta kakaknya yang tinggal sebatang kara akan menyambut Aidil Adha di kampung halaman suaminya di Alor Gajah.
Terdahulu dalam kejadian sekitar 9.40 malam itu, dua beradik berkenaan disahkan maut selepas kenderaan dipandu bapa mereka, Azahar Ahmad, 57, dirempuh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.
Turut terkorban ibu tiri Halimahtun Aris Padzil, 24, dan ibu saudara Habibah Ahmad, 62, yang menaiki kenderaan sama.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap anak ada cara tersendiri untuk menghargai dan melayan ibu bapa mereka. Inilah masanya untuk membalas kembali jasa Dan pengorbanan ibu melahirkan dan membesarkan dengan penuh kasih sayang.
Demikian juga dengan pelakon Fikry Ibrahim. Dia rajin berkongsi video mahupun gambar bersama Ibunya,Bibi Zaleha. Rata-rata peminatnya cukup kagum dan terharu melihat cara pelakon ini melayani ibu kesayangannya itu.
Menjengah perkongsian terbaru Fikry, kelihatan satu video baru dia bersama ibunya ketika berada di dalam kereta.
Menurut pelakon Rahsia Hati Perempuan ini, disebabkan tidak boleh turun ,mereka memilih untuk makan di dalam kereta. Walaupun tidak kelihatan wajah Fikry dalam video ini dan hanya ternampak tangannya sahaja mengesat mulut ibunya dengan tisu, momen tersebut membuatkan peminat kagum dengan cara Fikry menyantuni ibunya.
Sang ibu pada awalnya tidak menyedari perlakuannya dirakam menerusi video berkenaan. Dia kemudiannya hanya tersenyum dan mengatakan ‘ terima kasih mendoakan makcik ‘. ibu mana yang tidak terharu dan sebak dilayani oleh anak sedemikian ketika sakit.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.