Dalam diam-diam pelakon berkulit hitam manis ini selamat diijabkabulkan bersama pasangannya semalam. Fendy Bakry kini bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Ayu.

Pernikahan Fendy yang berlangsung pada malam tadi (Ahad) mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai kekasih atau kisah cintanya.

Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri bernikah selepas waktu Isyak di sebuah dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri kira kira 30 orang keluarga terdekat masing masing.

Dalam majlis pernikahan tersebut, Fendy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 beserta lima dulang hantaran manakala pengantin perempuan membalas tujuh. Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
“Saya Mahu Teman Hidup, Ada Isteri Urus Makan Pakai.”  Hanya Sekali Lafaz, Fendy Bakry Selamat Diijabkabul!Fendy sebelum ini melangsungkan pertunangan secara ringkas pada bulan Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana pandemik Covid 19.

Dalam satu kenyataan, pelakon ini berkata, bukan tidak mahu mengundang ramai jemputan termasuk pihak media, tetapi terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP).

“Keluarga masing masing pun sepakat teruskan yang wajib dulu. Nak jemput ramai pun takut ada yang terlepas pandang dan terasa hati. Jadi kita dahulukan yang mana perlu dan penting.

IKLAN

“Ikutkan rancangnya nak nikah Januari depan. Tapi kita percepatkan benda baik. Nak tangguh lagi pun buat apa sebenarnya kerana kita tak tahu ke depan nanti bagaimana pula jadinya.

“InsyaAllah selepas ini, majlis resepsi juga akan dibuat cuma belum ada tarikh tepat. Mungkin juga tahun depan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pun diteruskan sampai hujung tahun ini,” katanya.
“Saya Mahu Teman Hidup, Ada Isteri Urus Makan Pakai.”  Hanya Sekali Lafaz, Fendy Bakry Selamat Diijabkabul!Pasangan ini dikatakan saling mengenali kira-kira tiga tahun lalu di Festival Teater Kebangsaan di Kedah. kepribadian Ayu yang mengambil berat dan mendahulukan keluarga dikatakan faktor yang memikat hati Fendy untuk lebih mengenali dan akhirnya memilih wanita ini sebagai suri hatinya.

“Salah satu perkara yang mencuri perhatian saya terhadap isteri adalah sifat keperibadiannya. Dia tak kisah bersusah payah untuk saya selain keluarga. Ketika saya berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, dia antara yang tak berkira mahu membantu. Susah nak jumpa orang sepertinya,” katanya.

IKLAN

Memilih persalinan berwarna kuning pada hari bahagia, Fendy berkata, dia berasakan usia sekarang sudah dilihat cukup matang untuk hidup berumah tangga.

“Saya Mahu Teman Hidup, Ada Isteri Urus Makan Pakai.”  Hanya Sekali Lafaz, Fendy Bakry Selamat Diijabkabul!“Saya mahukan teman hidup, lagipun pembantu peribadi sudah tidak bersama saya lagi. Sampai masa ada isteri menguruskan makan pakai.

“Jika terjadi apa-apa, ada isteri boleh uruskan,” kata pelakon Mr Grey ini lagi.

IKLAN

Dia dalam pada itu turut berkongsi berita gembira tersebut di ruangan instagramnya.
Bismillah..

Alhamdulillah dengan sekali lafaz abam score weh!!!
Terima kasih buat adik beradik semua yang datang ke majlis kecil kami.. InshaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak.. Untuk masa sekarang abam mewajibkan yang mana perlu di dahulukan..
Jangan risau.. akan abg jemput semua media dan kawan2 yang selalu support abg.. takkan ada rsvp ok.. heeee
.
Gambar lain, nanti la abam update.. Malam nie kena rest awal… tak elok kena embun.” tulisnya di kapsyen.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI