Sebagai suami isteri tentu kita rasa seronok jika pasangan kita sentiasa ada disisi. Hatta hingga ada yang berharap dan selesa agar dapat bekerja di bawah satu bumbung yang sama. Jadi mudahlah agar perjalanan pergi dan balik bersama-sama.
Pun begitu tidak dinafikan ia bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi bagi pasangan suami isteri yang kedua-duanya bertugas di awan biru. Tentu ada antara kita tertanya-tanya, tidak takutkah terbang di awan biru meninggalkan anak-anak dan masa bersama mereka juga terlalu singkat?
Berkongsi kisah bersama pasangan suami isteri yang berkerja di syarikat penerbangan Air Asia, Deja Sabri dan suaminya Faruq Fadhullah akui bukan mudah untuk mereka menguruskan rumah tangga jika tanpa ada support system yang baik daripada ibu, ayah dan ahli keluarga yang lainnya.
“Alhamdulillah, tahun ni tahun ke 7 kami berkahwin dan Aidrique Aziel pun kini telah berusia 6 tahun. Sejak kecil bila saya bekerja, anak diuruskan oleh neneknya iaitu mami saya. Jadi saya dan suami tak risau sangat tinggalkan anak untuk bekerja sebab nenek dia yang jaga dia. Bila famili sendiri jaga rasa lebih selamat. Memandangkan anak kami pun sudah bersekolah tadika, kami akui dia perlu diberi perhatian sepenuhnya,” ceritanya ringkas.
Menyambung lagi perkongsiannya, “Tapi pernah juga sekali dua waktu kami berdua tengah fly, anak sakit dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Nasib baik ketika itu mami dan kakak ipar saya ada, cepat-cepat mereka bawa anak ke hospital. Alhamdulillah, semuanya selamat. Bersyukur sangat saya mempunyai keluarga yang memahami kerjaya kami suami isteri.”
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- Bila Adik Lunaskan Hutang Dengan Kumpul Duit Syiling, RM1 & RM5. Tarik Perhatian Warganet, Jadikan Inspirasi!
- Berkongsi Rezeki Perniagaan, Amir Bayar Zakat. Raih Pujian & Buat Ramai Terinspirasi!
- Keluarga Selebriti Ni Sanggup Buat Yang Terbaik Demi Anak Autisme. Ramai Terinspirasi!
Waktu Sangat Limited
Mempunyai jadual penerbangan yang padat, pasangan suami isteri ini juga sedar betapa waktu dapat bersama dengan anak sangat terbatas.
“Waktu untuk kami anak beranak bersama memang sangat “limited”. Jadi selalunya saya akan plan macam-macam. Bawa berjalan, bercuti dan macam-macam lagi jika tidak bertugas. Orang cakap macam ni ‘cuti well spend’.
“Bahkan seakan menjadi rutin bulanan buat kami sekeluarga untuk short vacation. Kalau percutian panjang tu, ya setahun sekali at least!. Dan for sure kami akan pilih destinasi yang buat anak kami happy. Contohnya berapa bulan yang lepas kami bawa dia ke Tokyo Disneyland. Bukan main seronok dia.
“Bahkan untuk pastikan hubungan kami sekeluarga tetap akrab, tiap hari without fail memang akan video call anak kami. Malahan kalau kami tak sempat call, anak yang akan call kami. Sejak-sejak dah bersekolah ni dan pandai membaca, anak juga sering massage kami. Sent emoji love la, happy la dan macam-macam lagi malah semua benda dia nak cerita.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club