Siapa yang tak sedih apabila berdepan dengan kehilangan dengan insan yang paling disayangi lebih-lebih lagi apabila Syawal semakin menjelang.

Dalam keterujaan membuat persiapan untuk menyambut lebaran, pastinya segala persiapan untuk insan disayangi akan diutamakan. Begitulah juga yang dilakukan oleh seorang wanita, yang teruja untuk menyambut lebaran bersama ayahnya lebih-lebih lagi selepas kehilangan ibunya tahun lalu.

Menceritakan kembali detik memilukan itu, Siti Ardila mengatakan yang arwah ayahnya itu ada mengatakan yang ingin beraya bersama ibunya tahun ini sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Ramadan ke-27 yang lalu.

“Halus saja permintaan abah baru-baru ni. Dia cakap untuk Ramadan tahun ni dia nak ‘beraya’ dengan mak yang meninggal dunia 21 Februari 2022.

“Malam sebelum abah meninggal, dia call nak ajak berbuka puasa bersama. Saya pesan dekat dia nak bagi baju raya. Memang setiap tahun saya belikan baju raya untuk mak dan abah sebab seronok tengok mereka gembira dapat baju baharu.

“Tapi kali ni abah bergurau, dia kata bagi baju raya dekat adik. Dia nak pakai baju raya yang mak bagi, sepasang baju Melayu teluk belanga warna putih. Tapi abah tak pakai pun sehingga hari mak meninggal dunia.”

IKLAN

Siapa sangka, apabila dimaklumkan yang ayahnya sudah tidak sedarkan diri kira-kira pukul 5 petang pada hari berkenaan, mereka terus membawa ayahnya ke klinik berdekatan.

“Abah ada masalah sakit jantung dan buah pinggang. Selepas raya baru nak buat dialisis. Abah pernah bagi hint (petanda), katanya selepas ni dia nak sihat, tak nak makan ubat dah, rupanya deritanya berakhir.

“Hari abah meninggal tu saya memang nak balik selepas Asar sebab janji nak berbuka sama. Tapi tiba-tiba adik call beritahu abah dah tak sedarkan diri jadi saya pun bergegas balik ke rumah nak bawa dia pergi klinik berdekatan.

IKLAN

“Dalam perjalanan dapat rasa badan abah panas. Saya menangis peluk abah dan berharap sangat dia sedar dan panggil nama saya masa tu tapi tak ada respons daripada abah.

“Rupanya bila sampai ke klinik, doktor beritahu abah dah tak ada lebih kurang 30 minit sebelum tu. Kami tiba di klinik agak lambat kerana kesesakan lalu lintas.”

Dia sememangnya tidak menyangka bapanya sudah tidak lagi bernyawa dalam pelukannya sepanjang perjalanan itu

IKLAN

“Tipulah kalau tak sedih sebab dah tak boleh beraya dengan mak dan abah. Tapi saya bersyukur sebab mak abah dapat jumpa dekat ‘sana’. Impian abah nak kubur betul-betul sebelah pusara mak pun dimakbulkan.

“Bagi saya, abah dan mak memang pasangan sejati. Lahir pun tahun (1960) sama. Semasa hayat mereka, mak akan temankan abah solat tahjud dan witir pagi bersama. Orang lama bercinta ni memang legend.

“Satu perkara saya belajar daripada kisah ‘hero’ saya ni… kematian tu tak akan menunggu kita walau sesaat pun. Kematian itu adalah ketentuan Tuhan dan bukannya permintaan.

“Peluang untuk menghargai ibu bapa hanya datang sekali. Bagi mereka yang masih ada mak dan ayah, hargailah mereka,” ujar Dila.

@sisdylla Kuatkan lah imanku🤲🏻 teguhkan imanku untuk mnjdi manusia yg berguna serta kuat ya allah🤲🏻 #maneesdankupi ♬ suara asli – apa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI