Satu Dalam Sejuta, Kapsyen Wan Azizah Penuh Makna. Undang Sebak Wargamaya
Figura ini sungguh istimewa, wajahnya tenang dan sentiasa tersenyum membuatkan ramai kagum melihatnya.
Siapa yang tidak mengenali Datuk Seri Dr Wan Azizah merupakan isteri kepada Presiden Umum Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Juga yang kini merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia Ke-10.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Satu Dalam Sejuta
Ads
Kesabarannya sebagai seorang isteri seharusnya dijadikan contoh kerana sentiasa berada di sisi suami tercinta walau dalam apa keadaan sekalipun.
Tidak salah rasanya mengagumi keperibadian beliau kerana terbukti bahawa beliau mampu menguruskan anak-anak walaupun ketika suaminya berada dalam tahanan suatu ketika dahulu.
Dari seorang doktor, menjadi isteri kepada Timbalan Perdana Meteri, kemudiannya menjadi isteri kepada seorang banduan dan akhirnya beliau sendiri memegang jawatan sebagai TPM.
Hari ini dalam sejarah, 24 November 2022, beliau kini bergelar isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Menerusi posting terbaru facebook miliknya beliau menulis kapsyen ringkas penuh makna dengan ucapan rasa syukur .
Ads
”Alhamdulillah.”
Sementelah itu, wargamaya meluahkan rasa sebak dan titip doa serta ucapan kepada pasangan bahagia itu.
Apa yang pasti kegigihannua dalam sama-sama berjuang sebagai seorang ahli politik dan isteri harus dipuji kerana begitu sabar serta tabah mengharungi liku-liku sebagai ahli kabinet sejak diusia muda lagi.
Dr. Wan Azizah tetap juga menyokong suaminya dan langsung tidak berpaling dalam memastikan perjuangan yang direncana berjalan dilandasan yang diharapkan.
Bagi yang mengenali pelakon kecil molek ini pasti pernah membaca kisahnya yang dikatakan menghidap penyakit kanser. Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin, 29, mengakui pernah mengalami sakit tenat sekitar bulan Mei tahun lalu. Namun enggan berkongsi mengenai perkara-perkara peribadi dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sakit sebenar yang dialaminya.
Biarpun mengalami dugaan yang cukup hebat, tapi dia tidak mahu mengalah. Akui Ardell kekuatan tersebut diperoleh menerusi mamanya.
“Setiap kali nak kuatkan diri saya lihat wajah mama. Dari saya kecil sehingga sekarang banyak dugaan yang dilalui ibu .Takkan hanya dugaan sakit yang sedikit ini dan dihapuskan dosa saya yang lepas, saya nak anggap itu dugaan yang besar. Mama adalah sumber kekuatan selain adik-beradik lain.
Tinggal dalam pondok ladang kelapa sawit
“Mama saya seorang mualaf, kehidupan kami sekeluarga juga susah. Kami tinggal di sebuah pondok di ladang kelapa sawit. Dek kerana miskin, kami terpaksa berpisah kerana mama terpaksa berikan adik-beradik pada orang lain. Hanya saya sahaja yang tinggal dengan mama waktu itu.
“Ibu mana yang sanggup berpisah dan berikan anak pada orang lain. Tapi demi mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia redha. Namun Allah berikan rezeki kami untuk bersatu kembali. Kini kebanyakan adik-beradik saya bekerja dalam bidang kerajaan. Saya nombor lima dari enam beradik tapi ibarat saya ini anak sulung. Malah, saya tak pernah salahkan takdir walaupun sudah mula buat kerja sampingan sejak tingkatan tiga lagi,’ jelas Ardell yang pernah bekerja di funfair.
Ketika itu tiada lain hanya niat mahu membantu mamanya yang hanya bekerja di restoran untuk besarkan mereka semua.
“Berapa sajalah gaji ditambah pula mama ibu tunggal. Tapi Allah berikan kelebihan saya dalam industri seni. Mungkin rezeki saya dalam bidang ini tetapi kena tahan fizikal dan mental. Tapi itu pun saya lakukan on off sebab mama tak restu. Tapi saya terangkan tujuan saya masuk bidang ini.
Pikul tanggung jawab seorang ayah
“Saya mahu bantu keluarga tak nak hanya duit sekadar cukup sahaja. Perlu ada simpanan untuk waktu kecemasan. Jadi mama restu, jadi saya pikul tanggung jawab seorang ayah sebenarnya kerana saya ada adik yang masih kecil. Bayangkan dulu kami hanya pakai apa yang diberikan oleh pihak zakat dan juga di sedekah oleh orang lain.
“Kami memang susah sangat waktu itu. Jadi saya rasa adik-beradik yang teringin nak guna benda baru seperti kanak-kanak lain. Saya tahu nun jauh di sudut hati mama saya, dia rasa sedih kerana tak mampu nak bagi apa yang anak ingini. Tapi saya cakap mama tak perlu sedih kerana mama dah tua dan banyak berkorban sejak dulu lagi. Jadi, setiap kali dapat gagi, saya lebihkan pada keluarga. Mujurlah saya ni bukan jenis kaki shopping.
“Ada yang cakap kenapa nak berikan duit pada abang-abang tapi saya kata dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Mereka adik-beradik saya dan saya ada kelebihan yang Allah berikan, jadi kenapa nak kedekut. Saya kongsikan rezeki dan daripada itu Allah tambahkan lagi.
‘Bayaran pertama filem saya simpan dan hantar mama pergi umrah. Walaupun ketika itu saya hanya tinggal RM50 untuk struggle sebulan. Tapi saya nekad. Mama pulang dari umrah, rezeki yang saya peroleh semakin melimpah ruah,”ujar Ardell sambil mengakui Itu tandanya Allah sayangkannya.
Allah duga lagi
Namun selepas beberapa tahun, dia diuji lagi. Timbul di benak fikiran kenapa Allah menduga sedemikian sedangkan dia berubah dan selalu berkongsi rezeki. Sebagai manusia biasa akuinya tidak mampu lari dari rasa marah.
“Saya mempersoalkan kenapa ia boleh berlaku. Walaupun orang cakap dosa kalau mempersoalkan apa yang berlaku. Tapi sebenarnya Allah tu dah cakap minta atau tanya apa yang nak tahu. Jadi saya tanya direct apa yang ingin Dia tunjuk pada saya sebenarnya.
Struggle dengan bantuan mama
‘’Memang tahun lepas saya struggle tapi mama sentiasa di sisi. Dia selalu bagi dorongan dan selalu bawa saya keluar untuk ambil angin. Jadi buat apa saya nak sia-siakan apa yang mama lakukan.
‘Daripada situ saya mula mengorak langkah dan boleh melakukan semua kerja saya semula termasuklah menerima tawaran berlakon,”ujar Ardell yang ditemui dalam satu majlis pelantikan sebagai menjadi duta bagi koleksi pakaian Ana B X Ardell Aryana sekali gus melancarkan kempen #misimencarikekasih dan #tamakpahala2019 baru-baru ini.
Alhamdulilah… Akhirnya kes pembahagian harta arwah Abam menemui kata putus hari ini.
Isteri kepada Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.
Menurut Hidayah, 28, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak yang membabitkan rumah, kereta dan barang peribadi milik arwah.
“Alhamdulillah dah selesai urusan faraid. Pihak sana (mak mentua) pun akan dapat bahagian mengikut hukum. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
“Mengenai soal berapa banyak duit peninggalan arwah, saya tak boleh kongsikan. Ia terlalu peribadi.
“Namun, apa sahaja yang ditinggalkan arwah adalah termasuk rumah, kereta, semua duit dan barang peribadi iaitu kereta, jam tangan, kasut dan kamera.
“Walaupun pihak sana tak hadir tetapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab sudah ditetapkan bahagian.
“Selepas ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan anak,” katanya.
Hidayah ditemui selepas selesai prosiding berhubung tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis pagi.
Sementara itu, Hidayah turut menafikan spekulasi yang mendakwa kereta milik arwah suaminya sudah ditarik.
“Kereta kena tarik tak benar, kereta masih ada. Tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga,” katanya lagi.
Berkenaan wang RM10,000 yang dikeluarkan dari akaun arwah, Hidayah memilih untuk enggan mengulas lanjut.
“Apa saya boleh katakan RM10,000 memang saya ambil tetapi saya masukkan dalam akaun anak. Tak guna satu sen pun,” kata Hidayah.
Dalam masa yang sama, Hidayah menyatakan mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan berhubung tuntutan hadanah.
Ini berikutan kegagalan pihak mak mentuanya, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah.
Pada Isnin lalu, Nor Hidayah bersama dua orang peguam mengadakan sidang media tergempar di Shah Alam, Selangor bagi menjelaskan berhubung dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap mak mentuanya iaitu Sabariah Arshad.
Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusi 14 bulan.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehadiran anai-anai di kediaman kita sememangnya satu ancaman besar. Mana taknya, bukan hanya perabot dan kayu-kayu habis di makan anai-anai ini bahkan baju-baju yang tersimpan kemas di dalam almari juga turut musnah.
Rekahan dinding atau lubang pada kawasan rumah antara penyebab utama anai-anai mula mendekati kediaman kita. Tak perlu gunakan racun untuk menghalau anai-anai ini sebaliknya usahakan cara ini dulu untuk pulihkannya. Jom cuba.
Petua Halau Anai-anai
1. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
2. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
3. Air Kapur sirih
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
4. Air Cucian Beras
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.
5. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di