Usai sebulan melahirkan cahaya mata kedua, Syida Melvin akhirnya mendedahkan wajah penuh bayi perempuannya buat tatapan umum.
Adik kepada Syatilla Melvin menerusi laman Instagramnya, memaklumkan dia dan suami sepakat menamakan anak mereka Sara Sajedda.
Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, nama tersebut sebenarnya merupakan hasil gabungan daripada nama-nama yang dipilih olehnya dan juga suami.
“MASHAALLAH, Assalamualaikum my second child, my princess, SARA SAJEDDA, one who is a devout worshiper of Allah.
Ads
“Cda suka nama Sara. Lembut je dengar, and nama Sajedda diambil sempena nama Aunty side daddy dia, Sajida,” tulisnya.
Jelas Syifa lagi, dia berharap agar anak keduanya itu dapat membesar menjadi anak yang solehah serta menjadi penyejuk hati buat ibu dan ayah.
“Harini Cda baru first time reveal @sarasajedda ibu ni. Muka Sara dah banyak ikut muka Pia, rasa mcm tengah berpantang kat Pia sebab muka depa sama.
Ads
“Sara ibu baru 27 hari. Semoga Sara membesar menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah dan dengar cakap orang tua okay,” ujarnya lagi.
Hebatnya empat fasa mendidik anak-anak gaya Rasulullah SAW.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ustazah ini.
Moga menjadi manfaat untuk kita mendidik anak-anak.
Mudah tapi sarat dengan ilmu
1. Fasa kasih sayang.
Umur anak 0 hingga 6 tahun merupakan fasa yang penuh dengan kasih sayang, bunga-bunga cinta, semuanya nampak manis, menggunakan panggilan yang membentuk peribadi.
Ibu ayah juga boleh mendorong mereka untuk menjadi lebih beradab dengan menggunakan bahasa yang sopan, banyak mengungkapkan kata yang baik dan menyejukkan hati serta mengajarkan mereka sifat ihsan.
Dilarang menengking, merotan atau memarahi anak diusia ini kerana ia seperti ukiran pada batu. Lekuknya sukar hilang, jiwa luka dibawa sehingga dewasa yang akhirnya menjadikan mereka seorang yang kasar dan penuh emosi negatif.
2. Fasa disiplin dan tanggungjawab
Umur anak-anak 7 hingga 14 tahun. Peringkat umur begini anak-anak sudah bersedia menerima peraturan dalam hidup mereka. Jiwa yang dipenuhi dengan kasih sayang akan senang dibentuk dan lebih mendengar arahan.
Rasulullah SAW menyuruh ibu ayah;
Perintahkan anak dirikan solat,
asingkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan.
Ibu ayah boleh melakukan penegasan jika anak-anak tidak memenuhi tuntutan dengan memukul sebagai pengajaran. Perlu diingat, pukulan itu tidak bermaksud menyakitkan tapi sebagai proses mendidik dan mengingatkan.
Cantik sangat Rasulullah SAW menyusun proses pendidikan dalam kehidupan manusia. Jelas, perkara yang paling ditekankan ialah adab, agar adab ini berkembang melitupi setiap tindakan. Tinggi perasaan hormatnya pada orang lain.
3. Fasa berkawan
Umur anak-anak 15 hingga 21 tahun. Ramai ibu ayah yang mengakui bahawa fasa ini merupakan paling mencabar kerana anak-anak kuat memberontak dan cuba mempertahankan kemahuannya.
Anak-anak yang mampu meluahkan segala masalah dan bebanan jiwa mereka pada ibu ayah akan dapat mengawal emosi dengan baik.
Anggap anak-anak seperti kawan. Berkongsi kesukaan, kesedihan, kepenatan menuntut ilmu, ketakutan ketika menghadapi ujian dan sama-sama mendorong saat patah hati.
4. Fasa kepercayaan dan kebebasan
Ketika berumur 21 tahun anak sudah mampu membuat keputusan sendiri. Ibu ayah serahkan sepenuhnya kepada Allah, tidak perlu risau atau rasa was-was terhadap setiap tindak tanduk mereka.
Demi Allah dengan didikan yang betul dari awal akan membuatkan anak-anak membesar sebagai individu yang seimbang dan bijaksana.
Biarlah mereka lebarkan sayap dan terbang tinggi dengan hidayah dan petunjuk Allah .
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila kelahirana anak pertama, biasanya para isteri akan berpantang di kampung. Maklumalah tiada pengalaman.
Namun apabila anak makin bertambah, ada yang selesa berpantang sendiri. Bukan tidak mahu berpantang di kampung tetapi atas faktor anak-anak yang besar lain bersekolah.
Namun, bukan mudah sebenarnya nak berpantang di rumah sendiri. Maklumlah ketika ini, wanita tidak boleh melakukan kerja berat termasuk memasak. Nak mandi pun kena ada orang uruskan terutama minggu pertama dan kedua.
Oleh kerana itu, ada yang meminta bantuan ibu atau ibu mertua untuk tinggal bersama semasa dalam tempoh berpantang. Malah bagi yang mempunyai peruntukkan lebih akan mengupah orang untuk menjaga dalam tempoh berpantang, tetapi kos upahnya cecah ribuan ringgit!
Bebeza pula cara keluarga ini, melalui perkongsiannya, wanita ini berkongsi kisah bagaimana suaminya menguruskan dirinya ketika pantang. Lebih menarik, sejak anak ketiga lagi mereka berdikari berpantang di rumah.
Melihat perkongsian wanita ini, Siti Nor Q , yang berpantang anak ke -6 pada september lalu sungguh inspirasi.
Bukan calang-calang suami yang sanggup melalukan kerja menguruskan isteri dalam pantang, memasak menu pantang, menguruskan anak yang lain dan pada masa yang sama tetap bekerja.
Hebatnya! Yang penting jelas terbukti pasangan ini saling melengkapi dan suaminya menghargai isterinya melahirkan zuriat buatnya.
Inilah namanya relationship goal!
Ikuti perkongsiannya.
INSPIRASI
Ni post bukan nak up laki. Tapi lebih kepada nak cerita balasan yang laki aku buat bila aku beranak ramai bagi dia.
Dan boleh juga jadi rujukan untuk pak-pak hat tak tau nak susun jadual nak buat cmna bila jaga sendiri isteri dalam pantang.
Pastu masak masakan hat paling simple kat dunia tapi paling sedap bagi seorang isteri sebab dimasak dengan penuh kasih sayang. Ha gitewwww.
SEJAK ANAK 3 HINGGA 6 SUAMI URUSKAN
Dalam pantang semenjak anak ke3-6.
Memang suami momy yang jaga.
Pagi-pagi sebelum dia gi kerja. Dia kejut anak-anak mandi nak pi sekolah. Pastu terus dia pi dapoq rebuih aiq mandian herba, panaskan tungku dan masak makanan pantang untuk momy. . Pukui berapa bangun tu. Hangpa bajet-bajet la sendiri sebab dengan nak solat nak mandi semua na.
AIR MANDIAN SUAMI BUATKAN. HEBAT!
Air mandian dah siap rebuih. Dia mai tuang dalam baldi sesiap dalam bilik aiq. Ya la, orang pantang mana leh angkat berat kan. Lagipun dapoq aku ngan bilik nalla berapa km jauh. Kikiki.
Pastu aku pi mandi. Dia siapkan kakak ara nak gi school. Sambil-sambil Dia settlekan balut tungku.
Momy keluaq ja bilik aiq dan dah siap semua.
Dia param minyak angin satu badan momy, pakaikan bengkung. Then baru dia siap nak pi kerja dan hantaq kakak ara sekolah. Anak-anak hat lain depa uruskan diri sendiri nak pi sekolah pun naik basikal sendiri. Alhamdullillah masing-masing dah pandai berdikari.
Dak aura aisyah dan baby Zidane. Satgi dia balik tghari dia akan mandikan. So sementara tu aku lap-lap je badan baby spray dengan aiq lap ngan kain sementara nak tunggu dia mandi tengahhari ni.
Macam belah pagi, memang momy free dok atas katil sambil bertungku, sambil up status fb, sambil reply wasap dan mesej, paling dak pun aku lena bila baby lena.
Dak aura aisyah ni bangun lambat. Kadang kul 9 atau 10 baru dia bangun. So dpt la aku lelap sat pagi2.
Pastu momy pam susu. Sambung balik tungku. Momy bertungku berenti sambung berenti sambung sampai kul 12 tghari ye sampai tungku tu sejuk. Sebab sayang tungku dok panas dok biaq lagu tu ja.
Pastu bila dedi balik tengahhari, dia terus mandikan baby zidane dan kakak aisyah.
Yeayy. Wangi dah semua orang.
Terus dia gi amik kakak ara nak balik sekolah, bagi makan. Basuh baju dan dia sambung buat kerja rumah.
MASAK MENU PANTANG
Pastu mai dok temenung tepi momy. Bila momy tanya pikiaq apa. Dia kata. Pikiaq nak masak apa malam ni dan esok.
Ha baru tau no. Cmna aku dok pikiaq selama ni. Kikikiki.
Tak masak lagi pun awai dah dok pikiaq nak masak apa kan.
Tghari tu dia balik waktu dia lunch. Pastu kul 2:30ptg dia pi kerja balik la. Tinggal la daku dengan anak-anak lagi kat rumah. Tapi takpa
La. Semua kerja dah settle. Makan dah, anak2 pun dah makan dah mandi dah pi sekolah kafa. So apalagi. Momy sambung la buat biz online dan rest. Time ni la nak rest banyak pun. Time aku tak pantang. Memang tak lekat kat rumah la. Ke sana ke sini aku pi. Pos barang la, amik barang la jumpa orang la.
Kalau ada barang customer yang nak kena pos. Lepas dia balik kerja petang tu dia akan pi pos. Momy wrap sesiap semua. Syukur ada j&t yang buka sampai kul 7malam.
SUAMI ISTERI YANG SALING MELENGKAPI
Apapun. Terima kasih dedi sebab menjadi suami perfect 9/10.
Tapi kan, camna bagus pun u jaga i, 100 hari tetap 100hari u posa na. No diskaun.
Sampai ada tanya tips apa momy buat kat dedi. Hat paling best depa tanya apa mendrem momy kat dedi. Hahahhaa.
Mandrem ngan jamu kampung ja
Mak momy pernah kata. “Adik, susah dapat laki macam laki hang. Hang jaga baik-baik na.”
InshaAllah mak. Selagi ada jodoh. Akanku kepit celah ketiakku jaga tatang rapi baik punya.
Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Fizi Ali yang telah selamat menimang cahaya keduanya selepas isterinya, Siti Zulaikha melahirkan bayi perempuan mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Fizi menerusi Instagramnya petang semalam.
Bayi perempuan seberat 3.36 kg itu dalam keadaan baik, begitu juga dengan ibunya.
“Syukur alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga.
“Yeah, mama dah selamat lahirkan baby girl. Kuat mama tadi, hampir enam jam bertarung untuk bersalin normal,” katanya berkongsi.
Tambah Fizi lagi, kehadiran cahaya mata perempuan itu bagi dirinya tambah membahagiakan.
“So sekarang bertambah la seorang lagi perempuan dalam hidup daddy,” luahnya.
Meninjau diruangan komen, peminat dan wargamaya turut menitipkan ucapan tahniah kepada Fizi dan isteri.
Terdahulu, Fizi dan isterinya, Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu. Pasangan ini turut mempunyai anak menerusi perkahwinan mereka yang terdahulu.
Kemenangan Foziya Abdullahi sebagai Miss World Somalia 2026 bukan sekadar menambah satu lagi nama baharu dalam dunia ratu cantik antarabangsa, sebaliknya membawa bersama naratif...