Kematian itu suatu rahsia Sang Rabb. Sebagai umatNya, kita tidak tahu jauh sekali dapat mengetahui bilakah akan sampai masa kita. Sementelah syarat mati bukanlah usia tua dan tahap kesihatan yang kurang, sebaliknya ramai orang muda dan sihat yang telah pergi dahulu tanpa siapapun menyangka ia boleh terjadi.

Maka bersedialah dari awal. Semoga Allah swt mengurniakan kepada kita kematian yang baik, Husnul Khotimah. Aamiin…

Kisah ini berlaku pada seorang anak muda yang meninggal dunia akibat kemalangan. Anak kedua dari enam beradik ini dilanda musibah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum kemalangan dengan sebuah lori.

Lebih menyayat hati, arwah baru hari pertama memulakan kerja di situ. Ikuti perkongsian dari ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid yang merupakan Pengerusi bagi Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia yang menguruskan hal pengkebumian arwah.

“Pergilah Nak Mak Reda. Mak Ampunkan Segala Dosa & Halalkan Setiap Titisan Susu Mak Dalam Badan Kamu.


PERGILAH NAK.. MAK REDHA…

“Jam 3:30 pagi, kami baru sampai ke rumah masing-masing setelah melalui perjalanan 496 kilometer pergi-balik dari KL ke Peserai, Batu Pahat, Johor menghantar satu jenazah remaja lelaki berusia 18 tahun yang maut akibat kemalangan.

Ayah tenang dan reda

Ayahnya memaklumkan kepada kami, anaknya itu nombor dua dari enam beradik baru saja mendapat pekerjaan di Ibu Kota dan hari ini (Selasa) sepatutnya merupakan hari pertama dia mula bekerja di situ. Namun musibah menimpa dirinya apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Semenyih. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Dari raut wajah ayahnya kelihatan sangat tenang dan sesekali mampu untuk tersenyum kecil seolah dia dapat menerima berita kematian anak lelakinya itu dengan redha.

IKLAN

Berbeza watak dengan si ibu yang semenjak dari awal saya bertemu dengannya tidak henti-henti mengalirkan air mata seolah mahu dihabiskan seluruh titisan air matanya itu untuk menerima kenyataan bahawa anak yang baru dilepaskan pergi dari rumah pagi itu telah pergi buat selamanya.

“Pergilah Nak Mak Reda. Mak Ampunkan Segala Dosa & Halalkan Setiap Titisan Susu Mak Dalam Badan Kamu.

Sewaktu proses pengecaman mayat dibuat setelah selesai urusan bedah siasat, orang pertama yang menerpa masuk ke bilik mayat adalah si ibu. Melihat sekujur tubuh yang diselimuti sehelai kain putih, si ibu menggigil membuka helaian kain yang menutup wajah si anak. Berhamburan air mata si ibu saat menatap wajah anaknya yang sudah tidak bernyawa itu.

Perlahan si ibu mula bersuara membisikkan sesuatu di telinga jasad anaknya itu;

“Syafie, pergilah Nak.. Mak redha.. Mak halalkan setiap titisan susu Mak yang ada dalam badan kamu. Mak ampunkan segala dosa kamu…”

Ibu berat hati

IKLAN

Setiap kali berhadapan dengan situasi sebegini, pasti saya segera memalingkan wajah menahan perasaan yang sedih ini. Jujur saya katakan, terlibat dalam urusan kematian bukan suatu perkara yang sukar, namun saat berhadapan dengan situasi yang memilukan sebegini, menjadi sukar bagi saya membendung emosi sendiri. Alhamdulillah semampunya dapat dikawal, cuma sesekali mengalir juga air mata ini tanpa dipinta.

Si Ayah bercerita, ketika anaknya ini hendak mula bekerja di Ibu Kota, ibunya seolah berat hati hendak melepaskannya pergi. Bagai ada suatu perasaan yang tidak tahu hendak ditafsirkan ketika itu. Ayahnya akui arwah anaknya itu seorang yang berdikari dan tidak suka membuang masa. Seusai saja menduduki SPM, dia terus mencari kerja di luar.

Kami sampai ke kampungnya di Peserai saat azan Maghrib mula berkumandang. Jenazah dibawa naik ke atas rumahnya sementara menunggu urusan solat jenazah seusai solat Isyak dan pengebumiannya.

“Pergilah Nak Mak Reda. Mak Ampunkan Segala Dosa & Halalkan Setiap Titisan Susu Mak Dalam Badan Kamu.

Air mata si ayah

IKLAN

 

Alhamdulillah, masyarakat di kampung ini hadir menziarahi keluarga arwah tidak putus-putus dan ramai yang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan untuk mengebumikannya.

Saat hendak melepaskan keranda anaknya ke dalam tanah, barulah kelihatan air mata Si Ayah mula mengalir tenang. Suaranya ketika berbicara pun mula berubah sebak. Sifat unik orang lelaki, selagi boleh tahan dia pasti akan menahan namun ketika perasaan sudah sampai ke kemuncak, tiada lagi yang mampu menahan titisan air mata tanda luahan perasaan yang sekian lama dibendung dalam jiwa.

Ketentuan takdir

Si Ibu pula berkali-kali meminta izin untuk menatap wajah anak kesayangannya itu sehinggalah di tepi liang kubur pun masih mahu melihat wajah anaknya itu. Begitulah kasih dan luhurnya seorang ibu yang telah mengandungkan kita di dalam perutnya dan membesarkan kita dengan susunya, namun terpaksa menerima ketentuan takdir sebegini.

“Pergilah Nak Mak Reda. Mak Ampunkan Segala Dosa & Halalkan Setiap Titisan Susu Mak Dalam Badan Kamu.

Seusai mengebumikan jenazah, kelihatan si ibulah orang terakhir yang meninggalkan jejak di pusara anaknya itu. Begitu kuat kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Sungguh, kasih ibu membawa ke Syurga.

Duhai anak muda, hargailah ibu ayahmu selagi mereka masih ada. Mohonlah doa dan keampunan selalu dari mereka. Sesungguhnya Syurga kita ada pada keredhaan mereka.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI