9 bulan kandungkan anak, tambah dari kecil hingga dewasa menjaga anak hingga boleh berjaya menyara diri sendiri, tetapi jasa si ibu lenyap begitu sahaja bila tiada sorang pun anak-anak mampu untuk menjaganya.
Bak kata pepatah, “1 ibu boleh menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu boleh menjaga 1 ibu”.
Itulah yang terjadi pada ibu yang sudahpun berusia 97 tahun ini. Kisahnya yang akur menghabiskan sisa hidup sendirian cukup meruntun jiwa.
Menurut cerita asal, sebenarnya dia mempunyai seramai 16 orang anak. Namun setelah merantau cari kerja, semuanya kahwin dengan orang luar negara dan sejak itu tidak pernah ambil tahu lagi mengenai perkembangan ibu kandung sendiri. Jangankan balik bercuti atau ziarah, Dona Isabel berkata kemungkinan mereka pun tak kisah dia masih hidup atau sebaliknya.
Ads
Tidak larat hendak membuat kerja berat lagi, kini dia hanya menyulam kain apa adanya sebagai usaha mencari rezeki. Antara 16 orang, air matanya bertakung selepas mengenangkan tiada satu anak pun yang sudi menjaganya di hari tua sebegini. Sesekali, Dona berfikir dirinya langsung tidak dianggap seperti seorang ibu.
Demi meneruskan hidup, dia ada menanam pokok-pokok bersaiz kecil untuk dituai sebagai makanan harian. Hanya hidangan kacang lenyek yang dimasak dalam periuk buruk menjadi santapan warga emas ini. Kesunyiannya turut diubati dengan adanya seekor anjing yang dianggap sebagai satu-satunya ahli keluarga tunggal.
Berbuat baik adalah tuntutan agama. Berbuat baik akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang sekelilling.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Surah al-Isra’, ayat 7)
Begitulah kebaikkan yang ditunjukkan oleh seorang kakitangan sebuah bank yang sanggup keluar dari bank untuk mendapatkan cap jari pesakit strok dalam kejadian di Machang Kelantan baru-baru ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pemilik akaun @s.nass itu memberitahu bahawa ibunya merupakan pesakit strok namun tertinggal kad pengenalan asal di rumah yang memakan masa 2 jam perjalanan untuk pulang dan hanya mempunyai salinan saja bersamanya ketika itu.
Namun mujur pegawai bank yang bertugas baik hati untuk membantunya menyelesaikan masalahnya.
Pegawai berkenaan telah keluar dan mendapatkan ibunya di dalam kereta untuk mengambil cop jari.
“Ada IC copy je. Nak balik rumah ambil kad IC, jauh. Ambil masa 2 jam pula. Tapi dengan jasa baik budi bicara pihak bank, Alhamdulillah boleh.”
VIDEO
WARGAMAYA BERI PUJIAN
Ekoran kejadian itu, ramai warganet meluahkan rasa sebak dan memuji sikap baik yang ditunjukkan oleh kakitangan itu. Antara komen adalah seperti berikut
“Benda atas budibicara sama ada memudahkan atau menyukarkan. TAHNIAH CIMB.”
” Alhamdulillah.. Ada lagi staf bank begini rupanya.. Semoga semua staf bank begini.. Tahniah CIMB ada staf begini..”
“Bila kita bekerja kerana Allah… Allah kn lorongkn insan yg Allah sygg…pasti Allah sentiasa menguji kite semua..
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Perkongsian bapa bernama Basri Husin pasti memberi inspirasi kepada orang lain baik yang normal mahupun Orang Kelainan Upaya untuk mengejar cita-cita dan berjaya tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai satu penghalang.
Semangat dan dorongan isteri antara pembakar semangat buat bapa kepada dua anak ini. Jom baca kisah lelaki ini. Semoga kita mendapat manfaat daripada kisah hidupnya ini yang mungkin berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
KALAU TIDAK BUAT UNTUK DIRI SENDIRI, BUATLAH UNTUK ANAK-ANAK
Takdir berkerusi roda sudah lama ku terima. Masakan tidak, banyak aktiviti setelah berkerusi roda aku ceburi. Dari memandu, berskuba sehinggalah umrah. Semuanya boleh dilakukan.
Namun untuk kembali menulis tesis amatlah sukar. Hendak menjeling tesis pun malas apatah lagi hendak menyiapkan saki-baki bab penulisan.
2 Semester berlalu begitu sahaja. Aku daftar agar tidak luput pencalonan. Aku daftar kerana nak ambil hati semua orang. Padahal tesis tidak berjalan. Aku tidak menulis pun!
Aku masih mencari kata-kata sakti. Kata-kata yang melonjak motivasi diri. Yang mendorong dengan tindakan. Bukan yang sekadar khayalan.
Segala pujukan dan kata-kata dorongan orang sekeliling aku terima. Tetapi tidak dapat dijelmakan dalam bentuk tindakan.
Seperti biasa, isterilah tidak jemu-jemu memujuk. Sehinggalah suatu hari, pujukan itu berbentuk sentapan. “Baba,buatlah tesis”. Lantas aku segera jawab “buat apa nak buat tesis lagi, aku kan dah lumpuh, ”. Sungguh beremosi aku pada haritu. Tak tahu entah kenapa.
Riak isteri sudah berbeza, tutur katanya sedikit tinggi tetapi tersentap terus ke dalam jiwa. “Ye memang awak dah lumpuh, jadi buat sesuatu yang buat anak bangga, memang kaki awak tak boleh begerak, tapi otak awak boleh pakai lagi”.
Beliau meneruskan leterannya, kali ini kata-katanya luar biasa. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri, buatlah untuk anak-anak”. Beliau terus ke dapur meninggalkan aku dengan kata-kata tersebut.
Tersentak!
Sambil melihat anakku diruang tamu, air mataku tiba-tiba bergenang.
Kata-kata ini sungguh keramat diungkapkan oleh isteri. Ia bagaikan satu dorongan untuk terus berusaha demi kepentingan anak-anak. Memang itulah yang aku cari, sekiranya aku tak nak buat untuk diriku, buatlah demi anak-anak. Biar mereka membesar dengan penuh semangat dan motivasi. Motivasi yang tidak akan melumpuhkan semangat mereka kerana mereka mempunyai bapa yang bersungguh-sungguh untuk masa hadapan mereka.
Ia juga sebagai senjata dan persediaan sekiranya kawan-kawan ingin buli mereka berdua. Berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
Pada usia Humaira dan Firdaus yang masih muda. Mereka tak mengerti apa-apa yang mengapa babanya berkerusi roda. Aku yang berkerusi roda tidak di anggap sebagai orang sakit. Kerana aku mengubah pemikiran mereka. Berkerusi roda tapi boleh buat apa sahaja. Dari memandu, pergi umrah sehinggalah berskuba. Namun aktiviti tersebut sekadar aktiviti biasa.
Menghabiskan PhD akan membuat mereka lebih bangga.
Saat paling menggembirakan anak-anak adalah apabila aku kembali memandu dan menghantar mereka berdua ke sekolah. Wajah mereka bertukar ceria.
“Yay!!! Baba hari ini Baba hantar saya ke sekolah”. Pernah aku bertanya, “Humaira malu ke Baba hantar pergi sekolah? Nanti kawan-kawan cakap “ayah awak cacat” pakai kerusi roda.”
“Tak! Saya suka, Ayah saya walaupun pakai kerusi roda dia buat PhD di UM.” Kata-kata ini ku ingat kembali.
Aku dapat rasakan, dia akan kecewa sekiranya aku abaikan pengajian. Semangatnya pasti luntur pada masa hadapan.
Itulah antara semangat untuk aku siapkan pengajian walaupun pada mulanya selepas lumpuh dah taknak lagi pandang tesis. Mereka mengajar dan memberi semangat kepada diriku sebagai seorang bapa yang perlu memikul tanggungjawab membesarkan mereka walau apapun perkara yang terjadi.
Aku sedar aku perlu menjadi hero kepada mereka. Hero untuk masa depan mereka. Hero dalam membesarkan mereka.
Menyedari hakikat ini, langkah demi langkah aku teruskan tanpa menoleh kebelakang. Terus fokus pada kajian. Biar sedikit kesusahan pada hari ini, membawa erti yang besar pada mereka.
Kini, mereka boleh berbangga. Walaupun berkerusi roda banyak benda boleh dilakukan. Yang paling penting memori ini akan berkekalan.
Terima kasih buat isteri yang menyentap jiwaku. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri buatlah untuk anak-anak”.
Beginilah perasaan apabila keluar dari dewan konvokesyen selepas majlis graduasi PhD 2018 di UM. Diberi penuh penghormatan dan sokongan. Selalunya pergerakan wheelchair dilakukan sendiri, tetapi hari ini semuanya diraikan dengan rasa penuh hormat. Suatu moment yang sukar untuk dilupakan.
Posted by Basri Husin on Saturday, October 20, 2018
Bila sebut tajuk filem Istanbul Aku Datang, automatik peminat filem romantik ini teringat momen-momen ‘sweet’ antara pelakon, Lisa Surihani dan Beto Kusyairy. Setelah sekian lama tidak bergandingan, buat kali pertama mereka bertemu semula dalam satu video pendek produk.
Video yang dimuat naik di laman Instagram Lisa itu mendapat perhatian ramai terutamanya bagi yang menggemari jalan cerita filem yang tanpa sedar rupanya sudah 11 tahun berlalu.
Lisa juga di bahagian kapsyennya mengiakan babak yang dilakonkan dalam video pendek itu seakan kesinambungan filem tersebut apabila mengatakan Dian (Beto) kembali menganggu hidupnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengatakan iklan tersebut macam nak buat ‘part 2′ Instanbul Aku Datang!’ malah iklan promosi tersebut telah membuat ramai netizen mengimbau kenangan 11 tahun yang lepas.
Bukan setakat netizen, ramai rakan artis yang lain seperti Heliza Helmi, Daiyan Trisya, Ika Nabila dan ramai lagi merindukan filem epik tersebut.
Sumber : Instagram @lisasurihani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.