Ads

Dibesarkan Datuk Nenek Dalam Serba Kekurangan, Atiqah Raih PNGK 4.0 & Tajaan Penuh USM

Kesusahan hidup bukan penghalang buat Atiqah Husna untuk mencipta kejayaan apabila dia berjaya memperoleh PNGK 4.0 dalam peperiksaan STPM, sekali gus menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM).

Lebih menyentuh hati, Atiqah dibesarkan oleh datuk dan neneknya, Pakcik Ghani dan Makcik Noriah, sejak berusia dua bulan selepas ibu bapanya berpisah ketika dia masih kecil.

Menurut perkongsian 3rd Force Pasir Mas di Facebook pada 1 September 2026, kehidupan keluarga berkenaan bukanlah mudah.

Dibesarkan Datuk Nenek Dalam Serba Kekurangan, Atiqah Raih PNGK 4.0 & Tajaan Penuh USM

Pakcik Ghani tidak lagi mampu bekerja sejak terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2007 sehingga menyebabkan beliau menjadi orang kurang upaya (OKU), manakala Makcik Noriah pula semakin berusia dan tidak lagi mampu bekerja.

Mereka kini menetap di sebuah rumah sumbangan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan banyak bergantung kepada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk meneruskan kehidupan harian.

Namun, segala kekurangan itu tidak mematahkan semangat Atiqah untuk belajar bersungguh-sungguh.

Hasilnya, Atiqah Husna berjaya meraih keputusan sempurna PNGK 4.0 dalam STPM dan menerima tawaran mengikuti program Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dengan Kepujian di USM.

Ads

Atiqah Husna Berdepan Kerisauan Kos Pengajian

Di sebalik kegembiraan menerima tawaran ke universiti, datuk dan nenek Atiqah turut berdepan kebimbangan memikirkan kos pendaftaran, perjalanan serta keperluan pembelajaran termasuk sebuah komputer riba.

Kisah Atiqah kemudian dikongsikan kepada umum dengan harapan ada pihak tampil membantu memastikan impiannya untuk menyambung pelajaran tidak terhenti kerana kekangan kewangan.

Dibesarkan Datuk Nenek Dalam Serba Kekurangan, Atiqah Raih PNGK 4.0 & Tajaan Penuh USM

Perkongsian itu akhirnya mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas ramai pengguna media sosial menandainya mengenai kisah pelajar cemerlang tersebut.

Dr Asyraf Wajdi kemudiannya menghubungi Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Abdul Rahman Mohamed, bagi mendapatkan jalan penyelesaian.

Ads

Menurut beliau, pihak USM bersetuju membantu menaja pengajian Atiqah Husna sepenuhnya menerusi Program Biasiswa Sulong USM.

“Insya-Allah USM akan masukkan di bawah Program Biasiswa Sulong USM,” katanya.

Dalam masa sama, Yayasan Pelajaran MARA turut akan membantu dari segi persediaan Atiqah sebelum memulakan kehidupan sebagai mahasiswa.

Bantuan berkenaan pastinya memberi kelegaan kepada keluarga yang sebelum ini bimbang memikirkan keperluan kewangan untuk menghantar Atiqah melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Usaha Dan Doa Atiqah Husna Akhirnya Berbaloi

Kisah Atiqah Husna cukup menyentuh hati kerana di sebalik segala kekurangan, dia tidak pernah menjadikan kesusahan hidup sebagai alasan untuk menyerah.

Sebaliknya, pengorbanan datuk dan nenek yang membesarkannya serta kesungguhan Atiqah dalam pelajaran akhirnya membuka jalan yang lebih cerah untuk masa depannya.

Ads

Kejayaan memperoleh PNGK 4.0 dalam STPM juga membuktikan bahawa latar belakang kehidupan yang serba kekurangan tidak menghalang seseorang pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang apabila mempunyai kesungguhan dan tekad dalam pelajaran.

Lebih bermakna, peluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Sejarah membawa Atiqah selangkah lebih dekat dengan cita-citanya untuk menjadi seorang pendidik.

Kini, dengan tajaan penuh daripada USM serta sokongan Yayasan Pelajaran MARA, impian Atiqah Husna untuk melanjutkan pengajian dan menjadi seorang pendidik semakin hampir menjadi kenyataan.

Bantuan yang diterima turut memastikan masalah kewangan keluarga tidak menjadi penghalang kepada pelajar cemerlang itu untuk meneruskan pengajian selepas segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan selama ini.

Semoga kejayaan Atiqah Husna menjadi inspirasi buat anak-anak di luar sana bahawa walau sebesar mana pun ujian hidup, usaha, doa dan tekad yang kuat mampu membawa seseorang lebih jauh daripada yang disangka.

BACA LAGI : Pengorbanan Ibu Jadi Kekuatan, Lovely Sabana Raih PNGK 4.0 & Bakal Ke UPSI

Sumber  : Facebook 3rd Force Pasir Mas & Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Pilunya Perpisahan Tanpa Jasad, Keluarga Nepal Adakan Upacara Terakhir Buat Mangsa...

Banjir Nepal meragut lebih 1,000 nyawa dan menyebabkan ribuan hilang, memaksa keluarga mengadakan pengebumian simbolik tanpa jasad insan tersayang.