Mungkin ada yang ibu-ibu yang teringin nak menghias bahagian ruang balkoni. Tapi ruang agak sempit membuatkan hasrat tersebut terbantu. Sebenarnya. kalau bijak menyusun atur, secara automatik kelihatan lebih luas dan kemas.
Perkongsian dari Esyima Zamri mnggunakan artificial grass dan wallpaper batu bata membuatkan ruang tersebut nampak menarik.
Manakala untuk bahagian rak yang digunakan untuk meletakkan perkakas seperti sabun dan juga banyak dipasaran. Simple, kemas dan cantik!
Ads
Balconi kecik dan ruang agak sempit pun boleh jadi cantik 😍
Ads
3jam ja untuk siapkan smua ni ☺️ Oke dak ? Mini laundry ija ?
Bila tibanya musim hujan seperti hari ini, memang boleh dikatakan pakaian yang dicuci berbakul-bakul namun tidak boleh dijemur.
Malah kain yang terperap berhari-hari akhirnya akan berbau hapak dan masa inilah ada yang terdetik di hati alangkah bagusnya jika ada dryer di rumah.
Cuaca di luar rumah sama ada hujan atau tidak, pakaian yang dicuci dapat dikeringkan dengan sempurna dan mudah. Hati pun tak bimbang lagi sebab bila-bila masa boleh membasuh pakaian.
Jadi buat anda yang berkira-kira ingin membeli dryer, ada baiknya baca perkongsian daripada Nurul Shazalina Zainudin ini. Banyak info yang dikongsikan berkenaan dryer dan semoga bermanfaat.
Ini perkongsiannya.
Harini ada beberapa orang tanya saya pasal dryer. Kebetulan sangat maybe sebab musim hujan kan, ramai mula consider beli dryer.
Ya betul, jika ada bajet, belilah dryer
Faktor yang perlu diambil kira:
1. Bajet
2. Jimat elektrik atau tidak
3. Ruang letak mesin
Ok faktor penting adalah bajet
Jika bajet tinggi, anda boleh terus selesaikan faktor 2 dan 3.
Kenapa?
Sebab nak dryer yang jimat elektrik of course mahal sikit. Sebab yang paling jimat elektrik adalah yang jenis HEAT PUMP.
Haa, dryer ni ada 3 jenis.
1. Vented (boleh dapat bawah 1k kot)
2. Condenser (1-2k)
3. Heat pump (3k ke atas)
Tiga2 ni semua keringkan kain dengan elok. Cuma atas kita nak pilih jenis mana, bajet kita..
Tapi vented tu jenis yang ada corong untuk keluarkan haba panas. Jadi kena halakan corong tu keluar. Condenser takde corong, so mahal sikit lah dari vented tu. Heat pump pun takde corong. Lagi mahal sebab dia sangat jimat elekteik.
Vented dan condenser ni penjimatan elektrik dia tak sebaik heat pump (tapi ramai bagi feedback, ok je guna vented dan condenser, tak banyak pun naik elektrik, so siapa yang kurang bajet, cepat2 cari vented atau condenser ya)
Heat pump ni beli mahal sikit, tapi memang jimat elektrik. Macam mana nak tahu? Boleh semak gred dia atau maklumat penggunaan elektrik dia. Semua dryer patut ada info ni, tinggal kita tanya je.
Ruang
Ok part ruang letak mesin tu adalah 1 faktor yang perlu diambil kira kerana jika ruang sangat terhad, boleh consider beli 2 in 1 dryer. So ada 1 mesin je dalam rumah. Tapi bila beli 2 in 1 ni memang takde jenis heat pump. Ada condenser sahaja.
Jika ada ruang besar, boleh beli dryer asing dari washer.
Semua faktor ni subjektif untuk kita semua. Sebab keadaan semua orang berbeza
Ok ni saya share brand saya guna
TEKA 8 KG HEAT PUMP (harga 3k lebih, tak ingat exact price)
Tak famous macam electrolux, toshiba, midea or beko. Tapi kebetulan masa saya nak beli tu, ini the best di mata saya.
Gred A++. Sgt jimat elektrik. Dan dia ada sensor. Kalau kain tak kering lagi, dia tambah masa. Kalau kering cepat, dia berhenti cepat. Jimat masa dan elektrik.
Harga dapat di One Living lagi murah dari Shopee dan Lazada
So bolehlah kawan-kawan consider ya untuk orang yang busy macam saya sangat sangat saya sarankan.
Sebelum keluar rumah, masuk baju dalam mesin basuh, sampai rumah pula ambil baju-baju tu masukkan dalam dryer. Beberapa jam siap.
Hujan pun boleh keringkan baju.
Suami-suami, ada bajet belikan untuk wife anda ya. Serius ni antara benda yang sangat memudahkan hidup satu keluarga anda.
Reminder: Please guna 1 plug khas untuk dryer sahaja. Jangan campur-campur dengan plug lain dan jangan guna extension ya
Sumber : Nurul Shazalina Zainudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang mahu melihat buah hati kesayangan memiliki kekurangan namun sebagai ibu bapa mereka reda dengan ketentuan ilahi dan memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga buat anak istimewa ini.
Jika dahulu selebriti yang memiliki anak istimewa jarang dan enggan bercerita kisah sebegini dengan alasan malu dan tidak mahu kehilangan peminat. Namun sebaliknya berlaku pada masa sekarang.
Sebagai contohnya, Zarina Zainuddin, Catriona Ross dan Edry Abdul Halim yang sehingga kini menjadi idola ibu bapa yang memiliki anak syurga.
Pengalaman serta pengetahuan yang mereka ada dikongsikan dengan peminat membuatkan mereka lebih dihormati.
Edrie Hashim yang mempunyai anak Autism, awalnya mengakui tidak selalu memperkatakan hal tersebut, namun koposer dan pemuzik terkenal ini tidak segan untuk becerita mengenainya.
Bahkan, dia berasa gembira kerana ramai selebriti mula mengetengahkan mengenai kesedaran autism. Edrie mempunyai seorang anak autism yang bernama Darren Haikal yang kini berusia 15 tahun.
Menurut Edrie, Darren dilahirkan sempurna sifatnya dan amat comel sebelum hati dia dan isteri direntap dengan perkhabaran duka tentang masalah kecelaruan neurologi yang mengakibatkan gangguan perkembangan otak yang dihadapi anak kesayangan mereka.
“Saya sendiri pada awalnya sukar menerima kenyataan apabila Darren didagnosis mild mental retardation malah lama dia memujuk hati untuk menerima takdir tersebut dan optimis membesarkan anak lelaki sulungnya itu.
“Rasa macam menonton filem bila anak saya disahkan penghidap autisme dan jadi orang kurang upaya (OKU). Berkali-kali saya persoal tentang kesahihan keputusan kesihatan Darren.
“Darren dilahirkan sempurna, apabila jadi begitu memang saya tak dapat bayangkan perasaan saya ketika itu. Lama saya pujuk hati untuk terima kenyataan,” luahnya.
Menurut isteri Edrie yang merupakan vokalis kumpulan Candy iaitu Patricia Robert mendedahkan awalnya dia memilih untuk merahsiakan keadaan kesihatan dua anaknya iaitu Darren Haikal, 15, dan Dylan Haidar, 7, yang merupakan penghidap autism daripada pengetahuan umum.
Pat atau nama sebenarnya Nurul Nadhira Patricia Robert ini berkata, dia mengambil masa yang lama sebelum benar-benar bersedia berkongsi mengenai perkembangan membesarkan anak-anak istimewa itu.
Isteri kesayangan Edrie ini mempunyai sebab tersendiri dalam membuat keputusan untuk merahsiakan perkara tersebut.
“Mula-mula saya memang tak boleh terima anak saya adalah autism. Sebab itu saya sendiri tak pernah sebut apa-apa tentang anak terutama mengenai autism.
“Saya juga ada sebab tersendiri selain bimbang sekiranya satu hari nanti mereka pulih, dia akan malu jika orang tahu mereka autisme,” katanya kepada mStar.
Bagaimanapun, Pat berkata dia mula terbuka hati untuk berkongsi perkembangan kanak-kanak itu selepas berasa bimbang tindakan orang sekeliling yang tidak memahami situasi kesihatan dua anaknya itu.
“Mereka nampak seperti orang normal sahaja. Cuma tindakan mereka yang tidak normal membuatkan saya bimbang jika mereka dipukul.
“Sejak itu saya dan Edrie terfikir untuk dedahkan keadaan kesihatan mereka kepada umum.
“Mula-mula saya memang tak boleh terima sebab itu saya sendiri tak pernah sebut apa-apa tentang anak terutama mengenai autisme,”jelas Pat.
Dalam pada itu, Pat turut memuji ketabahan pelakon Zarina Zainuddin yang sentiasa berkongsi perkembangan dua anak kembarnya yang menghidap autisme menerusi laman sosial.
Kata Pat, apa yang dikongsi dramatis itu adalah tindakan yang betul dan memberi pendedahan kepada masyarakat.
“Saya memuji dan kagum dengan tindakan Zarina yang sering berkongsi mengenai anaknya di Instagram. Dia banyak memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit autisme ini.
“Bila tengok video dikongsikan Zarina, saya kasihan dan berasa sedih lihat dia dipukul anak sendiri. Saya faham situasi itu kerana saya juga melalui perkara sama,” ujarnya.
“Anak autisme ini seperti yang kita tahu, dia dengan dunia dia sahaja. Dia tak pedulikan dunia luar, maka kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan dan membawa mereka kenal dengan dunia luar sebagai cara untuk membiasakan diri dengan orang ramai.
“Jangan panik apabila anak autisme mengamuk dengan tiba-tiba dan jangan pedulikan pandangan masyarakat luar yang memandang sinis kononnya kita tak pandai jaga anak.
“Juga jangan kurung anak di rumah kerana tidak bagus untuk perkembangan minda mereka,” katanya yang adakalanya terpaksa memohon maaf kepada orang ramai jika anaknya itu mengamuk di tempat terbuka.
Biarpun terbuka berbicara tentang keadaan anaknya, Patricia mengakui timbul rasa sedih apabila ada kalangan masyarakat yang membanding-bandingkan Darren dengan anak normal lain.
“Sudah tentulah saya sedih apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan itu disahkan autistik. Malah saya paling tidak suka bila orang bandingkan Darren dengan budak normal kerana tidak adil baginya. Dia tak minta dilahirkan begitu dan menjadi OKU. Tipulah kalau saya tak kecewa tapi itulah tiket saya dan suami ke syurga,” luahnya.
Pat dan Edrie mendirikan rumah tangga pada 9 Februari 2002. Hasil perkongsian hidup selama 17 tahun itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Darren Haikal, 15, dan Dylan Haidar, 7.