
Kalau sebut nama Didi & Friends, hampir semua ibu ayah tahu betapa dekatnya kartun ni dengan dunia anak-anak. Dengan karakter comel Didi, Nana dan Jojo, ditambah pula dengan lagu-lagu yang mudah dihafal, memang jadi kegemaran si kecil.
Bukan sekadar hiburan, malah banyak nilai murni yang anak-anak boleh belajar daripada setiap episod bermula dengan amalan berkongsi, menolong kawan, sampai lah ke adab seharian. Betul tak?
Berita baik untuk semua keluarga! Dengan kerjasama Astro Fibre dan rancangan popular Didi & Friends Storytime, kini ibu ayah boleh bawa dapatkan
Router Edisi Terhad Didi & Friends secara percuma.Bayangkan betapa terujanya anak-anak bila nampak router internet di rumah yang berkonsepkan karakter kegemaran mereka. Bukan setakat comel untuk dilihat, tapi ada fungsi hebat untuk seisi keluarga.
Apa yang membuatkan router ni lain daripada biasa ialah reka bentuk bertemakan Didi, Nana dan Jojo yang penuh warna ceria. Saiznya kompak, tak makan ruang, malah bila diletakkan di ruang menonton TV, terus jadi “eye-catcher” dalam rumah.
Dekorasi pun nampak lebih fun dan mesra kanak-kanak yang menjadi satu sentuhan kecil yang mampu buat suasana rumah jadi lebih ceria.
Router edisi khas ni bukan sekadar hiasan. Ia direka khas untuk pastikan sambungan internet lebih stabil dan tanpa gangguan. Lagi best, ia dilengkapi dengan aplikasi Astro Fibre yang ada ciri parental control.
Jadi ibu ayah boleh hadkan masa skrin anak-anak, tak risau tentang penggunaan berlebihan internet. Di samping itu, ia boleh mengawal prestasi rangkaian WiFi dan senang untuk kongsi WiFi dengan tetamu dengan hanya imbas kod QR sahaja. Semuanya percuma tanpa caj tambahan.
Nak router edisi terhad ni tak susah pun. Dengan hanya langgan Astro Fibre 500Mbps pada RM90 sebulan, harga istimewa untuk pelanggan Astro, ibu ayah terus dapat router comel ni secara percuma.
Internet laju, anak-anak happy, ibu ayah pun tenang sebab rumah lebih terkawal. Pendek kata, memang berbaloi untuk satu keluarga. Bukan pelanggan Astro? Boleh langgan Astro Fibre 500Mbps bundle serendah RM139.99 sebulan untuk memiliknya.
Untuk maklumat lanjut, ibu ayah boleh layari laman web untuk ketahui lokasi terdekat bagi mendapatkan router edisi terhad ini. FYI, tawaran ini hanya tersedia di Astro Experience Stoee, Astro Exclusive Partners, dan premium kiosks Astro sahaja, sementara stok masih ada.