Nak didik anak lelaki ini kena ada caranya. Tidak sama dengan didikan dengan anak perempuan.

Nak tahu tip didik anak lelaki cara orang dulu-dulu, ustazah ini kongsikan caranya. Moga jadi panduan untuk kita mendidik anak-anak dengan istiqomah dalam era digital yang mencabar ini.

Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan dihormati masyarakat.

Didik Anak Lelaki Ada Caranya, Tak Sama Dengan Anak Perempuan. Ustazah Ini Kongsi Tip Elak Kesalahan Mendidik Ini.

Didikan Anak Lelaki Berbeza 

1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri perjalanan hidup Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan yang sangat disegani dan ada yang dikumpulkan dalam kelompok ulama negeri kelantan.

Subhanallah..Terasa kerdilnya diri ini. Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung. Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.

2. Susah

IKLAN

Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.

Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang daif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan. Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong. Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.

3. Damping

Didik Anak Lelaki Ada Caranya, Tak Sama Dengan Anak Perempuan. Ustazah Ini Kongsi Tip Elak Kesalahan Mendidik Ini.

IKLAN

Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa? Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah” Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.

Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya. Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.

4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa

Didik Anak Lelaki Ada Caranya, Tak Sama Dengan Anak Perempuan. Ustazah Ini Kongsi Tip Elak Kesalahan Mendidik Ini.

IKLAN

Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.

Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.

Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.

5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan. Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.

Sumber: Aminah Mat Yusoff Yusoff

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI