Sering kali kita mengaitkan urusan kerja rumah dengan kaum wanita. Tidak hairanlah jika kebanyakan ibu bapa hanya meminta anak perempuan yang melakukan kerja rumah dibandingkan anak lelaki.
Seharusnya anak lelaki tidak dibiarkan menjadi ‘raja’ di dalam rumah. Sedari kecil seharusnya dididik supaya besar kelak mereka tahu akan tanggung jawab di dalam rumah. Mungkin ada yang bagi masih menganggap ‘orang perempuan duduk di rumah, orang lelaki cari duit di luar’.
Tapi hakikatnya pandangan sedemikian sudah tidak lagi relevan dengan zaman sekarang. Lihat sajalah berapa ramai graduan di kalangan orang perempuan dan pekerjaan yang memerlukan kemahiran wanita di luar rumah.
Justeru, bukan sesuatu yang ‘pelik’ andai anak lelaki rajin dan ringan tulang di dapur misalnya kelak apabila sudah memegang status ketua keluarga, isterinya akan lebih bahagia dan bersyukur dikurniakan suami yang suka membantu.
Sekalipun anak perempuan melakukan kerja-kerja rumah dengan sukarela, anak lelaki juga tidak boleh ketinggalan dilatih untuk menjadikannya satu kebiasaan – bukan sekadar pada hari-hari yang penting atau istimewa.
Dengan kata lain, tak kira anak lelaki atau anak perempuan, dua-dua pun kenalah rajin kan? Nah, hadamkan perkongsian dari saudara Ariff Ismail ini. Moga bermanfaat untuk semua ibu bapa di luar sana.
JANGAN AJAR ANAK LELAKI JADI PONDAN
” Kakak tolong mama masak, kejap lagi tolong jemur baju, lepastu kain yang dah kering, lipat susun dalam almari “
Rata rata keluarga dalam masyarakat memang akan menitik berat supaya anak perempuan tahu urus soal rumah tangga. Manakala yang lelaki diajar supaya jadi ” King “.
Maka keluarlah dialog :
” kau nak jadi ape? perempuan tak reti masak, tak tahu kemas rumah, besok besok dah besar nak kahwin ape pun kau tak tahu “. Bebel mak nya.
Ads
Itu ayat yang biasa mak mak zaman dulu keluar bila membebel perihal anak perempuan. Memang setiap kerja rumah atas bahu anak perempuan.
Anak lelaki kita lebih ditugaskan untuk bertukang, beli barang dan lain lain kerja luar. Itu yang bila dah besar, bini suruh pergi pasar pun tak kenal ikan, tak tahu rupa sayur. Suruh beli lengkuas bawak balik halia. Hahaha ? kau ingat lawak?
Jom ubah sikit cara didikan anak lelaki, jangan letak dalam kepala anak lelaki tak perlu tahu cara urus rumah tangga.
Benda boleh ubah kita ubah. Cukup lah bila suruh kami golongan bapak zaman sekarang ni tak tahu buat.
Kita ajar cara urus rumah tangga bukan nak ajar anak lelaki jadi pondan. Tak salah ajar ilmu memasak, mengemas dan mengurus rumah kat anak jantan kita. Nanti depa tahu buat, kita juga yang senang.
3 cara didik anak lelaki urus rumah tangga :
1. Kemas Rumah
Ads
Perkara paling asas perlu di didik dari kecil, ajar anak lepas makan basuh pinggan, lepas mandi masuk baju dalam bakul, lepas main kemas barang, susun semula barang pada tempat nya.
Resam anak jantan ni, lepas makan tinggal je, lepas mandi baju bersepah. Bilik tidur selimut tak kemas, cadar tak betul kan. Sikap ” king ” ni boleh diubah. Bila kita ajar dari kecik sampai ke besar lah mereka akan ikut.
Bila hujung minggu, galakan anak untuk gotong royong basuh toilet, sapu rumah, mop lantai. Jangan manjakan anak dengan kita yang jadi bibik mereka.
2. Pergi Pasar
Kenalkan barang basah dan kering pada anak, jangan fikir ala anak kecik lagi tak perlu tahu. Kalau kita fikir macam tu, memang sampai besar lah dia tak tahu.
Ajar anak beli ikan dan sayur di pasar. Macamana nak tengok ikan tu segar lagi atau tidak. Tunjuk jenis ikan pada mereka, tak da lah besar nanti suruh beli ikan kembong dia bawak balik ikan selar.
3. Masak
Ads
Bab ni sangat penting untuk ajar anak kita, ajar masakan asas yang mudah untuk mereka ingat. Ajar macamana nak goreng ikan, goreng nugget, buat nasi goreng. Benda paling simple ajar mereka masak nasi dan goreng telur.
Bukan kita nak ajar dia masak nasi beriyani, tu dah advanced sangat. Bila ajar masak kenalkan pada anak jenis bawang, garam, gula, kunyit. Kunyit ni pesan siap siap kau jangan dah besar mengunyit pulak.
Inshaallah, bila kita dah ajar perkara asas memasak ni, takda lah nanti bila kita outstation ke ada event, anak duk makan maggi je kat rumah.
Semudah ABC dan Alif Ba Ta sahaja nak didik anak lelaki ni supaya jadi lebih bertanggungjawab dan tahu urus rumah tangga. Ajar mereka 3 langkah diatas, jangan hanya focus ajar anak perempuan sahaja bab bab bantu kita urus rumah.
Teringat zaman kecik dulu, saya duk membebel kat arwah mak bila kena masuk dapur, ikut pergi pasar dan belajar masak. Bila dah besar baru tahu ini lah ilmu paling berharga yang mak ajar. Terima kasih mak atas didikan yang di beri.
Dalam keluarga saya memang tak kira lelaki ke perempuan tetap kena buat kerja rumah. Gambar dibawah anak sedara saya umur baru 12 tahun dah boleh masuk dapur, kemas rumah, dan jaga adik.
– Ariff Ismail –
#family
#ayahanak1
#keluargabahagia
#doublefbrothers
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebaik anak masuk ke dunia persekolahan, banyak perkara yang anak-anak perlu menghafal. Tidak terkecuali anak-anak perlu menghafal beberapa surah seperti yang diarahkan oleh guru setiap minggu.
Bukan mudah anak hendak menghafal namun ini tip yang dikongsikan oleh Pn Hanis Athirah Rusli bagi memudahkan ibu bapa mengajar anak-anak.
1. Niat dan doa kepada Allah semoga dipermudahkan kita mendidik anak dan semoga mendapat keredhaan Allah sentiasa. Doa yang dipanjatkan bukan satu perkara sampingan tapi antara tunjang kekuatan untuk anak kita berjaya menghafaz Al Quran.
2. Wujudkan suasana menghafal yang konsisten, sekejap pun tak mengapa. Kalau boleh tiap-tiap hari sentiasa konsisten. Otak anak seperti span yang mudah menyerap, ulang dan ulang setiap hari.
3. Bila sudah cuba, tapi anak masih lagi tak dapat-dapat, jangan putus asa. Usaha lagi dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan kita dalam menghafal surah dalam Al Quran. Perkara baik, yakinlah bahawa Allah akan berikan pertolongan.
4. Ulang secara santai bacaan surah anak. Semasa mereka bermain boleh, semasa jalan-jalan hirup udara segar dengan mereka pun boleh. Tidak ada jalan pintas, yang penting ulang banyak kali. Saya juga suka selitkan penceritaan kepada anak-anak. Barulah mereka faham dengan lebih mendalam apa yang mereka baca dan hafal.
5. Pasang audio Al Quran di rumah semasa anak berada dalam keadaan yang tenang. Boleh juga selang selikan dengan bacaan doa dan zikir. Boleh juga guna headphone untuk menambah keterujaan sambil mereka bertambah fokus anak untuk mendengar bacaan surah.
6. Tasmik dalam keadaan anak dan diri kita berada dalam keadaan tenang. Memarahi atau membentak langsung tidak membantu tapi dapat memalapkan terus niat mereka untuk mendalami ilmu Al-Quran. Sebagai contoh, boleh lakukan dalam kereta ketika dalam perjalanan ke sesuatu destinasi. Anak-anak lebih tenang dan fokus serta tiada medium lain yang boleh mengalih perhatian mereka.
7. Dalam kelancaran anak untuk menghafal, rendahkan expectation dan kurangkan perbandingan. Tanam dalam minda, setiap anak berbeza progress masing-masing. Fokus kelebihan mereka bukan kelemahan. Yang penting nilaikan proses bukan hasilnya.
8. Banyakkan bersabar. Menegur boleh tetapi gunakan suara yang tenang saja. Jangan masukkan emosi sehingga menengking anak. Ambil masa, tegur secara berulang dengan sabar lebih baik insyaAllah lebih berkesan. Tunjukkan cara bacaan yang betul, biar anak nampak mulut kita untuk sebutan huruf yang tepat.
9. Tidur adalah satu aktiviti yang kita lakukan setiap hari dan dalam sehari kita semua akan menghabiskan satu pertiga masa dengan tidur. Buat persediaan sebelum tidur, jadikan rutin mengalunkan ayat suci Al Quran sebelum tidur. InsyaAllah, bila dah menjadi kebiasaaan anak akan mudah mengingati surah lazim yang dibaca bersama.
10. Jaga pemakanan anak-anak dan pastikan mereka makan dari sumber rezeki yang halal. Elakkan makan ringan dan amalkan banyak makanan sunnah seperti madu, kurma, delima dan sebagainya.
Tak perlu rushing sangat untuk hafal semua surah, relaks-relaks janji usaha untuk praktiikan selalu. Yang seronok, bukan anak je boleh menghafal, kita pun boleh.
Yang baik itu datang daripada Allah, yang tidak baik itu adalah atas kesilapan dan kekhilafan saya sendiri. Maaf yaa atas yang kurang. Semoga bermanfaat insyaAllah.
Sekali sekala makan sardin bagus juga, memandangkan mudah dimasak dan enak juga rasanya. Llagi-lagi jika sardin tersebut dimasak sambal menggunakan cili padi, memang ‘power’ rasanya dan boleh terliur jadinya. Makan pula dengan nasi panas, memang tidak pandang kiri dan kanan.
Jadi andai kata anda buntu nak masak apa hari ini, jom kita masak sambal sardin yang dikongsikan resipinya oleh Linda Mohd ini yang mendapat perhatian warganet hingga di share 2.4K.
Ini perkongsiannya.
Guna sardine ni, entah lah..guna apps untuk beli dia bagi yg ni, biasa yang sos tomato saja. ini dengan cili. Biasa botan sedap, tapi tak kisah guna sardine apa..janji sardine, bukan tuna
Kalau perempuan melayu terakhir, dia guna lesung tumbuk-tumbuk.. saya bukan perempuan melayu terakhir, sebab masih ramai perempuan melayu dekat malaysia, so i pakai manual chopper. Katang bahu baq hang
Bahan-bahan: bawang merah, bawang putih, cili api dan cili merah besar
Cara Memasak :
1.Goreng sardine dulu, jangan lupa pakai helmet. Letupan nya tak boleh bawak bincang, macam letupan kemarahan bila bergaduh laki bini lah
2. Lepas tu goreng kentang bagi layu.
3. Kemudian tumis bahan chopper tadi bagi garing, takde air lesung, ada air chopper je
Masak jangan garing sangat nanti tukar nama jadi sambal garing sardine atau sambal hangus sardine. Time ni perasakan terus dengan garam gula dan pak aji kalau pakai. Cukup rasa pun boleh pakai.
4. Sudah siap boleh dihidangkan, makan nasi panas-panas. Boleh perah limau nipis, untuk rasa lebih padu beb
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Daun pisang banyak digunakan dalam penyediaan kuih dan masakan. Antaranya sebagai pelapik nasi lemak yang bukan sahaja selamat digunakan malah memberi aura bau wangi selain rasa yang menyelerakan.
Bagi yang tinggal di kampung tak hadapi masalah untuk mendapatkan daun pisang dibandingkan dengan yang tinggal di bandar. Jadi, nak tak nak kenalah tahu cara menyimpan daun pisang supaya tahan lama. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian oleh Ellyin Tan ini.
Dapat daun pisang ni byk dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.
Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai. Rendam dlm air selama 30 minit. Kemudian toskan atau sejat air sekejap.
Masukkan dlm beg plastik dan simpan dlm peti sejuk. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di