Penyanyi Kumpulan Hujan, Noh Salelh semalam memuat naik satu gambar dalam kapal terbang bersama isteri ke Syria. Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, dia dan Mizz Nina terbang ke Turki bagi memulakan misi Ramadan Cinta Syria Malaysia yang kedua.
Ini bukanlah kali pertama pasangan ini mengikuti misi bantuan tersebut. Malah pasangan ini aktif menjalankan aktiviti amal.
Dalam perkongsian tersebut, Noh berterima kasih kerana diberi kepercayaan mengagihkan bantuan rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang memerlukan di sekitar sempadan Turki iaitu rakyat Syria dan Lubnan.
Dalam masa yang sama, dia meminta doa peminatnya agar perjalanan mereka selama 14 hari selamat dan dipermudahkan.
Ads
“Kami dah nak boarding menuju ke Turkey memulakan misi Ramadan @cintasyriamalaysia yang ke-2 . . Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan bantuan anda kepada saudara kita yang memerlukan di sekitar boarder Turkey, dalam Syria dan Lubnan.
“Make sure korang follow follow aktiviti harian kami melalui instastory dan sebagainya so korang nampak kemana arah tuju bantuan yang korang sumbangkan.
Ads
“Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, إن شاء الله jumpa di syurga. Sayang korang!” Tulisnya.
Orang dulu-dulu suka berpesan kalau kedekut sekali pun, bab makan jangan berkira.
Umumnya setiap makanan yang berkhasiat dan enak seperti yang kita tahu kebanyakkan harganya sedikit mahal. Namun demi keluarga tercinta, apalah salahnya sekali sekala diraikan selera dengan menjamu hidangan yang istimewa.
Pun begitu, jangan pula hingga membazir dan makanlah mengikut keperluan. Apabila tekak anak-anak teringin hendak merasa sesuatu dan kita tahu kita mampu untuk membelinya, mengapa tidak dibeli?
Ikuti juga perkongsian daripada Farizal Radzali berkenaan jangan berkira bab makan ini dan semoga ianya bermanfaat.
Bab makan, jangan berkira. Kalau nak kedekut bab lain takpe, tapi jangan sesekali kedekut bab makan.
Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, dok rumah setinggan, hidup susah. Tapi bila ada tetamu jauh datang rumah, mak akan suruh saya atau adik, perlahan-lahan pergi ke kedai Uncle Maniam kat belakang rumah. Mak suruh ambil biskut sikit, cakap kat kat uncle Maniam, nanti mak bayar kemudian. Uncle Maniam tu pun dah kenal sangat dengan kami. “Ada orang datang rumah ye?” Sebab mak takkan nak ambil biskut mengejut macam tu. Mak mesti bayar baru ambil.
Tapi zaman tu, semua orang berbaik tak kira kaum. Uncle tu akan bagi, kadang-kadang dia kata tak payah bayar pun. Baik uncle tu.
Kalau kita selalu bancuh air tawar, bila ada tetamu datang, lebihkanlah gula. Jangan bagi air tawar pada tetamu. Letakkan air kosong sebekas supaya tetamu yang taknak manis boleh tambah air kosong ikut selera dia.
Nak bersedeqah pun, dulukan bab makan. Sedeqahlah makanan kepada orang-orang yang memerlukan. Makanan menjadi darah daging. Moga ia menjadi jariah.
Kalau teringin nak makan sesuatu, usahakanlah.
Kadang-kadang bila anak-anak minta makanan, kita akan berkira-kira takut duit tak cukup. Yang tak mampu, itu lain. Ini saya merujuk kepada yang mampu tapi rasa perkara itu tak penting. Kita rasa ada perkara lain yang lebih penting. Atau kita rasa makan je la apa yang ada asalkan kenyang.
Cubalah untuk tidak menjawab ‘nanti lain kali’ kat anak-anak hanya untuk mendiamkan mereka dari terus meminta. Sebab mereka akan menanti dan terus menanti, hingga akhirnya mereka kecewa.
Jangan hampakan sesiapa bab makanan. JANGAN.
Jika tak mampu, jelaskan sebaiknya. Jangan bagi harapan.
Jika mampu, jangan kedekut. Tunaikanlah. Selagi kita kedekut bab makanan, selagi itulah kita akan rasa duit tak pernah cukup.
Ada seorang klien kami, dia kaya banyak duit tapi kedekut. Ada seorang isteri dan seorang anak. Orang nampak dia kaya, tapi waktu rehat makan mee segera. Anaknya dalam seminggu tu mesti 2-3 kali akan makan nasi dengan telur je. Tapi duit kat bank, 5 angka. Kereta mewah, rumah bagai istana. Tapi bab makan, kedekut. Sampaikan si anak menangis nak makan KFC pun tak dapat. Sebab padanya itu tak penting. Akhirnya dia mati kerana sakit jantung akibat kuat bekerja. Duit banyak tapi bab makanan dia kedekut. Sampai anak dan isteri ‘makan hati’.
Bab lain boleh kedekut, tapi tidak bab makan. Selagi mampu.
Sumber : Farizal Radzali
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa, Ini Tip Penting Pakar Psikiatri Kongsi
Memiliki anak istimewa pastinya bukanlah suatu ‘perjalanan’ yang mudah. Anggota keluarga perlu menjadi pendidik terbaik untuk anak-anak istimewa ini. Apabila anggota keluarga sendiri mempunyai kefahaman yang baik tentang keadaan anak istimewa, akan lebih mudahlah masyarakat memahami mereka.
Anak-anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni. Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadiran anak istimewa. Sebab itulah sokongan daripada masyarakat dan orang sekeliling amat diperlukan bagi melancarkan urusan ibu bapa yang terpilih ini.
Melalui hantaran pakar psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria dilaman media Facebooknya, beliau berkongsi tip khas buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa.
10 TIP UNTUK IBU BAPA YANG MEMILIKI ANAK ISTIMEWA:
Tip ini khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan sama ada Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), disleksia, autisme, kecacatan intelek, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.
1. Belajar
Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, sama ada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.
2. Daftarkan
Bagi anak yang sudah/akan bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah. Ini penting untuk bagi memastikan anak mendapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/kemasukan ke pendidikan khas.
3. Sekolahkan
Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) sama ada kekal di aliran perdana, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.
4. Betulkan perspektif
Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, apa yang anda lalui ini mungkin akan menjadi kenangan yang manis untuk anda.
5. Berkompromi
Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada ketikanya anda terpaksa mengalah bila mereka tidak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.
6. Jangan abaikan sisi positif
Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga anak anda, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali anak membuat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.
7. Jaga diri
Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.
8. Jaga rutin
Tetapkan rutin yang konsisten seperti waktu makan, bermain, tidur, dan keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.
9. Bersifat realistik
Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autisme, dileksia dan masalah pembelajaran, jangan paksa mereka jadi jurutera/doktor/arkitek bila besar nanti. Biar mereka terokai minat dan kemampuan mereka.
10. Cipta makna kejayaan sendiri
Cipta makna kejayaan untuk anak anda. Sebagai contoh, seorang ibu perlu realistik dan berpada dengan meletakkan tanda aras berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tidak menjadi pelajar harapan sekolah pun tidak mengapa. Raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.
Selalu bersangka baik dengan ALLAH. Setiap yang diatur oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan berputus asa untuk terus berdoa, agar ALLAH pelihara anak-anak ini ketika kita masih ada dan bila kita sudah tiada lagi di dunia ini, anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga.
Amalan minum air rebusan herba memang diakui telah lama disarankan oleh orang tua-tua untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan. Antara banyak-banyak minuman herba tersebut, salah satunya adalah minum air rebusan daun manggis.
Apa istimewanya minum air rebusan daun manggis?
Sebenarnya banyak petua dan cara rawatan alternatif yang boleh diamalkan dalam usaha menyembuhkan penyakit yang dialami. Ini diakui sendiri oleh Puan Zuriaty apabila melihat perubahan yang positif pada tahap kesihatan suaminya setelah mengamalkan minum air rebusan tersebut.
“Buah Manggis bukan saja enak dimakan tapi rupanya daun manggis ni banyak khasiatnya. Ini antara amalam suami saya sejak beberapa bulan yang lalu dan Alhamdulillah kencing manis ,kolesterol dan sengal sengal badan semakin ada peningkatannya. Jadi saya nak kongsi dengan kawan kawan semua semoga memberi manfaat. Insyallah”–Zuriaty Hj Musa
Bahan-bahan:
10 helai daun manggis
4 gelas air
Periuk tanah
Cara caranya
1. Daun manggis direndam selama 10 minit dalam air garam.
2. Carik carikkan daun manggis, lagi halus lagi bagus.
3. Masukkan 4 gelas air di dalam periuk .
4. Masukkan semua daun manggis tadi yang telah direndam air garam.
5.Renehkan di atas api yang sangat perlahan. Reneh sehingga air tadi jadi separuh.
6. Reneh sehingga airnya bertukar menjadi kemerah-merahan. Kemudian tunggu sejuk barulah ditapis. Buang daunnya. Airnya disimpan dalam bekas dan simpan di dalam peti air untuk mengelakkan dari rasa masam. Ekstra info :
1. Setiap pagi minum suku cawan . Hangatkan terlebih dahulu
2. Minum 1 gelas air suam
3. 15 minit kemudian barulah sarapan pagi
Nahas pelajar UiTM Dungun, Muhammad Ammar Danish sebak ingat kenangan manis bersama rakan. Muhammad Ammar Danish juga mengakui tidak begitu ingat bagaimana kemalangan itu berlaku.