“Dipukul Setiap Hari Hanya Sebab Makan Lambat, Tak Nak Makan, Kenyang” Pemilik Video Tampil Kongsi Cerita

Share

Susulan video miliknya tular, pemilik video di mana seorang wanita dilihat memukul kanak-kanak berusia 4 tahun kerana enggan makan tampil menceritakan situasi di rumah berkenaan.

Menerusi satu video baharu yang dimuat naik Aqiel, selebriti TikTok itu mengakui bahawa memang dia sendiri yang merakam video berkenaan dengan niat untuk menularkannya kerana tidak tahan melihat kanak-kanak itu didera.

Aqiel yang bekerja dengan wanita berkenaan berkata, dia melihat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Alia, didera dan dipukul hampir setiap kali waktu makan berpunca daripada alasan yang tidak munasabah.

Ya, saya yang merakam video itu secara senyap-senyap.

Saya dan kawan saya empat orang, duduk di rumah itu dan berkerja.

Kami dah tak tahan tengok Alia dipukul sebegitu setiap kali makan… bukan dipukul sebab nakal… Alia dipukul setiap hari hanya disebabkan makan lambat, tak nak makan, kenyang.

@theaqil7 #justiceforalia ♬ original sound – AQIEL

Menurut Aqiel, dia dan rakan-rakan membuat keputusan untuk merakam dan menularkan video tersebut bagi mendapatkan keadilan buat kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, Aqiel juga memaklumkan bahawa Alia diambil sebagai anak angkat dalam keluarga tersebut kurang daripada setahun iaitu sekitar bulan Februari, tahun ini.

Buat laporan polis

Selain itu, Aqiel difahamkan bertindak merakam video tersebut tanpa pengetahuan majikannya sehari sebelum mereka membuat laporan polis.

Aqiel serta rakan-rakan telah mendapatkan bantuan orang luar untuk membawa mereka keluar daripada rumah tersebut dan ke balai polis bagi membuat laporan.

Semalam saya dah buat report dekat IPD Kajang, saya dan kawan saya 4 orang semua pergi sekali.

Pada pukul 4 pagi, pihak polis telah membuat serbuan di rumah pelaku dan tangkap mereka.

Saya dan kawan-kawan saya akan bertarung sedaya upaya bagi mendapatkan keadilan buat Alia.

Pelaku sudah ditahan

Setakat ini, pasangan suami isteri berusia 28 dan 30-an telah ditahan dan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.

Susulan daripada itu, perakam yang juga merupakan TikToker terkenal telah membuat penjelasan mengapa dia dan beberapa orang rakannya berani melaporkan kegiatan jahat pasangan tersebut kepada pihak polis.

Sumber : @theaqil7

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini

 

IKLAN