Membaca luahan hati yang ditulis oleh Puan Norliza Husain yang juga disahkan mengidap kanser fibromatosis kaki kiri, cukup menyentuh hati.

Walau diuji, namun tetap sabar. Ikuti kisahnya itu.

Bismillahirohmanirohim..

Norliza Bt Husain Itu adalah aku..
Apa yang terjadi dalam kehidupan aku..sudah tertulis..sudah tercatat..

Dari kecil lagi..aku sudah diuji dengan airmata kesabaran..ya bagi aku mungkin sukar untuk diucapkn disini..”APA”..cukuplah Allah mengetahuinya..bagaimana aku melaluinya..

Tapi semua itu telah berlalu..walaupun sampai hari ini..aku masih juga ada lagi rasa kesedihan itu..tpi aku pujukkan hati dengan perkataan “SABAR”.. Dahulu peneman setiaku..adalah novel-novel yang sentiasa ada dengan aku..memang aku suka membaca menulis…hobi aku meluahkan segala isi hati aku ..dengan tulisan aku melalui puisi-pyisi..cerpen-cerpen yang aku karang sendri..

Kadang terfikir juga aku..Orang kata kalau waktu muda..selalu susah sedih..mungkin tua nanti akan senang, akan elok kehidupan orang tu..mungkin ada benar..atau mgkin kebetulan..semua itu adalah KetentuanNYA…ajal maut rezeki semua ditangan Allah..kita hanya mampu merancang..Allah yang menentukan..

Kalau diingat balik dahulu..orang kata ada duit dalam bank besa ada 20.00,boleh ambik 10.00..tapi aku. Ada berapa ringgit ja..ada orang kata ada duit 5.00 ja dalam poket..tapi aku besa tak dak ringgit..ada sen ja..

Ingat lagi masa tu..aku kutip semua syiling-syiling 5 sen..perguli tukar kat kedai..tak silap dapat dalam 5 @ 6 ringgit..untuk beli beras sekilo..dengan gula.
Aku tak malu langsung..sebab aku fikir..memang aku tak dak pun..nak malu buat apa..

IKLAN

Bila diingatkan balik memang susah..sedih aku fikir balik semua tu..bila kita sakit. tak boleh nak buat kerja..harap suami seorang…padahal duit nak guna banyak untuk rawatan..

Disahkan Mengidap Kanser. Wanita Ni Cepat-cepat Pujuk Hati Dengan Sabar!

Zaman la zaman yang semuanya mahal…
Dengan kekerapan aku ke husm,kubang kerian kelantan untuk rawatan memang tak dan..mungkin orang tak lalui..tak akan taw…
sakit bukan dipinta..Allah yang bagi..tak semua orang mampu mengharungi..begitu juga aku..
Kadang aku rasa..aku tak larat sangat…letih sangat.tapi aku cepat-cepar pujukkan hati..”SABAR”..

Allah uji sebab Allah sayang..Hang kenalah Kuat..’hang rasa ..hang teruk..ada orang lagi teruk pada hang”
Itulah Kehidupan..mungkin orang diuji dengan kesakitan dan kesusahan..tapi diberikan kebahagiaan kasih sayang..ada org diuji dengan kemewahan..kekayaan..tapi diberikan ujian..kekurangan masa serta kasih sayang..kerana kesibukan untuk mencari rezeki..
Itulah UJIAN…yang mungkin diuji pelbagai cara..tanpa kita sedar..

Disahkan Mengidap Kanser. Wanita Ni Cepat-cepat Pujuk Hati Dengan Sabar!

Sememangnya aku nak sihat..aku tak mau benda tu mai balik..aku sakit lama dah..bilik ot ni..berkali-kali masuk..cuma yang tak bleh aku lupa masa lepas aku sedar dari koma..masa tu doktor bagi satu alat..kat tangan..kalau sakit tekan..taw ubat apa..mofin..memang aku sakit sangat..yang aku tak taw nak cakap..kira nak tekan..bila tekan aku jadi “GILA”..

IKLAN

Disahkan Mengidap Kanser. Wanita Ni Cepat-cepat Pujuk Hati Dengan Sabar!
Aku akan nampak macam-macam ..aku nampak kain sutera depan aku dok terbang..aku nampak kanji yang ada carot kat atas kepala..aku nampak ulat besar-besar..didepan aku..paling tak leh lupa..aku pejam nampak bentuk otak ..eeerr. bukan nak bagi apa..doktor nak bagi hilang rasa sakit..kuatnya mofin tu..

Disahkan Mengidap Kanser. Wanita Ni Cepat-cepat Pujuk Hati Dengan Sabar!

Kalau nak bayangkan balik kesakitan yang aku rasa..beginilah keadaan tulang kering kaki aku yang dipotong..yang diganti tulang kecil kaki kanan aku dulu..sekian lama..semalam aku dapat snap juga dari meja doktor..

Camna aku rasa…aku sendiri tak boleh bayangkan kesakitan yang aku tanggung..doktor buat camtu..kerana nak selamatkan kaki aku dari kena potong..dan hospital sg.petani trnfer ke HUSM..Kubang Kerian Kelantan..walaupun cara itu juga mungkin dalam kajian..tapi seksanya melibatkan dua-dua kaki..

Sesungguhnya berat mata kita yang memandang, pastinya berat lagi bahu Puan Norliza yang menanggungnya. Oleh itu, untuk meringa beban keluarga ini bolehlah salurkan bantuan.

IKLAN

Disini disertakan akaun bank untuk yang ingin menderma.

Akaun Maybank : 102055018475

Norliza Bt Husain

No tel: 0175202434

Sumber : Chintaa Akmalnyza

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI