Peringatan yang diberikan oleh doktor berkenaan trend baru-baru ini berkenaan tindakan ibu ayah berkongsi gambar, nama dan nombor akaun semata-mata untuk mendapatkan tawaran duit raya, wajar digentijan dan diambil serius keputusan tersebut.
Diharapkan dengan perkongsian tersebut, selepas ini tidak ada lagi ibu ayah begitu mudah ‘menceroboh’ priversi anak-anak. Ini penting untuk keselamatan anak mereka juga.
Saya sangat tidak selesa dengan satu trend terkini. Semalam ada yang minta orang ramai kongsi nama anak dengan menawarkan duit raya sebagai ganjaran. Hari ni ada guna taktik sama minta gambar anak pula.
Tak sangka ramai pula yang kongsi gambar anak-anak mereka. Kenapa ada yang tega kongsi nama, gambar anak, serta nombor akaun bank, sedangkan orang yang meminta tu mereka tak kenal pun?
Ads
Saudara-saudari, di dunia ini ada orang baik, dan ada juga segelintir yang sentiasa mencari peluang atas kebaikan orang. Bukan suruh kita buruk sangka, tapi kita haruslah sentiasa berwaspada.
Ads
Jadi, berhati-hatilah. Anak-anak tak tahu apa. Tugas kita adalah untuk melindungi anak-anak. Termasuk lindungi privasi mereka. Bukan sekadar lindungi mereka dari ancaman fizikal sahaja.
Kita yang dewasa ni, jika wajah dan nama kita dijaja oleh ibubapa kita kepada orang yang tidak dikenali, demi dapatkan sedikit duit raya, mesti kita pun tak selesa, kan?
Ads
Marilah kita berpesan-pesan hal ini.
Semoga Tuhan lindungi kita dan anak-anak kita dari helah, tipu daya dan ancaman yang kita tidak sedari.
Tahukah anda bahawa kasih sayang seorang suami kepada isteri mempengaruhi kederasan rezeki itu sendiri? Hakikatnya ia benar. Rezeki akan melimpah ruah apabila rumahtangga itu bahagia dan saling melengkapi.
Berikut 4 perkara yang harus seoang suami ambil peduli agar lebih mencintai isterinya, supaya rezeki akan mengalir deras!
Kawan-kawan yang disegani, apabila kita sayang dan jatuh cinta kepada seseorang, maka semakin besarlah rasa tanggungjawab kita kepada orang itu. Dan begitulah bagaimana indeks kasih sayang ini mempengaruhi rasa tanggungjawab seorang suami untuk memberikan yang terbaik buat isterinya.
Suami yang mencintai dan menyayangi isteri sepenuh hatinya akan bekerja keras, luar biasa keras dan rajin semata-mata untuk membuatkan isterinya bahagia. Jangan salah faham. Si isteri bukan mata duitan, tetapi itulah untuk mencukupkan segala keperluan rumahtangga itu sendiri. Oleh sebab harga barang yang melambung-lambung tinggi dan sebagainya, lebih banyak wang yang diperlukan. Kan?
Berbeza pula dengan suami yang rasa sayangnya kurang terhadap si isteri (mungkin dipaksa kahwin?), mencari rezeki untuk keluarga dirasakan sebagai satu beban yang tidak diingini. Dan sebanyak mana pun rezeki yang diberi Tuhan, si suami seringkali tidak mahu berkongsi untuk keperluan ahli keluarganya.
Kawan-kawan, saya ada satu soalan. Siapa yang memberikan kita rezeki? Ya, tepat sekali! Allah! Maka untuk melancarkan kederasan rezeki, apa yang kita perlukan cuma lah kasih sayang dan rahmat Allah.
Apabila suami mencintai isteri dan isteri mencintai suami dengan sepenuhnya, bukankah itu akan mendatangkan rahmat Allah untuk menyelimuti rumahtangga itu? Bahkan nilai gaji yang sedikit pun akan dirasa cukup malah melimpah ruah untuk sebuah keluarga apabila mendapat kasih sayang Allah.
Apabila si suami pergi bekerja, mereka sebenarnya memerlukan daya fokus yang tinggi untuk menjadi produktif. Dan bagaimana mungkin dia menjadi produktif di tempat kerja atau pejabat apabila dia membawa hal-hal peribadi dan rumahtangga ke dalam pejabat.
Bayangkan sahaja, konsentrasi terganggu disebabkan pertengkaran, pergaduhan dan perkelahian dengan pasangan. Apabila daya produktiviti si suami menurun, berkemungkinan besar majikan tidak menyukainya dan akan memberhentikannya.
Bagaimana untuk mendapatkan ketenangan ini? Mudah sahaja. Apabila si suami benar-benar mencintai isteri, banyak perkara-perkara dan pertengkaran kecil yang remeh dapat dielakkan. Justeru, produktivitinya di tempat kerja tidak terganggu.
Sebenarnya, inilah perkara yang paling penting untuk merasakan derasnya aliran rezeki. Rezeki tidak terasa banyak apabila gaji bertambah, tetapi rezeki akan terasa banyak apabila kita merasa cukup.
Apabila seorang suami itu benar-benar menyayangi isterinya, maka dia akan mudah untuk merasa cukup dengan apa yang dimiliki olehnya. Dia tidak akan mencari kebahagiaan yang lain, kerana dia tahu, isteri dan keluarganya sudah cukup membahagiakannya.
Siapa sangka, dari sakit biasa akhirnya berubah menjadi kronik. Akui empunya diri, sejak dulu lagi kakinya tidak kuat, selalu lenguh-lenguh dan sakit dalam tulang sentiasa berdenyut-denyut.
Sehinggakan naik ketumbuhan pada tulang kering kaki kiri, tetapi Norliza Hussain hanya membiarkan. Sehinggalah ketumbuhan itu semakin membesar, apabila dia rujuk ke hospital, doktor mencadangkan supaya melakukan pembedahan. Usai pembedahan, bukan semakin baik malah semakin membesar. Jadi, dia kena lakukan pembedahan lagi.
“Sebenarnya kali saya dah lama sakit. Malah, setakat ini sudah 5 kali saya melakukan pembedahan. Yang pertama dan ke dua di hospital Alor Setar, Kedah. Manakala yang ketiga masa tu teruk. Hospital Sungai petani pindahkan ke HUSM kubang kelantan, terus masuk pembedahan dan makan masa 23 jam.
“Tulang kering kaki kiri terpksa dipotong dan diganti tulang kecil kaki kanan. Hampir dua tahun saya tak boleh jalan. Malah,dalam tempoh itu, saya terpaksa ulang alik Husm Kubang Kerian kelantan, semuanya kos yang tinggi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun Norliza memiliki semangat yang cukup kuat. Biarpun dirinya sedang sakit, namun demi mencari sumber pendapatan, dia membuat kerja meniaga nasi lemak. Selain itu, dia juga menjual sos, tudung dari rumah ke rumah.
“Walau bertongkat dua, masak atas kerusi tapi saya kena lakukan walaupun saya tak mampu. Tapi saya paksakan diri. Kehidupan kami sangat susah dan hanya suami seorang sahaja yang bekerja. Berapa sangatlah yang dapat kami kumpul. Sehinggakan setiap kali nak pergi HUSM saya terpaksa hutang sana sini kerana tak ada duit.
Lebih malang lagi, tulang yang tukar tu retak patah atas skru..terpaksa simen lagi selama 5 bulan. Mungkin ini dugaan untuk saya, kaki belum sembuh dah mula sibuk buat kerja. Selama ulang alik rawatan nasib tak baik lagi jadi lagi seperti sebelum ini. Kali ini ditepi-tepi tulang baru.Jadi kena lakukan pembedahan lagi. Selain itu, saya juga terpaksa melakukan radioterapi selama 3 bulan untuk matikan sel.
“Lepas itu tempat tersebut kena jangkitan kuman. Saya demam dan kena lakukan pembedahan lagi. Cuma kali ini di Sungai Petani. Tanpa jahit di kawasan tepi tulang baru tapi saya kena cuci 2 bulan setengah. Malangnya kena lagi jangkitan. Waktu itu, saya buat susulan di HUSM. Jadi, saya kena tahan wad sana pulak tambah antiobotik. Jangkitan mungkin dari kesan radioterapi, lepas tu sekarang saya sakit balik di kawasan tulang dan susulan baru ni keptusan tak ok.
“Ada masalah dan dari apa yang doktor cakap tulang tu tak cantik nampak kesan putih-putih. Kemungkinan tulang tu mudah reput @ patah, atau balik seperti sebelum ini. Tetapi segalanya bergantung pada MRI. Tapi andai kemungkinan terpaksa buang tulang tu dan ganti balik tulang mungkin kena beli tulang baru yang harganya mungkin ribu atau puluh ribu.
Dan Sekarang saya sudah selesaikan MRI disini.. Di hospital Sultanah Bahiyah A.setar baru-baru ini…cuma sekarang untuk teruskan rawatan di HUSM semula..Bermacam kemungkinan adakah kaki ni dapat diselamatkan?
“Alhamdulillah, selepas pemeriksaan MRI, tulang tersebut okey, keajabaian mungkin dari Doa semua untuk saya. Tapi doktor ambil keputusan untuk dapatkan nasihat dengan pakar radiologi HUSM pula. Buat masa sekarang saya masih dalam pemantauan doktor.
“Menurutnya, memang payah sakit macam saya kerana ia akan berulang ulang. Cuma doktor pesan, jangan bagi jatuh takut tulang tu akan patah. Saya dah lama berulang alik dari kedah ke HUSM Kubang Kerian, bukannya mudah. Rasanya dekat 100 kali entah lebih ” ujar Norliza lagi.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 102055018475 Norliza Bt Husain. Atau boleh menghubungi di talian 0175202434.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bawa Keluarga Bercuti Naik Train Di Luar Negara, Alif Satar Raih Perhatian Warganet
Bergelar ibu bapa, tentunya pelbagai cara untuk mencipta kenangan bersama dan menguatkan ‘bonding’ dengan anak-anak. Misalnya dengan membawa mereka bercuti.
Alif Satar membawa keluarganya bercuti di luar negara. Percutian bersama isterI. Shadila Halid dan anak-anak, Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali pastinya mengamit kenangan manis.
Hantaran terbarunya menunjukkan pelakon ini bersama keluarga menaiki keretaapi. Menerusi kapsyen ringkas dia menyifatkan ia sebagai percutian adventure buat keluarganya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dalam video berkenaan kelihatan Alif dan isteri melayan kerenah anak-anak yang masih kecil. Boleh pening kepala dibuatnya. Biarpun nampak ‘struggle’ menguruskan anak seramai tiga orang, namun dapat diuruskan dengan baik oleh pasangan romantis ini.
Alif juga sempat berkongsi pemandangan indah sepanjangan perjalanan berkenaan dengan gunung ganang dan air sungai.
Nyata mereka sekeluarga kelihatan begitu seronok dengan percutian itu. Seronoknya dapat melihat kehijauan alam semesta.
Meninjau di ruangan komen, para peminatnya meluahkan rasa teruja melihat perkongsian Alif. Malah ada yang kagun melihat dia tidak kekok dan kelihatan agak ‘struggle’ melayan anaknya. Antaranya komen warganet adalah seperti berikut.
“Bestnya Alif cuti2 mcm ni enjoyyy… and stay safe.”
“I’m enjoying my UK trip with train…… you can see beautiful scenery….. we travels back and forth whole UK including Scotland.”
“Nampak struggle nye tu tapi view cantek Subhanallah buat tambah semangat with the kiddos “
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.