







Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebolehan berbahasa Inggeris kanak-kanak zaman sekarang memang sangat dikagumi. Kebanyakan kanak-kanak era millenial ini sangat fasih berbahasa Inggeris sehingga kadangkala jika tidak melihat wajah mereka, kita sangka sedang menonton program Inggeris dari luar negara.
Perkembangan teknologi dan kemodenan membuatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak bukan lagi satu perkara pelik.
Bagaimanapun keupayaan mereka berbahasa Inggeris mengikut slang atau accent asli bahasa tersebut memang sangat dikagumi.
Pelakon dan usahawan jelita Faezah Elai turut mempunyai dua orang anak perempuan yang sangat fasih berbahasa Inggeris dengan slanga asli ‘mat salleh’.
Perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya menarik perhatian ramai pengikut Faezah yang seronok mendengar Dealova dan adiknya Aurora bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Dalam video tersebut kedua beradik ini membuat video review hasil alat permainan yang mereka beli sendiri.
Menurut pemilik nama sebenar Nurul Faezah Elai, 40, kedua anaknya yang gemar membuat video review ala-ala Youtuber meminta ibunya memuat naik video tersebut di TikTok kerana mereka tiada sebarang akaun media sosial.
Jadi untuk tidak menghampakan permintaan anaknya Faezah telah berkongsi video tersebut.
Video ni amik masa kami kt Aloq Setaq shoot drama
so depa ni dok kt hotel.. Pi beli toys kt depa so depa tk kacau mommy nk shooting..
Bila dh beli depa kalut nk buat review toys ala2 YouTuber.. paihtu habaq pulak suruh boh dlm TikTok sbb depa tkdak media social.. ehhhh kalut aihhh!! Dh la toys tu beli duit sendiri dok kena buat review pulak.. Citt!!
A post shared by faezahelai (@faezahelai)
Nyata gelagat kedua beradik tersebut mencuri hati ramai pengikut Faezah. Malahan ada yang berpendapat mereka berbakat menjadi pengacara rancangan kanak-kanak.
Sebelum ini Faezah pernah memberitahu anaknya memang lebih gemar bertutur Bahasa Inggeris sejak usia kecil lagi.
Selain fasih menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, Dealova Heyrinna, 9, juga fasih berbahasa Mandarin yang dipelajari dalam kelas secara online.
Untuk rekod, Faezah Elai yang mendirikan rumah tangga dengan Pengarah drama Heykal pada 9 September 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Dealova Heyrinna, 9, dan Aurora Heyrinn, 6 tahun.
Sumber: Faezah Elai
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Siapa kita sebagai hambaNya nak menidakkan takdir yang tertulis. Kehilangan orang tersayang secara mengejut memang meruntunkan hati. Lebih-lebih lagi apabila wajah mereka tidak boleh kita tatap buat kali terakhir. Namun itulah yang perlu dilalui seorang wanita ini apabila mendapat berita tentang pemergian anak lelakinya ketika baru sehari tiba di Tanah Suci Mekah.
Mengimbas kembali kejadian bulan lalu, si anak yang bernama Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli terlibat dalam satu nahas jalan raya di Tanjung Kling, Melaka. Pemuda tersebut bagaimanapun telah pergi bertemu Ilahi apabila motosikal dinaiki telah bergesel dengan sebuah kereta sebelum bertembung dengan satu kenderaan lain.
2 hari sebelum insiden itu, Allahyarham sempat melaungkan azan sebelum menghantar ibunya untuk berangkat tunaikan ibadah Haji. Setelah hampir sebulan lebih, kini tibalah masanya untuk menyambut kepulangan wanita berkenaan ke tanah air.
Tiada kata-kata dapat digambarkan, malah hanya tangisan saja yang keluar ketika dia tiba memeluk anak-anak yang lain melalui perkongsian video oleh adik kepada ibu ini di salah satu entri terbaru di Tiktoknya. Detik itu cukup terasa apabila mengenangkan tiada kelibat jejaka yang dipanggil ‘adik’ itu bersama.
“Inshaallah dia memang dah redha cuma sekarang mesti dia terasa sangat2 hanya 4 org ank dia yg menjemput dia pulang dr Mekah 😭 masa pergi semua ada😭,” tulisnya di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sebak melihat detik kepulangan wanita berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga berkesempatan tinggalkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.
Sumber : @ellellell7
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Biasanya encik suami pasti perasan perubahan tingkah laku isterinya. Jika dulu katanya, isterinya manja dan lemah lembut tapi kini berubah garang dan kasar.
Pun begitu, sewajarnya encik suami jangan mengkritik sahaja tahunya. Pasti ada sebab isteri bertindak sedemikian.
Andai difahami bebenan yang ditanggung setiap isteri hari ini sebagaimana perkongsian pandangan daripada Firdaus Shakirin ini, pasti tidak ada lagi suami mengeluh tetapi rasa bersimpati dengan isteri tercinta.
Kenapa isteri zaman sekarang ni garang, kasar dan tak lagi lembut macam isteri zaman dulu-dulu?
Dia jadi macam tu sebab dah terlalu banyak beban yang dia pikul…lebih dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang isteri…kudrat dia dengan kudrat suami tak sama, letih dia dengan letih suami pun tak sama…tugasnya bukan sekadar menjadi seorang isteri, seorang ibu tapi dia juga terpaksa keluar mencari rezeki untuk bayar itu ini…apa yang dia buat tu dah lebih dari tenaga yang dia ada…jadi macam mana dia nak jadi “lembut” jika dia memerlukan kekuatan dan kecekalan untuk terus bertahan dalam kehidupannya…?
Dia garang sebab tekanan…dia tak lagi berlembut sebab keadaan…
Tekanan dan keadaan itu yang menjadikan siapa dia pada ketika ini, pada hari ini…kalau kita sebagai suami faham, kita pasti akan mengurangkan beban yang dipikul mereka…tapi sayang, ramai lelaki memiliki wanita, tapi tak ramai lelaki yang memahami hati seorang wanita…apa yang dirasainya, apa yang dilaluinya…kenapa dia jadi garang, kenapa dia jadi kasar, kenapa dia cepat marah, kenapa dia suka beremosi…
Jangan tunggu dia meletup baru kita nak sedar…
Dia tak minta kita ganti tempat dia, ambik alih jaga anak, kemas umah, basuh baju, memasak dan sebagainya…dia cuma minta kita FAHAM dia, HARGAI dia supaya apa yang dia buat tu, bukan sia-sia…
ITU SAHAJA…takkan itu pun susah?
Cuba tolong meringankan kerja-kerja dia dan jangan letak semua beban tu atas bahu dia…kekuatan dia dan kita berbeza, mental dia dan mental kita pun berbeza…dia beremosi dengan kepayahan, keletihan dan kepenatan yang dilaluinya…bukan sebab dia lahir-lahir dah garang, dah kasar, dah panas baran TAPI sebab keadaan dan tekanan yang dihadapinya…
Jangan persoalkan kelembutan dia sebab wanita itu pada fitrahnya memang hamba Allah yang lemah lembut, tapi jika dia terlalu berlembut, kita akan pijak kepala dia…
Sama-sanalah kita sebagai suami membantu isteri, isteri itu bukan hamba dan kita bukan tuannya…
Sumber : Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨👩👦 Dikendali Oleh Astro Group
