Bahagia itu datang pelbagai cara bukan sekadar harta benda. Setiap pasangan suami isteri impikan bahagia dengan kesetiaan dan kejujuran serta sanggup susah dan senang.
Begitu dengan perkongsian Dr ini, apabila hidupnya diuji mempunyai masalah kesihatan apabila disahkan mempunyai ketumbuhan di pipi. Ketika itu, sumber pendapatan tidak stabil, namun isteri tetap setia di sisi memberi semangat.
Dalam coretan ini, beliau juga beranggapan pengorbanan isteri itu, harus dihargai agar rumah tangga lebih harmonis.
Ikuti perkongsian ini.
“Kita nak pergi mana?”
“Ikut saja.”
Sekali imbas bila melihat wajahnya saja memang ketara sungguh menanggung beban kepenatan. Dalam fikirannya sekarang memang hanya nampak katil dan bantal.
Masuk kerja dari 7 malam dan hanya akan pulang ke rumah jam 11 pagi keesokkan harinya. 16 jam kerja tanpa rehat apatah lagi tidur. Itu hakikatnya kerja seorang doktor. Penat tolak tepi!
Aku pimpin tangan dia. Tangan inilah yang hampir 10 tahun menjaga perut aku. Menjaga pakai aku. Menjaga anak-anak aku.
Ketika aku diuji dengan ketumbuhan pipi, insan inilah yang sentiasa setia di samping. Sanggup tidur di lantai berlapikkan alas nipis tanpa sekali pun merungut sakit badan.
Sentiasa menceriakan aku dan berbicara bercerita walaupun sepatah pun aku tak mampu membalas kerana leher ditebuk untuk aku bernafas.
Ketika itu aku bukan sesiapa pun. Hanya seorang lelaki yang terlentang di katil dan miskin. Iya, dalam akaun bank memang kosong. Yilek.
Peritnya ketika itu hanya Allah yang tahu.
Ads
Pembedahan yang bakal dibuat memakan kos RM20,000. Bingung mana nak cari duit sebanyak itu. Aku belum kerja. Baru habis belajar. Simpanan memang langsung tak ada.
Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa. Mungkin dia tahu yang dia juga sedang diuji. Jika mahu tinggalkan aku pun aku takkan persalahkan.
Tapi dia kuat, tabah dan terus setia. Kekal menunggu pada lelaki yang langsung tak ada apa apa ini.
Melihat ketabahan dan kesetiaannya, aku tekad berjanji pada diri ini aku tidak sesekali sia-siakan hidup dia. Akan aku semai cinta ini biar mekar hingga hujung nyawa.
“Nak pergi mana ni?”
“Abang nak beli emas”
Tak banyak cakap aku tarik tangan dia masuk ke kedai.
“Pilih yang mana berkenan. Jangan tengok harga. Yang mana sayang berkenan, ambil”
Sengaja aku pesan awal-awal. Bimbang dia teragak-agak untuk buat pilihan. Risau harga mahal.
Ads
Apalah sangat seutas dua emas jika nak dibandingkan dengan pengorbanan dia pada aku. Kesetiaan dan sokongan dia di setiap apa yang aku lakukan.
Dr Samhan.
Lelaki ini tidak berada dimana dia berada sekarang jika bukan kerana sosok tubuh ini. Sungguh!
Dialah yang sentiasa beri kata-kata semangat waktu aku putus harapan. Dialah yang sentiasa memahami dan memberi sokongan penuh setiap apa yang aku lakukan.
Benar, ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Michelle Obama (isteri Obama) pernah berkata,” Obama jadi Presiden USA hari ini kerana berkahwin dengan saya. Jika saya berkahwin dengan bekas teman lelaki saya, pasti dia yang jadi Presiden USA dan bukan Obama”
Benar. Di sebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita hebat di belakangnya. Wanita yang telah banyak berkorban. Kadang yang tampak diluar bukanlah yang sebenarnya.
Ads
Wajah isteri itu sangat enak dipandang. Mendukung diwaktu-waktu gelap dan memberi kekuatan untuk melaluinya.
Nasihat saya pada para suami, hargailah pengorbanan seorang isteri. Beri layanan sebaik mungkin. Jika mampu, belikan emas untuknya sebagai tanda kasih padanya. InsyaAllah rezeki datang mencurah-curah. Jika masih belum mampu pasanglah niat, satu hari aku nak hadiahkan emas untuk isteri. Allah akan permudahkan.
Siapa kat sini minat petai? Yang favourite tau la kan rasanya macam mana, lagi-lagi kalau makan cicah sambal belacan atau buat masak sambal tumis, memang terangkat!
Dalam suka makan tu, satu je la benda yang kena tahan kalau makan ulam ini, apa lagi kalau bukan baunya selepas makan. Memang semerbaklah tandas kalau tidak dicuci sebersihnya!
Baru baru ini tular seorang kanak-kanak makan petai dengan sungguh berselera dengan hanya meratah begitu sahaja! Menerusi perkongsian di aplikasi Tiktok itu, ibunya mengakui anak perempuannya itu memang sangat menyukai petai.
Lebih mengejutkan, kanak-kanak itu sempat bangun dan mengambil lagi petai untuk dimakannya. Setelah itu, dia makan seolah sedang makan kacang, begitu bersahaja!
Pelik dengan tingkah laku anaknya itu, ibunya sempat menulis di dalam video dan di ruangan kapsyen ”risau tak ada orang nak buat menantu. Mungkin rasa cikedis kot”.
Video yang berdurasi 1 minit 4 saat itu mencuri perhatian warganet dengan rata-rata terpegun melihat cara kanak-kanak tersebut menikmati petai. Bukan itu sahaja, ada juga yang turut komen anak mereka mempunyai minat yang sama makan petai! Wah hebat lah adik-adik.
Fakta tentang petai, sebenarnya petai ni banyak khasiatnya! Antaranya:
1. Meningkatkan fungi kognitif otak
Zat kalium yang terkandung di dalam petai merupakan zat yang amat penting bagi tubuh. Tubuh kita memerlukan kalium kerana ia dapat menjaga cairan dan keseimbangan elektrolik.
Dengan itu, ia dapat meningkatkan kadar oksigen ke otak, yang memberangsangkan kegiatan saraf dan meningkatkan kognitif. Justeru, ia memperkukuhkan lagi daya ingatan seseorang.
2. Mencegah anemia
Anemia adalah keadaan apabila badan kita kekurangan darah. Seseorang akan selalu berasa letih, berkelihatan pucat serta merasakan dirinya hendak pitam apabila mengalami anemia.
Petai mempunyai zat besi yang tinggi yang dapat membantu dalam merangsangkan pembentukan hemoglobin dalam darah. Dengan itu, ia dapat mencegah anemia.
Abaikan soal bau! Petai mampu mencegah masalah kemurungan.
3. Jaga kesihatan jantung
Petai mengandungi zat kalium yang tinggi mampu mengurangi tekanan darah serta ia baik untuk kesihatan jantung.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kalium amat penting bagi kesihatan jantung.
4. Menjaga sistem penghadaman
Jika mengalami masalah penghadaman, boleh cuba memakan petai. Petai mempunyai serat yang dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik dan mencegah sembelit.
5. Mencegah kemurungan
Petai mengandungi triptofan, sejenis protein yang diubah menjadi serotonin. Dengan jumlah serotonin yang tentu, ia dapat membahagiakan korang!
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak itu adalah anugerah yang amat bernilai buat pasangan suami isteri. Kehadirannya memberi suatu cabaran buat kita setelah bergelar ibu bapa untuk mendidik mereka.
Salah satu sikap anak adalah suka berkepit dengan ibu bapa. Usah bimbang jika ia terjadi kepada anda. Ia bukan petanda anak tidak boleh berdikari tetapi ia memberi signal anak selesa dan sayang kepada kita kita.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian saudara Mohd Fhais Salim
yang sering berkongsi mengenai pendidikan keibubapaan di laman facebooknya.
Anak asyik nak berkepit bukan separation anxiety semata-mata. Anxiety tu emosi sekunder bukan yang utama.
Emosi utama anak suka berkepit sebab anak rasa selamat & rasa selasa bila kita ada dekat dengan dia.
Itu yang bila kita hilang sekejap dia jadi gelisah ( anxiety ).
Emosi gelisah tu muncul punca dari perasaan tak selamat dan tak selesa tadi. Tu je!
Anak nak berkepit, jangan rimas la ye itu tanda dia sayang dan selesa dengan kita.
6 tanda anak sayang dan selesa dengan ibu ayah.
Patut syukur anak nak berkepit sebab ini penanda aras bahawa :
1.anak ada connection yang kuat dengan kita. Kira bonding anak & kita tu utuh la.
2. bila bonding kuat senang nak cakap apa pun, anak senang dengar. InsyaAllah
3. kita dah berjaya jadi ‘adiwira’ yang beri anak rasa selamat dan selesa.
4. ini bagus, sampai ke besar anak akan sentiasa ingat dan rujuk kita dulu bila dia ada masalah atau temui jalan buntu.
5. otak emosinya sedang sihat dan on track sebab dia dah boleh rasa emosi gelisah dan selamat.
6. 1-3 tahun fasa otak emosi paling aktif, ada yang terlampau aktif tu yang jadi terlampau nak berkepit.
Anxiety ni bukan ada pada anak je, pada kita pun boleh kena juga.
Impak emosi ini bukan anak je rasa tapi kita yang menjaganya dari bayi pun turut rasa.
Selalunya ibu la..
Tu yang bila pisah lama sangat dengan anak, datang rasa rindu, risau, curious apa dia buat dan tak sabar nak jumpa balik dengan dia.
Kebanyakan kereta pada masa kini dihidupkan hanya dengan menekan butang ‘push start button’.Sememangnya penggunaan ‘push start button’ ini akan dapat memudahkan pemandu, nampak lebih berteknologi dan moden. Tetapi jangan tak tahu ia juga boleh mengundang masalah andai tidak dijaga dengan baik.
Lebih-lebih lagi andai cara anda menghidupkan enjin sesuka hati boleh menyebabkan ia tidak bertahan lama.
Nak tahu caranya, jom baca tip yang dikongsikan oleh Fadlin Sharina Zahariman Page. Moga bermanfaat! WANITA PUN KENA AMBIL TAU . Pagi ni saya masuk kereta , teringat nak share 1 tips .
Kebanyakan kereta baru sekarang , ada push start button ni , tanpa cucuk lubang kunci untuk hidupkan enjin . Tetapi kunci tu kena ada bersama kita la , biasanya di simpan di dalam poket . Kebanyakan orang masuk dalam kereta , tekan brek dan terus tekan button start – stop ni , enjin terus dah boleh hidup . Biasa korang buat mcm ni kan ?? Sebenarnya cara itu boleh beri kesan buruk pada jangka masa panjang !
Cara TERBAIK
Masuk ke dalam kereta , 1st step cuma perlu tekan start stop button tu sahaja , tanpa memijak pedal brek , biarkan panel instrument je yang menyala dulu , biar kan dalam 5-7 saat , lepas tu barulah tekan pedal brek & tekan sekali lagi untuk hidupkan enjin pula .
Ini untuk pastikan cara yg betul ini tadi , komputer box yang mengawal semua sistem dalam kereta , sempat menghantar semua signal ke bahagian komponen & sensor yg penting pada seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut . Barulah komponen di dalam enjin & kereta semua bertahan lebih lama , tak mudah rosak , yang penting tak menganggu urusan kerja especially tengah berbisnes !
Satu lagi , kurang menyusahkan orang lain jugak !
Lepas ni boleh ikut cara ni .
Semoga bermanfaat . #TipsPenjagaanKereta #DapatIlmuBaruTak #WanitaKenaAmbilTau
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa di Malaysia pasti mengimpikan masa depan anak yang cemerlang penuh pencapaian dan kejayaan. Namun impian ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa...