Catatan pengalaman yang dikongsikan oleh wanita ini yang awalnya menjahit di rumah dan kini siapa sangka mampu membuka perniagaan sendiri dengan mempraktikkan sistem 3 sampul. Apa itu sistem 3 sampul yang dimaksudkan oleh Puan Sharli, dan untuk itu ayuh kita ketahui lanjut perkongsian bermanfaat ini. Semoga dengan ini akan lebih ramai suri rumah yang mempunyai bakat dan kemahiran tersendiri dapat memulakan langkah untuk memiliki perniagaan sendiri.

Jom semak.

Sekadar berkongsi pengalaman. Kita tailor semua ada pengalaman masing-masing. Saya asalnya suri rumah yang mengambil upah menjahit. Belajar 19 tahun yang lalu kerana terpaksa bukan kerana minat. Sebab suami suruh. Guru saya 2 orang berbagsa Cina dan seorang cikgu Melayu. Ilmu dan skill memang berbeza. Tapi saya syukur… kerana semua ini ilmu yang manfaat.

Bermulalah kisah saya sebagai tukang jahit..dari masa ke masa saya baiki kekurangan. Saya dah rasa macam-macam kerenah pelanggan. Selama tempoh itu saya semat 1 azam.
Saya nak punya kedai sendiri 1 hari nanti. Tidak-tidak pun..kalau  tak larat menjahit tua nanti..saya ada kedai menjual alatan jahitan. Manalah tau dah tua ..takan nak merempit lagi. Dan kalau boleh.. biar ada staff yang menjahit di kedai. Nak beri peluang pekerjaan pada sesiapa yang baru habis belajar dari mana-mana sekolah kemahiran atau akedemi dalam bidang jahitan. Kita beri pengalaman untuk orang-orang begini.
Inilah yang saya sedang usahakan. 

Dulu saya pernah terfikir.. dapat upah menjahit.. takan tak simpan. Asik berbelanja sebab biasalah duit sentias ada. Apa nak, beli. Tambah kita muda masa tu .. nafsu berbelanja tak ada batasnya. Hurmmm. Alahai.

Suami saya nasihat. Supaya menabunglah sebab menjahit tu saya selalu cakap penat. 
Nah… penat-penat menjahit takan tak reti menyimpan. Saya mula dah fikir..sikit-sikit. Semenjak tu saya menabung.

SISTEM 3 SAMPUL

Saya buat ‘SISTEM 3 SAMPUL’ Hehehe kunun nak disiplinkn diri. Suami yang beri idea ni.

Suri Rumah Ni Praktis Sistem 3 Sampul Je & Siapa Sangka Cara Tu Buat Dia Berjaya Buka Perniagaan. Mak-mak Pun Boleh Follow!

IKLAN

Sampul 1– saya tulis duit modal.

Sampul 2 – duit cair

sampul 3- duit mati.

Hahaha.. tak taulah.. nak kata caner. Tapi itu yang saya praktikan.
Contoh upah menjahit 1 baju 50. 
Makanya sampul 1 saya isi rm10.
Sampul ke 2 saya isi rm20.
Dan baki nya saya isi dlm sampul 3.

Sampul 1 ..sahabat-sahabat tahulah kan.. mesti tolak modal. Itu anggaran kasar termasuk duit api le tu.
Sampul 2 ..duit cair yang kiranya saving untuk kecemasan ke apa ke. Tapi jangan asyik cemas je .. 
Dan sampul 3 duit mati tu.. memang takan saya usik selain menambah. Yang ni silalah disiplin. Cukup RM200 saya bank in. 

IKLAN

Mula-mula tu sikit-sikit.. lama-lama isi banyak. Lagi banyak terima tempahan lagi banyaklah tabungan. Saya jenis kalau dah tengok duit banyak..lagi kedekut nak berbelanja. Berbeza kalau duit sikit… ada je nak guna.

Sebab motivasi diri agar seronok menabung. Bukan takde keinginan. Bohonglah.
Tapi bila dicabar suami.. saya nekad. Saya ni bukan pun berpendidikan tinggi.. macam adik-adik semua ada jawatan dan berkerja. Takan saya tailor yang tak ada masa depan.
Berkat menabung dan azam tak main-main .. dengan izin Allah tahun lepas saya pun dapat buka perniagaan sendiri. 

Suri Rumah Ni Praktis Sistem 3 Sampul Je & Siapa Sangka Cara Tu Buat Dia Berjaya Buka Perniagaan. Mak-mak Pun Boleh Follow!

Biarpun kedai kecik je pun..tapi saya syukur.  Sekarang saya cuma ada 1 pembantu. 
Saya rasa pengalaman baru dalam skop berbeza. Dulu menjahit dirumah..sekarang di kedai. Sabar sebab dulu anak-anak masih kecil. Menjahit sambil mengurus rumah tangga. Sekarang suami dah bersara. Saya pulak berkerja. Memang berubah 360°. Penat tapi puas. 

Pada sahabat-sahabat yang baru nak kenal dunia jahitan.. atau baru nak belajar … berazamlah. Jangan kalah dan tunduk pada tekanan atau layan stress. 
Tak dinafikan memang stress melayan pelanggan. 

IKLAN

Bohonglah saya tak tempuh semua tu. Tapi saya tak suka layan semua tekanan. 
Yang baik kita amil. Yang tak elok kita sandar jadi pelajran dan pengajaran. Kalau tak jangan mimpi nak jadi usahawan atau bisneswomen. 

Saya masih bertatih. Masih baru nak kenal dunia perniagaan. Saya tahu dalam group ni ada budak-budak baru yang baru nak menjadi tailor… Bila baca pengalaman perih tailor-tailor lain.. jangan sampai serik. Dan ada juga saya terbaca.. ada sahabat ‘patah hati’ pencen awal tak mahu menjahit dah sebab sedih dengan kerenah pelanggan-pelanggan. Ea.. kawan baik saya pun begitu. Cepat fedup. Sampai sekarang dah tak mahu menjahit. Tapi nak duit..tapi malas..tapi nak upah lebih..tapi jahitan tak jaga kualiti..tapi tak mo sabar dan ..tapi..tapi akhirnya terus ke tepikan mesin letak bawah tangga.

Suri Rumah Ni Praktis Sistem 3 Sampul Je & Siapa Sangka Cara Tu Buat Dia Berjaya Buka Perniagaan. Mak-mak Pun Boleh Follow!

Nasihat saya untuk sahabat-sahabat dan diri saya juga..Jangan dilayan stress itu. Buat kedut muka ja. Kemahiran yang ada tidak semua orang ada. Saya harap..apa yang saya kongsikan pagi ni.. ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat ea.

Maaf panjang lebar celoteh. Sekadar ingin mengajak sahabat-sahabat semua agar teruskan usaha,  moh ler menabung. Janganlah banyak alasan kerana banyak alasan itu menunjukkan kelemahan. 

Selamat maju jaya. Doakan saya sabar menjalankan perniagaan.

sumber : Sharli Norhamiza via Geng Suka Menjahit

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI