Berbanding tahun-tahun sebelum ini, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan menerima kadar dividen KWSP 2024 melebihi 5.8% tahun ini.
Difahamkan ia juga merupakan nilai paling tinggi dalam tempoh tiga tahun untuk simpanan konvensional.
Kadar bagi simpanan syariah pula dianggarkan antara 5.4 peratus hingga 5.6 peratus, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.
Ads
Jumlah keseluruhan bayaran dividen bagi akaun konvensional pada 2023 adalah RM50.33 bilion, manakala bagi simpanan syariah pula sebanyak RM7.48 bilion.
Bagi sembilan bulan pertama tahun lalu, KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM57.57 bilion, meningkat 20 peratus daripada RM47.86 bilion dalam tempoh sama pada 2023.
Ads
Walau bagaimanapun, pencarum tidak seharusnya mengharapkan kadar dividen terlalu tinggi kerana KWSP antara segelintir dana persaraan di dunia yang mengagihkan dividen berdasarkan pulangan yang direalisasikan, iaitu keuntungan sebenar selepas pelaburan dijual.
“Ini bermaksud keuntungan atau kerugian yang diperoleh selepas sesuatu pelaburan dijual, berbeza dengan pulangan tidak direalisasikan, iaitu keuntungan atau kerugian atas pelaburan yang masih dipegang. Ini diklasifikasikan sebagai jumlah pulangan.
Ads
“KWSP tidak mengira dividen berdasarkan jumlah pulangan, yang termasuk keuntungan atas kertas yang masih bergantung kepada prestasi pasaran,” jelas sumber.
Sehingga kini, KWSP mempunyai sekitar 16 juta ahli dengan lebih 8.5 juta aktif mencarum.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu ibu bapa yang sering bertanya mengenai kerja rumah anak kini menjadi perbincangan hangat, seolah-olah mereka yang hadir ke sekolah menggantikan anak-anak.
Begitulah luahan seorang guru yang tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Ramai yang bersetuju bahawa sikap terlalu memanjakan anak dengan kerap bertanya dan membantu mereka secara berlebihan boleh menghalang mereka daripada belajar berdikari. Sekolah sepatutnya menjadi tempat untuk anak-anak belajar bertanggungjawab, bukan sekadar menerima arahan ibu bapa dari jauh.
Perkongsian mengenai isu ini di laman X oleh Amran Fans turut menarik perhatian ramai, dengan pelbagai pendapat dan pengalaman yang dikongsikan.
“Salam. Saya Cikgu Z**. Maaf tanyalah, apa masalah mak-mak kat sini yang nak sangat melayan anak tak siap kerja? Patutnya kita ajarkan anak-anak erti tanggungjawab, bukan kita yang memanjakan.
“Memang menjadi tanggungjawab cikgu ke untuk maklumkan setiap kerja sekolah yang diberi? Bukan tanggungjawab anak-anak untuk fokus dan peka dalam kelas?
“Kalau Darjah Satu saya boleh faham lagi, ini dah Darjah Empat kot,” luah beliau.
Hampa dengan situasi yang berlaku, guru berkenaan menegaskan grup berkenaan bertujuan sebagai medium hebahan sahaja.
“Tolong ya, ini grup untuk makluman penting berkaitan sekolah. Bukan untuk emak-emak mengadu anak tidak siap kerja apa bagai.
“Saya harap semua ibu bapa boleh bagi kerjasama, terima kasih,” kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang memberikan pandangan mengenai isu yang dibincangkan. Rata-rata berpendapat bahawa ada segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak, sehingga kurang memberi ruang untuk mereka belajar berdikari.
Antara komen yang menarik perhatian ialah:
“Adik saya pun sama. Masa saya bersekolah di SJKC dulu, semuanya okay sahaja, tak ada pun kumpulan ibu bapa seperti sekarang. Dari tadika hingga sekarang, saya belajar berdikari.”
“Hanya yang pernah menjadi cikgu sahaja yang faham perasaan apabila berhadapan dengan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak.”
“Dulu semasa saya di sekolah rendah, kami siap ada buku 555 untuk mencatat kerja rumah yang diberikan.”
“Terlalu memanjakan anak hingga akhirnya anak menjadi ‘tuan’ kepada ibu bapa sendiri.”
Kosmetik murah ‘beracun’ ancam kanak-kanak, mak ayah jangan pandang ringan. Dalam usaha mencari produk kecantikan yang murah dan mudah didapati, ramai pengguna tidak menyedari bahaya tersembunyi yang terkandung dalam sesetengah kosmetik yang tidak berdaftar atau tidak diuji secara klinikal.
Lebih membimbangkan, produk-produk ini kini menjadi ancaman serius kepada kanak-kanak, sama ada melalui penggunaan langsung atau pendedahan tidak sengaja.
Kandungan Berbahaya Dalam Kosmetik Murah
Kosmetik murah sering mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti merkuri, plumbum, hidrokuinon, dan steroid. Bahan-bahan ini digunakan bagi memberikan kesan pantas seperti mencerahkan kulit atau menutup cela wajah. Namun, penggunaannya boleh menyebabkan alahan kulit, kerosakan organ dalaman, dan lebih parah, risiko kanser.
Bagi kanak-kanak, risiko ini lebih tinggi kerana kulit mereka lebih nipis dan mudah menyerap bahan toksik. Selain itu, sesetengah kanak-kanak mungkin terdedah kepada bahan kimia ini apabila bersentuhan dengan ahli keluarga yang menggunakan produk kosmetik beracun atau melalui peralatan rumah seperti tuala atau tilam yang tercemar.
Tanda-Tanda Bahaya
Antara tanda-tanda awal keracunan akibat penggunaan kosmetik beracun termasuk:
*Kerengsaan kulit -Ruam, kemerahan, atau kulit mengelupas.
*Masalah pernafasan – Terhidu bahan kimia boleh menyebabkan sesak nafas atau batuk.
*Kesihatan umum terganggu – Keletihan, pening, atau muntah tanpa sebab jelas.
Jika tanda-tanda ini muncul, pengguna disarankan untuk segera berhenti menggunakan produk tersebut dan mendapatkan rawatan perubatan.
Langkah-langkah Pencegahan
1.Pilih produk berdaftar – Pastikan kosmetik yang dibeli mempunyai nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2.Baca label – Semak senarai bahan dan elakkan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya.
3.Elakkan produk terlalu murah – Harga yang terlalu rendah mungkin menunjukkan kualiti yang diragui.
4.Pendidikan pengguna – Didik diri dan ahli keluarga, terutamanya remaja, tentang bahaya produk kosmetik tidak berdaftar.
Tanggungjawab Bersama
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam melindungi kanak-kanak daripada pendedahan kepada kosmetik beracun. Pemantauan produk yang digunakan di rumah serta memastikan kebersihan persekitaran adalah langkah asas yang perlu dilakukan.
Pihak berkuasa juga perlu memperketatkan kawalan terhadap penjualan produk kosmetik haram. Kempen kesedaran masyarakat mengenai bahaya kosmetik beracun perlu diperhebatkan bagi mencegah lebih ramai mangsa.
Dengan kerjasama semua pihak, kita dapat melindungi generasi muda daripada ancaman ini dan memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih selamat dan sihat.
Kesimpulannya, kosmetik murah beracun bukan sahaja mengancam pengguna dewasa tetapi juga kanak-kanak yang tidak berdosa. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita mesti mengambil tindakan tegas untuk mengekang penyebaran produk ini dan melindungi kesihatan kita serta keluarga. Jangan biarkan harga murah menjadi punca kerosakan kesihatan jangka panjang.
Perkahwinan bukan sekadar soal cinta dan nafkah, tapi juga tanggungjawab yang besar. Dalam sebuah sidang mahkamah syariah, seorang pemohon poligami menerima teguran yang cukup tegas daripada hakim satu peringatan yang jarang kita dengar daripada seorang lelaki kepada lelaki lain.
Alasan ingin berpoligami untuk menambah zuriat dipersoalkan dengan penuh hikmah. Hakim bukan sekadar menjalankan tugasnya, tetapi turut memberi pengajaran yang mendalam tentang tanggungjawab seorang suami dan bapa.
Kisah ini membuka mata perkahwinan bukan hanya tentang hak lelaki, tetapi juga tentang amanah yang perlu dipikul. Jom hayati perkongsian Nurul Izzah Zainol
BELAJAR DULU JADI SUAMI Dalam satu sidang mahkamah, satu permohonan poligami telah disebut di hadapan Yang Arif Hakim. Pihak-pihak tidak diwakili peguam dan bila tiada peguam semuanya akan ditanya langsung oleh Yang Arif Hakim. Yang Arif ada bacakan satu alasan ingin berpoligami yang dinyatakan Pemohon iaitu utk tambah zuriat. Start daripada situ, bertalu-talu ‘lecture’ daripada Yang Arif mengenai poligami yang saya jarang bahkan tak pernah dengar daripada mulut seorang lelaki. “Kamu nak tambah zuriat lagi, isteri kamu baru bersalin sebulan lahirkan zuriat kamu. Nak tambah anak apa lagi?” “Kamu dah jaga bayi kamu sendiri? Jaga malam, bancuh susu, tukar lampin. Kamu buat semua tu dulu. Rasa dulu susahnya macam mana jaga anak” “Kahwin ni bukan seronok nak ber’sama’ lepas tu buat anak. Kita ni orang laki kalau tu yg dalam kepala kita, masuk neraka kita semua ni” Suara Yang Arif agak keras.Dewan mahkamah jadi diam. “Dah faham figh wanita? Darah wanita? Apa beza haid, istihadhah, apa darah penyakit. Nak handle wanita ni kena tau fiqh2 mereka!” Dan banyak lagi peringatan demi peringatan yg buat saya angguk tak henti-henti. Mahkamah tangguhkan mendengar permohonan Pemohon utk satu tempoh yg panjang sedikit: “Saya tangguh lama sikit, lagipun kes memang tengah banyak. Dan saya nak kamu jaga dulu isteri dim pantang dan jaga baby mcm saya cakap tadi. Mana tahu nanti kamu tak jadi dah nak poligami” Naah, ambik kau. Puas hati! Tak pernah keluar mahkamah sepuas itu waktu itu. Rasa dunia sedang bertempik bersorak di pihak wanita yg teraniaya. Inilah gelanggang pengadilan yang saya harapkan. Bukan sahaja gelanggang utk menjatuhkan hukuman atau perintah, tetapi memberi hikmah dan pengajaran kepada pihak-pihak dalam kes. Tahniah Mahkamah Syariah 👍🏼 Credit: Nurul Izzah Zainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...