DIY Bersih Filter Aircond Berhabuk. Lelaki Ini Tunjukan Step By Step. Mudah Saja!

Share

Rumah adalah tempat dimana anda berehat dan menikmati masa lapang. Oleh itu, pentingnya persekitaran dalam rumah bebas dari pencemaran termasuklah habuk dan juga alergen.

Ia termasuk memastikan penghawa dingin atau aircond dalan keadaan selamat digunakan. Namun kebanyakan orang tidak cara untuk membersihkan penapis penghawa dingin ini.

Nak tahu caranya bagaimana mencuci sendiri filter ikuti step by step oleh saudara Ahmad Syahril Mohd.

Bila aircond  rasa kurang sejuk, filter tu penuh habuk dah tu.. kite belajar-belajar  bersihkan sendiri. Ramai dah tahu dalam ni, cume mungkin masih ramai yang belum tahu.
Mudahnya cuci filter aircond berhabuk

1. Buka Filter

Cara nak buka filter tu, mula-mula tarik di bahagian ini, dekat kedua-dua belah kiri dan kanan aircond.

2. Keluarkan Filter

Lepas tu keluarkan filter di depannya. Caranya tarik je perlahan-lahan. Macam ni rupa filter tu.

3. Bersihkan Habuk

Kemudian sapu habuk tu bagi bersih.

Nak bersihkan atau basuh guna air pun boleh. Tapi lepastu pastikan kering dulu baru pasang semula.

4. Pasang Semula

Cara nak pasang balik pun sama lebih kurang macam buka tadi. Cuma tolak masuk semula ke tempatnya.

Tolak filter sampai ia masuk ke senggatan ni.

5. Tutup Semula

OK dah siap pasang macam ni, tutup kembali penutupnya. Mudahkan apabila anda tahu cara untuk bersihkan filter aicond sudah berhabuk ini.

Selamat mencuba!

Sumber :Ahmad Syahril Mohd

IKLAN