Rumah adalah tempat dimana anda berehat dan menikmati masa lapang. Oleh itu, pentingnya persekitaran dalam rumah bebas dari pencemaran termasuklah habuk dan juga alergen.
Ia termasuk memastikan penghawa dingin atau aircond dalan keadaan selamat digunakan. Namun kebanyakan orang tidak cara untuk membersihkan penapis penghawa dingin ini.
Nak tahu caranya bagaimana mencuci sendiri filter ikuti step by step oleh saudara Ahmad Syahril Mohd.
Bila aircond rasa kurang sejuk, filter tu penuh habuk dah tu.. kite belajar-belajar bersihkan sendiri. Ramai dah tahu dalam ni, cume mungkin masih ramai yang belum tahu.
Mudahnya cuci filter aircond berhabuk
1. Buka Filter
Cara nak buka filter tu, mula-mula tarik di bahagian ini, dekat kedua-dua belah kiri dan kanan aircond.
2. Keluarkan Filter
Lepas tu keluarkan filter di depannya. Caranya tarik je perlahan-lahan. Macam ni rupa filter tu.
Ads
3. Bersihkan Habuk
Kemudian sapu habuk tu bagi bersih.
Nak bersihkan atau basuh guna air pun boleh. Tapi lepastu pastikan kering dulu baru pasang semula.
Ads
4. Pasang Semula
Cara nak pasang balik pun sama lebih kurang macam buka tadi. Cuma tolak masuk semula ke tempatnya.
Jika wanita lain bergembira saat mengetahui diri sedang berbadan dua, namun berbeza dengan Kamareeah Arwae, 36. Saat itu, dia disahkan menghidap ketumbuhan tumor dalam kepala disember lalu.
Akibatnya, dia terpaksa melalui proses rawatan termasuk proses imbasan sekali gus memberi kesan kepada janin ketika itu. Namun, tiada apa yang berlaku pada bayi tersebut.
Malah, ia dianggap satu keajaiban oleh pengamal perubatan, bayi perempuan itu pada awalnya dijangka tidak mampu diselamatkan namun ternyata kuasa Tuhan tiada siapa mampu menandingi.
Justeru, seawal usia dua bulan dalam kandungan, bayi perempuan ini hanya bergantung kepada susu yang dimasukkan melalui tiub di leher ibunya.
Suami Kamareeah, Fairol Haziri Rahim, 44, berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.
Sebaik dilahirkan menerusi proses pembedahan, bayi pra matang yang diberi nama Farah Hanis Fairol Haziri yang kini berusia 41 hari belum merasa setitik pun susu daripada ibu kandungnya, kerana wanita itu koma sejak tujuh bulan lalu.
“Pada awal usia kandungan, saya sudah mengetahui isteri mengandung dan ketika menerima rawatan, doktor memaklumkan bahawa janin mungkin tidak dapat bertahan.
“Selepas menjalani dua pembedahan termasuk membuang tempurung kepala, isteri dibenarkan pulang dan dalam tempoh itu kandungannya masih tiada tanda negatif.
“Sehingga usia kandungan 33 minggu, dia semakin membesar dengan normal dan pembentukan sifat yang sempurna sekaligus menimbulkan rasa tidak percaya di kalangan pegawai perubatan dan mereka mengambil keputusan untuk melahirkan anak kami melalui pembedahan.
“Bayi perempuan pra matang kami ini menghadapi sedikit komplikasi ketika proses kelahiran dan ditahan di wad kira-kira tiga minggu sebelum dibenarkan pulang,” katanya yang sebelum ini menguruskan kedai makan sebelum premis itu ditutup selepas kejadian yang menimpa isterinya.
Farah Hanis sempat diberikan susu ibu oleh seorang ibu tumpang (susuan) selama dua minggu dan kini bayi ajaib itu bergantung kepada susu formula khas untuk bayi pra matang.
Selain Farah Hanis, pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Farras Hazim, 19 bulan, dan menurut Fairol Haziri, sebelum isterinya koma, anak sulung mereka masih menyusu badan.
“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan dia juga enggan minum susu formula kerana sebelum ini dia memang menyusu badan sepenuhnya… mungkin ia berlaku dengan mengejut menyebabkan dia tidak mahukan susu formula,” katanya yang kini tidak bekerja dan hanya mengharapkan ihsan orang ramai serta beberapa pihak bagi pembelian susu khas dan lampin pakai buang isterinya.
Fairol Haziri berkata, mereka ada menerima bantuan kewangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan bantuan bulanan sebanyak RM200 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedikit sebanyak meringankan bebannya.
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Fairol Haziri iaitu 0300141000081183.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan atau tidak, meskipun memasak ini merupakan suatu perkara yang biasa sahaja untuk dilakukan tapi memasak ini jugalah yang boleh buat orang perempuan khususnya isteri dan ibu-ibu tiap-tiap hari kena perah otak mencari jawapan; hari ini nak masak apa?, kalau masak menu ni anakanak suka ke tidak?, bahan yang nak digunakan ini masih segar atau tidak? dan 1001 soalan lagi bermain difikiran yang perlu diambil perhatian.
Sedarlah Encik suami dan anak-anak, bahawa sebenarnya isteri atau ibu itu sedang berusaha untuk memastikan masakan yang disajikan bukan sahaja membuatkan perut terasa kenyang malah apa yang lebih penting dapat memenuhi selera keluarga dengan juadah yang enak dan berkhasiat.
Bahkan tidak pernah pun terdetik di hati para isteri dan ibu untuk berkata, “Hari ini aku nak masak yang tak sedap!”. Hal ini sangat pasti dan yakin, semua dalam kepala berfikir untuk dapat menyediakan menu yang sedap untuk keluarga tercinta!
‘Berguru’ Sesama Sendiri
Jadi tidak hairanlah meskipun pandai memasak, seorang isteri dan ibu itu akan rasa lebih teruja menyediakan menu baharu yang dipelajarinya. Jika ‘menjadi’ menu tersebut, bertambah-tambah rasa kepuasan yang dirasainya. Apatah lagi jika mendapat pujian daripada suami dan anak-anak, boleh senyum lebar dibuatnya sepanjang hari.
Maka sebab itu jugalah kaum ibu suka sangat join group masakan. Cara ini dirasakan lebih mudah dan santai untuk mereka ‘berguru’ sesama ahli dalam menyediakan pelbagai juadah.
Jika dulu melalui persatuan-persatuan tertentu tapi kini seiring dengan peredaran masa, tidak dinafikan banyak juga kemunculan komuniti masakan di media sosial. Salah satunya yang menjadi sebut-sebutan warganet adalah group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking di platform Facebook.
Di sini semua peminat dunia masakan ‘bersatu’. Bukan sahaja untuk berkongsi resipi semata-mata malah bermacam-macam hal dibicarakan terutamanya bagi berkongsi tip, petua dan sebagainya bagi memastikan resipi yang dihidang bukan sahaja enak malah mengutamakan makanan yang berkhasiat.
Menariknya juga dengan sertai group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking ini akan bertambah lagi sahabat dan kenalan meski pun hanya di alam maya!
Jom Join!
Seiring dengan objektif utama kumpulan ini ditubuhkan, memang sesuai sangat untuk penggemar dunia masakan atau buat mereka yang baru ingin memulakan tabiat pemakanan yang sihat untuk turut menjadi sebahagian daripada keluarga besar group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking.
Banyak manfaat yang bakal anda nikmati, selain anda boleh berkongsi tentang resipi dan pengalaman memasak. Anda juga boleh berinteraksi dengan ahli untuk memperbanyakkan lagi koleksi resipi yang enak dan berkhasiat.
Malah apa yang menjadikan group Healthy Everyday Recipes by Panasonic Cooking ini berbeza dan istimewa daripada yang lainnya adalah ia mengutamakan perkongsian resipi berkhasiat, tabiat pemakanan yang sihat dan gaya hidup sihat untuk memberi lebih pengetahuan kepada orang ramai.
Jadi usah tunggu lagi, ayuh sertai sekarang dengan klik https://www.facebook.com/groups/panasoniccookingmy dan percayalah selepas ini anda tidak akan pernah buntu lagi untuk menyediakan menu yang enak dan yang pastinya berkhasiat untuk keluarga tercinta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saya pernah dapat pesakit muda, baru 18 tahun yang datang ke hospital tiba-tiba dada ketat tak boleh bernafas. Tak lama lepas tu dia pengsan jantung berhenti.
Rupa-rupanya dia ada spontaneous pneumothorax yang terlalu kembang sehingga menjadi tension pneumothorax. Selepas CPR dan ditebuk dada untuk masuk tiub (chest tube) barulah jantungnya boleh mengepam darah semula.
Ingatkan baru balik menyelam ke apa. Rupanya baru mencuba rokok elektronik (e-cigarette) jenis vape sejak 7-8 bulan lepas.
Dia bukan satu-satunya pesakit yang paru-paru bocor. Ada beberapa lagi. Semua muda belaka.
Rokok elektronik ni walau tanpa nikotin, vapor atau wapnya boleh mengikis lapisan perlindungan paru-paru. Jadi sel paru-paru tak mampu melawan kuman, mudah rosak dan menipis. Akhirnya lapisan paru-paru boleh bocor. Itu baru tanpa nikotin. Kalau campur nikotin atau ganja lebih teruk lagi.
Pesakit sebegini perlukan pembedahan besar untuk membuang lapisan paru-paru yang rosak. Jika tiada pakar bedah thorasik, maka dia perlu menggunakan tiub paru-paru (chest tube) selama hampir seminggu.
Rokok elektronik hanya kurang sedikit bahayanya berbanding rokok. Namun tak bermakna ia selamat. Jika pesakit saya nak berhenti merokok, saya takkan nasihatkan dia mencuba rokok elektronik. Ia ibarat keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
Lagipun kalau guna vape bernikotin, sama saja dengan rokok. Pi mai pi mai tang tu jugak.
Nak berhenti rokok, berhenti je. Toksah konar sana konar sini guna rokok elektronik. Hasilnya tak boleh berhenti vape atau kembali ke rokok semula. Mudharatnya sama, penyakitnya sama, dosa pun sama. Ada cara lain lebih sihat dan berkesan untuk berhenti.
Hana Hadzrami
Bersedia nak terima pesakit kanak-kanak pula dengan paru-paru rosak akibat vape.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.