DIY Lampu Hiasan Guna Barang Kedai Eco, Bajet Tak Sampai RM10 Pun!

Share

Pernah tak masuk kedai Eco nak beli satu dua barang, sekali bila dah masuk, satu troli penuh barang bawa balik!? Lepas tu mula la fikir balik, ‘apa yang aku beli tadi?!’.

Nak nak lagi sekarang ni dah jadi trend untuk mak mak kat luar sana beli barang eco, ubah suai barangan untuk menjadi hiasan di dalam rumah. Bukan je rumah jadi cantik, bajet yang guna pun ciput je!

So yang mana tengah dalam mod nak menghias rumah tu, ni haa ada idea baru untuk DIY hasil dari perkongsian Siti Aisyah

iaitu lampu hiasan sesuai untuk deko tidak kira di setiap sudut rumah. Jom tengok step by step cara nak membuatnya!

1) Panaskan tukul dan buatkan lubang di bahagian bawah tengah bakul kecil.

2) Masukkan soket mentol beserta bateri ke dalam lubang yang ditebuk.

3) Ni lah hasilnya selepas mentol dipasang.

4) Pasangkan besi penyangkut.

5) Sedia untuk digantung.

6) Boleh hias di bahagian dalam rumah yang bersesuaian.

Barulah meriah rumah, kan? Jom cuba!

SUMBER : Siti Aisyah Via Kedah Kini

IKLAN