DIY Sticker Nama, Tampal Di Botol Air Sekolah Anak. Selamat, Barulah Tak Hilang!

Share

Bercerita tentang ragam anak-anak kita ke sekolah, ada satu perkara ini memang sering terjadi dan boleh mendatangkan rasa geram di hati ibu-ibu.

Apa tidaknya, baru sahaja kita belikan botol air alih-alih bila bawa ke sekolah hilang sebab ada yang cuailah,  tertinggallah, kawan terambillah dan macam-macam sebab.

Akhirnya, kita terpaksa beli lagi dan masalah ni tidak selesai-selesai.

Jadi apa kata, sebelum masuk sesi persekolahan ini, kita buat cara labelkan nama anak pada botol air tersebut.

Nak tahu caranya, jom semak perkongsian ini.


DIY Sticker

Petang ni ticer nak share dengan chuolls acaner nak buat sticker nama okaay.

Sticker ni ticer buat lekat kat botol air. Lagi-lagi untuk anak sekolah kanss. Selalu panas telinga sajur dengar botol air tertinggal lah, dah carik tak jumpe pulak. Tak pasal-pasal beli baru lagi.

So check it outtt. 

CARA BUAT :

1. Kat opis tu sesambil buat keje bukak ler powerpoint jap. Taip nama, then pilih font yang fancy sket.

2. Pastu print n gunting.

3. Hah, next step follow video ni yoo. Nak guna kad tesco pon boleh, goreskan kasik rata sampai yakin nama tu dah melekat kat selotep tu hah.

4. Pastu rendam n bersihkan dalam air.

5. Wokep. Hah cenggini ghupe nye lepas dah bersihkan tadi.

 

6. Tampal ler kat memane surface botol air chuolss yang rata. Gosok-gosok sket biar dia melekat semua.

Ok ke idok? Ni sebab tadi sendiri buat, sendiri amek gambar, sendiri amek video. Jadi finishing nye tak bape nak molek sangat yoo. Selamat mencuba chuolss!

sumber : Nur Hanani Johari

IKLAN