Bercerita tentang ragam anak-anak kita ke sekolah, ada satu perkara ini memang sering terjadi dan boleh mendatangkan rasa geram di hati ibu-ibu.
Apa tidaknya, baru sahaja kita belikan botol air alih-alih bila bawa ke sekolah hilang sebab ada yang cuailah, tertinggallah, kawan terambillah dan macam-macam sebab.
Akhirnya, kita terpaksa beli lagi dan masalah ni tidak selesai-selesai.
Jadi apa kata, sebelum masuk sesi persekolahan ini, kita buat cara labelkan nama anak pada botol air tersebut.
Nak tahu caranya, jom semak perkongsian ini.
DIY Sticker
“Petang ni ticer nak share dengan chuolls acaner nak buat sticker nama okaay.
Sticker ni ticer buat lekat kat botol air. Lagi-lagi untuk anak sekolah kanss. Selalu panas telinga sajur dengar botol air tertinggal lah, dah carik tak jumpe pulak. Tak pasal-pasal beli baru lagi.
Ads
So check it outtt.
CARA BUAT :
1. Kat opis tu sesambil buat keje bukak ler powerpoint jap. Taip nama, then pilih font yang fancy sket.
Ads
2. Pastu print n gunting.
Hah, next step follow video ni yoo. Nak guna kad tesco pon boleh, goreskan kasik rata sampai yakin nama tu dah melekat kat selotep tu hah.Pastu rendam n bersihkan dalam air.
6. Tampal ler kat memane surface botol air chuolss yang rata. Gosok-gosok sket biar dia melekat semua.
Ok ke idok? Ni sebab tadi sendiri buat, sendiri amek gambar, sendiri amek video. Jadi finishing nye tak bape nak molek sangat yoo. Selamat mencuba chuolss!
sumber : Nur Hanani Johari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cara saya jaga newborn. Semua petua orang tua-tua saya langgar. Sebab tu saya tak boleh berpantang di kampung, hehehe… Dari anak sulung sampailah anak kesepuluh ni, saya memang koboi aje jaga baby.
Takde mitten, takde bootie, takde barut, takde bedung. Cuma saya selimutkan sahaja kalau baby sejuk. Mitten, bootie, barut dan bedung tu saya pakaikan kat baby kalau nak keluar rumah aje. Sekadar nak berlakon depan orang, sebab malas nak bersoal jawab.
From day one, baby digalakkan explore dunia. Baby bebas gerakkan tangan dan kaki. Hisaplah jari tu, cakarlah muka tu, no hal. Kaki belajar tendang dan tolak. Berlatih angkat kepala macam kura-kura. Cuba pusing badan kiri kanan.
Nak tidurkan baby, saya tepuk-tepuk aje. Takde buai, takde swing, takde rocking chair, semua tu tak pernah ada di rumah saya. And strictly no pacifier! Ada sebab kenapa puting tu dipanggil “dummy”. Tak gamak saya nak tipu baby sendiri, tak sanggup nak ajar baby bertenang dengan puting kosong.
Saya juga tak ajar berdukung bagai. Letak aje baby atas tilam, pandai-pandailah dia tidur sendiri. Saya cuma selawat, zikir dan nyanyi dari jauh aje. Supaya baby tak rasa takut keseorangan, dia boleh dengar suara orang kat sebelah dia.
Saya selalu bercakap dengan baby. Kalau baby meragam, membebel aje bagi nasihat kat dia. Anggap saja baby boleh faham, hahaha…
Ramai orang heran, anak-anak saya sangat mudah dijaga, dari baby sampai ke besar. Anak-anak saya tak reti meragam, tak reti tantrum, tak banyak songeh, senang suruh tidur, takde menangis tak tentu pasal dan sangat jarang sakit.
Saya percaya bahawa setiap insan belajar sejak hari pertama dilahirkan. So dari hari pertama lagi kita dah kena start ajar baby.
Ramai ibu bapa terlalu manjakan newborn sebab katanya nak wujudkan bonding dengan baby. Saya percaya proses bonding tak semestinya bermaksud overly attached. Baby perlu diajar berdikari, but at the same time dia tahu yang ibunya ada di sisi.
Tanpa sedar, minyak angin sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan tubuh anda andai disalah gunakan.
Manakan tidak, sejak dahulu lagi kita sudah biasa dengan minyak angin. Sama ada sakit perut, pening kepala, loya dan sebagainya, pasti minyak angin yang akan dicari terlebih dahulu.
Bahkan ibu bapa kita sejak dahulu lagi suka bergantung kepada minyak angin berbanding ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Jom baca perkongsian dari Dr Rushdan Noor berkenaan hal ini.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN
Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran. Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain2 lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.
Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor. Ketiga2 ingredient ini bertindak sinergistik utk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan. Methyl Salicylate adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan, Menthol pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan. Camphor juga mempunyai kesan yg sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan. Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat.
Ketiga2 ubat yg dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak2 (rujuk pautan di bawah). Ubat2 ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yg banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan. Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak2 dan orang dewasa yg menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing2 ada kesan sampingan yg tersendiri.
Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yg dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening. Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan. Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini. Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari. Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.
Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga2 ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan. Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam2 herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain2. Apa sahaja yg ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yg besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.
Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat2 yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga2 atau salah satu daripada ubat2 di atas, gunakan dengan berhati2 pd bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak2. Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa2 gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri. Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat2 yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam2 tanpa pengetahuan pengguna.
DDr Rushdan Noor Medical Mythbusters Malaysia 30hb Jan 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam mencari idea untuk menghias kediaman, banyak sebenarnya yang boleh kita jadikan inspirasi. Bukan apa, tidak semua antara kita ada bakat tersendiri dalam menghias kediaman. Kadang-kadang tu ada yang dah nampak apa yang hendak dibuat, ada macam-macam idea di dalam kepala dan tidak kurang juga buntu tidak tahu hendak buat bagaimana.
Lagi-lagi bila merasakan kediaman yang dimiliki mempunyai ruang yang terhad. Jadi apa kata anda cedok idea yang dikongsikan oleh Mira Nasyira Wahiba. Menurutnya saiz kedaiamannya adalah dengan keluasan 850sqft sahaja. Namun itu bukan penghalang untuk dia dan keluaganya menghias kedaiaman mengikut konsep yang mereka ingini.
“Pindah masa PKP 2.0, awal-awal dulu decided nak go for scandi industrial concept. PKP 3.0 baru start main deco-deco. Tiba-tiba terjatuh hati dengan concept mid-century modern & bohemian. So saya mixed them all.
“Saya lebih suka warna-warna vibrant boho, tapi husband pula lebih suka warna-warna selamat. Demi kesejahteraan sejagat dan keharmonian rumah tangga, warna-warna dalam rumah ni hasil persetujuan husband & wife.” terang pemilik akaun facebook Mira Nasyira Wahiba berkenaan pemilihan konsep kediamannya.
RUANG UTAMA
Melangkapkan gaya di ruangan menonton TV, pasangan ini menggunakan sofa lama yang diperbaharui bagi menepati konsep yang diingini.
Jelasnya, “Sofa asal saya ialah sofa Ikea Klippan. Scroll sampai habis saya ada masukkan gambar sofa asal jugak. Sebelum pindah dah iklankan nak jual pun. Tapi tak jadi, sayang pulak. Jadi saya refurbished dengan (instagram : @pakarsofa), so sy custom ikut design dan material yang saya nak dan tambah stool.”
Mencipta ruangan yang lebih segar, turut dihadirkan dengan perletakkan pokok hiasan seperti artificial olive tree yang dibeli di shopee dan turut ditambah dengan tumbuhan yang berjuntai. Biapun ringkas, nampak cukup sempurna.
Tidak dengan itu, pasangan suami isteri ini tidak mahu dinding terlihat kosong, turut diberi sentuhan dekorasi ringkas dengan aturan bingkai gambar di atas shelve mosslanda yang dibeli di Ikea.
“Frame tersebut tidak perlu di drill, memadai hanya disandar ke dinding,” terangnya berkongsi tip dekorasi.
Pilihan Rug
Menepati konsep Bohemian yang ingin direncanakan oleh keluarga ini, nyata nampak terserlah dan natural apabila digayakan bersama pilihan rug yang istimewa.
“Jute rug tempah dengan sorang sis from bohemian deco club. Rattan chair from market place, artificial fiddle fig from thank Q di Nilai 3. Kat shopee pun ada kedai dia. (Thank Q malay wedding) Wall hanging tapestry from shopee.
Tidak dengan itu perletakkan coffe table ikea yang digandingkan bersama placemat turut memberi impak yang diingini.
“Saya display jugak artwork anak saya. Chest drawer from Ikea. Saya tambah top kat atas untuk matchkan dengan dining table & tv console,” terangnya lagi.
Lakukan DIY
Bagi memastikan konsep yang diingini sempurna, keluarga ini juga turut melakukan DIY pada window mirror yang dibeli sebelum ini berwarna putih yang dibeli di spotlight store.
“Warna asal window mirror yang dibeli adalah putih, cari warna hitam tak ada. Jadi saya cat sendiri,” jelasnya lagi.
Apa yang pasti dalam merialisasikan impian dekorasi impian, tentunya akan berhasil jika dilakukan sepenuh hati. Apatah lagi jika suami isteri dapat lakukannya bersama-sama. Pastinya, setiap yang dibuat pada ruangan kediaman akan dihargai hasilnya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.