“Doakan Akak Dapat Zuriat.” Rider FoodPanda Kongsi Pelanggan Bagi Tips RM1K, Minta Doakannya Buat Ramai Sebak!

Share

Kehadiran zuriat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri, namun bukan semua orang diberikan rezeki awal untuk menimang cahaya mata. Ada yang lepas kahwin terus lekat, ada pula yang terpaksa menanti lama sehinggakan melalui pelbagai rawatan dan ujian demi untuk mendapat anak.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang rider, Muhammad Faris Faizul di Group Facebook FoodPanda Rider Malaysia

ini cukup menyentuh hati.

Alhamdulillah rezeki petang tadi..terkejut macam nk melompat dari moto pon ade tadi..terharu dan rasa sedih😥syukur dalam gembira pon ade tadi🤲🏻🤲🏻🤲🏻..sbb x jangka nilai yg diberi sebanyak itu..sbb selalu jugak customer bg tips dalam sampul ni..cuma kalini terkejut bila bukak sampul tu..🤲🏻🤲🏻🤲🏻..mohon kawan2 rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dgn izin Allah S.W.T..In Sha Allah..

Selepas menghantar makanan kepada pelanggannya, dia terkejut apabila diberikan tips sebanyak RM1,000.

Menerusi screenshot yang dikongsikan, pelanggan tersebut menghantar mesej dengan memintanya untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja.

Dia yang tidak menjangkakan nilai tersebut, terkejut apabila membuka sampul berkenaan dan melihat kepingan not RM50 berjumlah RM1,000 diletakkan di dalamnya.

Menurut Faris, wanita itu yang memberikan tips secara ikhlas meminta supaya dia mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.

Sumber: Muhammad Faris Faizul via Group FoodPanda Rider Malaysia

Belian barangan murah di SINI

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN