Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Bukan mudah menggalas tangungjawab sebagai ibu bapa untuk menjaga anak yang mengidap penyakit kronik, terutama yang berdepan pada tahap akhir. Selain tetap terus berusaha merawat penyakit, doa menjadi ayat keramat dipohon agar diberi kesembuhan olehNya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Begitulah ujian hidup yang perlu dilalui oleh pasangan suami isteri, Mohammad Azhar Arzemi, 30 dan Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, dalam menjaga anaknya Bilal berusia dua tahun yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala. Lebih-lebih lagi kini penyakit yang ditanggung oleh anaknya itu memasuki tahap akhir.
KEPALA BILAL MEMBESAR
Berat derita ditanggung Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik.
Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, berkata, penyakit anaknya yang berusia dua tahun dan mesra disapa Bilal berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.
Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan Mohammad Azhar mahupun isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.
PELBAGAI MASALAH KESIHATAN LAIN
Ads
Lebih menyedihkan, Mohammad Azhar berkata, Bilal juga ada masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.
“Sebelum ini, tangan dan kaki Bilal kerap bergerak tetapi kini dia tidak lagi aktif macam dahulu.
“Bilal juga semakin kerap menangis pada waktu malam kerana kepalanya semakin membesar, jadi saya dan isteri memang ‘tidur ayam’ sahaja kerana perlu bergilir-gilir memantau keadaannya.
“Sebagai ayah, saya sedih lihat keadaannya menanggung derita itu pada usia kecil. Kalau boleh biar saya yang sakit, jangan dia,” katanya ketika dihubungi, semalam.
KOS PERBELANJAAN BULANAN TINGGI
Menurutnya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM200 selain RM500 sebulan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bagaimanapun jumlah diterima itu tidak mencukupi kerana kos perbelanjaan bulanan Bilal sahaja dianggarkan mencecah RM2,500.
“Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di klinik pakar kulit.
Ads
“Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.
“Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup.
“Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapat duit kerana malu untuk minta sumbangan orang.
“Tak banyak yang kami dapat tetapi ada juga hasil untuk langsaikan sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dan membeli keperluan Bilal terutama susu walaupun harganya mahal,” katanya.
TEMPUH DENGAN CEKAL
Mohammad Azhar berterima kasih kepada mereka yang pernah menyumbang kerana prihatin dengan Bilal dan mahu meringankan keluarganya.
Ads
“Terima kasih sangat saya ucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.
“Cuma saya kesal apabila ada scammer (sindiket penipuan) ambil kesempatan menyalahgunakan gambar hingga tiada lagi yang menziarahi Bilal kerana menyangka dia sudah meninggal dunia.
“Mereka yang lakukannya mungkin tidak rasa apa kami lalui tetapi apa boleh buat, ini semua dugaan yang kami perlu tempuh dengan cekal demi anak,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang selalu kata, untung siapa yang jadi suri rumah tangga, tak payah penat fikirkan hal kerja. Tetapi mereka tak tahu, kerja suri rumah lebih memenatkan lagi.
Bermula seawal subuh sehingga ke tengah malam, masih ada ibu-ibu yang berjaga menyiapkan kelengkapan anak dan suami.
Semua kerja kalau boleh nak dilakukan sendiri sehinggakan tubuh dan otak penat. Itulah yang menyebabkan pelbagai masalah berlaku.
Si suami pula, jangan terlalu membiarkan isteri sendirian dalam menguruskan rumah tangga. Tak perlu menjadi sempurna tetapi sederhana itu sudah cukup membahagiakan. Jika terlalu ‘push’ diri juga akan memudaratkan diri dan juga keluarga yang lain.
Nak jadi isteri yg baik itu boleh, tapi jangan ‘terlalu’ berusaha utk menjadi yg terbaik…”
Buat setakat yg mampu, setakat yg awk boleh then minta suami utk faham keterbatasan awk dlm menjadi seorang isteri, seorang ibu dan juga seorang pekerja…
3 status yg dipegang seorang perempuan setelah mendirikan rumahtangga…
Dia menjadi seorang isteri kpd suami, dia seorg ibu kpd anak-anak dan dia juga seorang pekerja kpd majikan (jika bekerja)…dgn kudrat sebagai seorang perempuan, anda rasa, sampai bila anda mampu utk menggalas ketiga2 status itu dgn baik? Dan boleh melakukan semuanya dgn sempurna?
Please know your limit…
Tahu kemampuan dan batas awk…jgn buat semuanya terlalu sempurna sbb lama-kelamaan awk akan letih, awak akan penat…bila awk letih, bila awk penat, awk akan beremosi dan cepat sensitive…
Awk akan moody dgn suami, awk cepat marah dgn anak2…Awk dah almost fully utilize fizikal awk, mental awk…
Kalau xsempat buat keje umah tu ari ni, buatla esok…jgn paksa diri utk buat jgak bagi setel ari ni…bezakan kerja umah apa yg perlu dibuat dahulu, kerja umah mana yg boleh dibuat dihujung minggu dan sebagainya…jgn anggap semua kerja2 umah tu perlu dibuat dlm hari yg sama, perlu disiapkan dlm hari yg sama…jgn seksa diri sendiri utk semua ni…jgn paksa diri semata2 utk semuanya kelihatan baik dan sempurna…
Jangan…anda bukan robot…
Anda perlukan rehat yg mencukupi utk terus berbakti dan anda juga perlu utk terus sihat dlm menjadi seorang isteri dan seorang ibu…
Sayangilah diri anda sebelum menyayangi diri org lain…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesungguhnya bulan Ramadan ini merupakan untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat dan muhasabah diri. Malah, anak-anak juga tidak terkecuali merasaikan keistimewaan bulan ini, apabila ibu bapa mengejutkan anak-anak untuk bangun sahur dan berbuka puasa dalam suasana harmoni.
Bagaimana, tidak dinafikan ada anak-anak yang tidak dapat berpuasa sepenuh hari. Namun ini, tidak bermakna, ibu bapa tidak membiarkan bulan ramadan berlalu bergitu sahaja.
Perkongsian seorang wanita ini sungguh inspirasi apabila menyenaraikan 18 tajuk untuk didedahkan kepada anak-anak sepanjang ramadan.
‘Sekolah Puasa’ Untuk Si Kecil
Ada beberapa ‘tajuk’ kita boleh cerita pada anak-anak kecil di bulan Ramadhan. Rugi kalau tidak menggunakan masa ini dengan sebaiknya untuk mereka tambah ilmu. Santai-santai sahaja cerita. Ambil waktu sebelum tidur pun ok .
Antara topik boleh diajar ialah ;
1. Niat Puasa
2. Doa berbuka
3. Pahala orang berpuasa
4. Ganjaran berlipat ganda di bulan puasa
5. Adab-adab berpuasa
6. Larangan ketika berpuasa
7. Peristiwa Nuzul Al-Qur’an
8. Amalan-amalan di bulan puasa
9. Doa-doa atau zikir-zikir sebagai amalan harian ( yang pendek2 & mudah di hafal)
10. Solat Taraweh (Bil.rakaat, cara mengerjakan & kelebihan)
11. Malam lailatul Qodr
12. Keutamaan/kelebihan Sahur
13. Perkara yang boleh membatalkan puasa
14. Apa itu perkara makhruh, sunat, wajib, haram & harus di bulan puasa
15. Syurga dan Neraka
16. Syukur
17. Kelebihan sedekah
18. Menyambut Hari Raya
Sebenarnya mulakan sedikit awal penceritaan tentang bulan Ramadhan sebelum ianya tiba. Supaya anak-anak bersedia dari segi emosi dan fizikal dan tambahlah pengetahuan mereka hari demi hari. .
Ada 30 hari Ramadhan, selit perkara-perkara atau amalan-amalan yang boleh anak-anak buat terus. Salah satu contoh topik sedekah, galakkan mereka bersedekah dan cerita tentang sedekah.
Contoh praktikalnya ialah bekalkan mereka RM 1 setiap hari untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid (terpulanglah nilai berapa nak beri ikut kemampuan). Edarkan makanan pada orang yang serba kekurangan, packing kurma kecil2 untuk orang berbuka dan agihkan, dan lain2 berkenaan sedekah.
Gurau senda, usik mengusik antara suami isteri sepatutnya dikekalkan setiap masa kerana dengan adanya usik mengusik dalam rumah tangga boleh menjadi ‘rencah’ dalam rumahtangga untuk kekal bahagia dan romantis.
Beru-baru ini penyanyi Datin Alyah sekali lagi berkongsi momen manis bersama suaminya, Datuk Ramli MS di akaun Tiktoknya dan sekali gus mencuri perhatian dalam kalangan peminatnya.
Dalam perkongsian tersebut, Alyah telah memuat naik videonya bersama suaminya yang pada awalnya Tok Ram menyangka untuk merakam gambar berdua sebagai kenang-kenangan.
Pun begitu setelah bersedia dihadapan kamera telefon, buat seketika barulah Tok Ram menyedari isterinya bukan merakam gambar tetapi sedang merekod video. Lantas Tok Ram terus kelihatan malu dan berlalu pergi.
“Suami kita ni sejenis tak bole beza video ke gambar. Pernampakan saka dibelakang melompat-lompat,” tulisnya
Tertarik melihat kemesraan dan kelucuan gelagat pasangan suami isteri ini, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.
Bahkan ramai yang turut memuji Tok Ram yang kelihatan tidak garang, kelakar malah sweet apabila bersama isterinya, Alyah
Begitu juga ramai yang memuji betapa Aliyah dan Tok Ram meskipun jarak umur yang jauh namun tetap bahagia dengan cara mereka.