“Doakan Keampunan Untuk Beliau.” Dr Maza Kongsi Berita Duka, Ayah Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

Share

Ayah kepada pendakwah terkenal yang juga Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin meninggal dunia hari ini.

Menerusi perkongsian daripada ‘Insta-Story’ miliknya, beliau memaklum berita sedih tersebut dan memohon orang ramai untuk mendoakan keampunan untuk Allahyarham ayahandanya.

Berita sedih berkenaan turut dikongsikan oleh beberapa laman facebook sebentar tadi.

Sebelum ini Dr Maza ada memuatnaik perkongsian berkenaan situasi arwah ayahnya yang dalam kritikal.

Perkongsian berita duka itu mendapat reaksi warganet. Rata-rata melahirkan rasa sedih dan menitipkan doa serta ucapan takziah buat  Dr Maza sekeluarga.

Salam takziah dari kami di Majalah Keluarga buat seluruh keluarga Dr MAZA Atas kepulangan ke negeri abadi ayahanda

Sumber: drmaza_official


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN