Bila cakap tentang isu mentua menantu duduk serumah, ramai yang tidak bersetuju. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata kedua-dua belah pihak nanti. Akhirnya, perselisihan faham yang kecil mengundang bahana dalam rumah tangga sehingga membawa kepada penceraian.
Tapi lain pula bagi pandangan penyanyi Liza Hanim dari sudut pengalamannya sendiri di mana ayahnya meletakkan syarat supaya mereka menetap di rumah tersebut ketika suaminya mahu masuk meminang.
“Ada yang berpandangan menantu perempuan tidak boleh tinggal serumah dengan mertua. Bagi saya, itu semua terpulang kepada bagaimana pasangan suami isteri itu menguruskan rumah tangga mereka.
“Alhamdulillah, saya bertuah kerana waktu suami nak masuk meminang, arwah ayah waktu itu meletakkan syarat supaya kami duduk di rumah sekarang. Pun begitu, mereka (mak ayah) tidak pernah sekali pun campur tangan dalam urusan rumah tangga kami,” katanya memetik laporan Sinarplus.
Tambahnya, pilihan untuk tinggal bersama ibu bapanya selepas berkahwin dibuat atas dasar mahu menjaga mereka yang sudah berusia.
“Saya juga nak kejar pahala, sebab itu memilih untuk duduk dengan mak ayah dan menjaga mereka. Begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain turut mahu berbuat demikian.
“Pada saya, terpulang kepada cara masing-masing. Cuma, apabila saya menjadi mertua suatu hari nanti, saya harap tak akan masuk campur urusan anak menantu. Doakan ya,” tambahnya
Malah pelantun lagu Gelisah Mimpi itu tidak menolak kemungkinan akan mempraktikan cara dan didikan yang sama seperti dilakukan oleh ibu bapanya sebelum ini.
“Memandangkan saya juga punya anak yang sudah besar dan ada yang berumur 20 tahun, sampai masa pasti saya akan keseorangan, tiada anak yang menjaga saya. Jadi, saya akan gunakan cara sama sepertimana ayah dan ibu lakukan.
“Walaupun anak-anak duduk di rumah sekali, namun hal rumah tangga mereka tak perlu nak masuk campur. Sebagai orang tua, kita hanya boleh perhati dan memberi nasihat. itu sahaja syaratnya,” ulas ibu kepada lima cahaya mata itu lagi.
Rakyat Malaysia sekali lagi tarik nafas lega setelah mendengar pengumuman dari Perdana Menteri sebentar tadi tentang pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 untuk pencarum KWSP.
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau berkata berdasarkan dapatan kajian dalam situasi pandemik ini, ada keluarga yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina mula kedudukan.
Bagaimanapun, penjelasan lanjut tentang pengeluaran KWSP ini akan disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia nanti.
Pada masa yang sama, beliau berkata keputusan kali ini amat sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat Malaysia. Namun, pengeluaran khas ini merupakan jalan tengah untuk mengimbangi keperluan mendesak sekarang dan penyimpanan pada masa hadapan.
Walaupun kerajaan telah memberikan kebenaran untuk pengeluaran kali ini tetapi beliau merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan kecuali apabila berdepan dengan keadaan yang mendesak.
“Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap para pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.
Sebelum ini kerajaan telah membenarkan pengeluaran Caruman Kumpulan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak 3 kali melalui skim iaitu I-Lestari, I-Sinar dan I-Citra bermula sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dari tahun 2020 hingga 2021.
Sehubungan itu, tambah Ismail, perincian pengeluaran khas tersebut akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) serta KWSP sendiri nanti.
Meneliti di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia ucap rasa syukur berikutan pelbagai urusan yang memerlukan wang masih lagi tertunda akibat ujian yang melanda negara kita baru-baru ini.
Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran anak, tentu kita sebagai ibu ayah teruja untuk memberikan hadiah istimewa sempena meningkatnya usia anak kita. Kalau dapat, kita akan cuba usahakan untuk membeli hadiah yang menjadi kesukaan anak-anak.
Begitulah juga kisahnya untuk keluarga ini yang sedang meraikan majlis hari lahir anaknya yang juga turut dihadiri oleh ahli keluarga yang lain. Di majlis tersebut ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal kepada anak lelakinya.
Ternyata anak tersebut cukup gembira dan bahagia menerima hadiah daripada ayahnya namun setelah datuknya sampai di muka pintu, tiba-tiba anak tersebut dilihat lebih teruja melompat keriangan dan gelagatnya cukup menarik perhatian warganet.
Hadiah Atuk Lebih Hebat
Menerusi video ini dilihat anak lelakinya hanya menaiki basikal tersebut beberapa minit sahaja dan terus turun daripada basikal tersebut apabila terlihat atuknya datang dengan membawa hadiah yang lebih hebat pada pandangannya.
“Tak tahu nak nangis ke gelak, ayah dia tak sempat nak tekan button record anak dia naik basikal”-Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen rata-rata netizen cukup terhibur dengan gelagat anak tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Bahkan di perkongsian video lain, dapat dilihat bukan sahaja hadiah daripada ayahnya sahaja ‘direject’ malah boleh dikatakan semua hadiah lain tidak dapat menandingi kehebatan hadiah yang diberikan oleh atuknya.
Apa yang pasti, memang hebat pemberian daripada atuk ini sebab dalam banyak-banyak hadiah yang diberikan tiada satu pun mampu ‘menawan’ hati anak ini.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...